Tarikh Buka Sekolah 2027 Mula Persekolahan

Tarikh Mula Persekolahan Sesi Tahun 2027 Seluruh Negeri Di Malaysia. Masanya sudah tiba untuk pelajar/ murid untuk kembali ke sekolah selepas tamatnya “school holidays” akhir tahun. Takwim Persekolahan KPM 2027 telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menjelang bermulanya hari persekolahan merupakan masa yang sangat sibuk buat ibu bapa terutama buat mereka yang mempunyai anak yang bersekolah dalam membuat persiapan barangan keperluan sekolah, peralatan alat tulis dan pakaian.

Takwim Penggal Persekolahan KPM  dibahagikan kepada Kumpulan A dan B. Ianya mengikut hari kelepasan mingguan setiap negeri iaitu Kumpulan A (Jumaat dan Sabtu) dan Kumpulan B (Sabtu dan Ahad).

Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2 Oktober 2026 telah mengumumkan Kalender Akademik Tahun 2027 bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan akan bermula 4 Januari 2027 depan.

Tahun 2027 membawa satu perubahan pada permulaan sesi persekolahan. Jika sebelum ini negeri-negeri dalam Kumpulan A dan Kumpulan B memulakan persekolahan pada hari yang berbeza, bagi sesi 2027, sekolah di seluruh negara dijadualkan bermula pada tarikh yang sama iaitu pada :-

📅 4 JANUARI 2027

4 Januari hingga 2 Disember 2027 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 4 Januari hingga 3 Disember 2027 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.

Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B adalah bagi sekolah di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan tahun 2027, yang melibatkan perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baharu Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Korban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Hari Wesak dan Hari Krismas.

“Kementerian juga menetapkan tarikh pembukaan sesi persekolahan tahun 2028 akan bermula pada 3 Januari 2028 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B”

Tarikh Rasmi Mula Persekolahan Tahun 2027 Seluruh Negeri Di Malaysia (Tarikh Buka Sekolah)

Berikut adalah tarikh sekolah di buka untuk murid-murid mengikut kumpulan berdasarkan kepada hari kelepasan mingguan sesebuah negeri.

Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat. Usaha ini menyerlahkan tekad KPM untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

SURAT SIARAN KPM

 

KALENDAR AKADEMIK TAHUN 2027

1. KUMPULAN A

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

  • 4 Januari 2027 (Hari Isnin) : Tarikh Mula Persekolahan

2. KUMPULAN B

Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan akan memulakan persekolahan pada tarikh berikut :-

  • 4 Januari 2027 (Hari Isnin) : Tarikh Mula Persekolahan

Nota : Tarikh RASMI yang telah dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi oleh pihak KPM.

SUMBER : Takwim Persekolahan 2027

Takwim Penggal Persekolahan KPM

Sila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan A & B di bawah ini dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan maklumat penggal persekolahan beserta school holidays date.

1. KUMPULAN A

Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

a) Penggal Persekolahan

  • Penggal pertama persekolahan : 04.01.2027 hingga 20.05.2027
  • Penggal kedua persekolahan : 06.06.2027 hingga 02.12.2027

b) School Holidays

  • Mid-Term Break 1 : 05.03.2027 hingga 13.03.2027
  • Mid-Year Break : 21.05.2027 hingga 05.06.2026
  • Mid-Term Break 2 : 27.08.2027 hingga 04.09.2027
  • Year-End Holiday : 03.12.2027 hingga 31.12.2027

2. KUMPULAN B

Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

a) Penggal Persekolahan

  • Penggal pertama persekolahan : 04.01.2027 hingga 21.05.2027
  • Penggal kedua persekolahan : 07.06.2027 hingga 03.12.2027

b) School Holidays

  • Mid-Term Break 1 : 06.03.2027 hingga 14.03.2027
  • Mid-Year Break : 22.05.2027 hingga 06.06.2026
  • Mid-Term Break 2 : 28.08.2027 hingga 05.09.2027
  • Year-End Holiday : 04.12.2027 hingga 31.12.2027

Holiday Leave 2027 KPM

KPM juga memperuntukkan “Holiday Leave” bersempena dengan sambutan perayaan-perayaan utama di Malaysia seperti jadual berikut :-

Diantara perayaan yang terlibat adalah Chinese New Year, Hari Raya Aidilfitri / Aidiladha, Hari Wesak & Hari Deepavali.

Semoga perkongsian maklumat tarikh mula persekolahan tahun 2027 boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dan murid dalam membuat persiapan sewajarnya menjelang sekolah dibuka.

Kongsi Panduan

Panduan Malaysia Editor

Panduan Malaysia Editor