Tarikh Mula Persekolahan Sesi Tahun 2026 Seluruh Negeri Di Malaysia. Masanya sudah tiba untuk pelajar/ murid untuk kembali ke sekolah selepas tamatnya “school holidays” akhir tahun. Takwim Persekolahan KPM 2026 telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menjelang bermulanya hari persekolahan merupakan masa yang sangat sibuk buat ibu bapa terutama buat mereka yang mempunyai anak yang bersekolah dalam membuat persiapan barangan keperluan sekolah, peralatan alat tulis dan pakaian.
Takwim Penggal Persekolahan KPM dibahagikan kepada Kumpulan A dan B. Ianya mengikut hari kelepasan mingguan setiap negeri iaitu Kumpulan A (Jumaat dan Sabtu) dan Kumpulan B (Sabtu dan Ahad).
Tarikh Rasmi Mula Persekolahan Tahun 2026 Seluruh Negeri Di Malaysia (Tarikh Buka Sekolah)
Berikut adalah tarikh sekolah di buka untuk murid-murid mengikut kumpulan berdasarkan kepada hari kelepasan mingguan sesebuah negeri. Ianya berdasarkan kepada kenyataan media KPM seperti berikut :
Kementerian Pendidikan (KPM) ingin memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2026 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A dan 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B.
Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada portal KPM melalui pautan KPM.
Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat. Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

1. KUMPULAN A
Sekolah yang terlibat adalah Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
- 11 Januari 2026 (Hari Ahad) : Tarikh Mula Persekolahan

2. KUMPULAN B
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan akan memulakan persekolahan pada tarikh berikut :-
- 12 Januari 2026 (Hari Isnin) : Tarikh Mula Persekolahan

Nota : Tarikh RASMI yang telah dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh pihak KPM.
SUMBER : Takwim Persekolahan 2026
Takwim Penggal Persekolahan KPM
Sila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan A & B di bawah ini dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan maklumat penggal persekolahan beserta school holidays date.
1. KUMPULAN A
Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
a) Penggal Persekolahan
- Penggal pertama persekolahan : 11.01.2026 hingga 21.05.2026
- Penggal kedua persekolahan : 07.06.2026 hingga 03.12.2026
b) School Holidays
- Mid-Term Break 1 : 20.03.2026 hingga 28.03.2026
- Mid-Year Break : 22.05.2026 hingga 06.06.2026
- Mid-Term Break 2 : 28.08.2026 hingga 05.09.2026
- Year-End Holiday : 04.12.2026 hingga 31.12.2026
2. KUMPULAN B
Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
a) Penggal Persekolahan
- Penggal pertama persekolahan : 12.01.2026 hingga 22.05.2026
- Penggal kedua persekolahan : 08.06.2026 hingga 04.12.2026
b) School Holidays
- Mid-Term Break 1 : 21.03.2026 hingga 29.03.2026
- Mid-Year Break : 23.05.2026 hingga 07.06.2026
- Mid-Term Break 2 : 29.08.2026 hingga 06.09.2026
- Year-End Holiday : 05.12.2026 hingga 31.12.2026
Holiday Leave 2026 KPM
KPM juga memperuntukkan “Holiday Leave” bersempena dengan sambutan perayaan-perayaan utama di Malaysia seperti jadual berikut :-
Diantara perayaan yang terlibat adalah Chinese New Year, Hari Raya Aidilfitri & Hari Deepavali.

Semoga perkongsian maklumat tarikh mula persekolahan tahun 2026 boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dan murid dalam membuat persiapan sewajarnya menjelang sekolah dibuka.



