Berikut dikongsikan Kalendar Islam 2020 atau Takwim Miladiah beserta dengan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2020 Masehi bersamaan dengan 1441H – 1442 Hijrah. Kalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah di mana satu tahun Hijrah berjumlah 354 atau 355 hari. Ianya dikira berdasarkan kepada pergerakan/ fasa bulan mengelilingi Bumi. Terdapat 12 bulan Islam iaitu bermula dari bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.
Sebagai panduan, Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam dalam menentukan hari kebesaran Islam.
Kalendar Islam 2020 Di Malaysia Dan Tarikh Penting
Terdapat 12 bulan dalam Islam iaitu seperti berikut :-
- Muharam
- Safar
- Rabiulawal
- Rabiulakhir
- Jamadilawal
- Jamadilakhir
- Rejab
- Syaaban
- Ramadhan
- Syawal
- Zulkaedah
- Zulhijah
Berikut adalah tarikh penting dalam Islam tahun 2020 di Malaysia yang memaparkan tarikh hari kebesaran Islam dan perayaan di Malaysia seperti Iskrak Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul.
TARIKH PENTING ISLAM TAHUN 2020 (1441-1442H) | |||
TARIKH HIJRI | TARIKH MILADI | HARI KEBESARAN ISLAM/ PERAYAAN | |
MAC | |||
27 REJAB 1441 | 22 MAC 2020 | ISRAK DAN MIKRAJ | |
APRIL/ MEI | |||
* 1 RAMADHAN 1441 | 24 APRIL 2020 | AWAL RAMADHAN | |
17 RAMADHAN 1441 | 10 MEI 2020 | NUZUL AL-QURAN | |
MEI | |||
* 1 SYAWAL 1441 | 24 MEI 2020 | HARI RAYA PUASA (AIDILFITRI) | |
JULAI | |||
1 ZULHIJJAH 1441 | 22 JULAI 2020 | AWAL ZULHIJJAH | |
* 10 ZULHIJJAH 1441 | 31 JULAI 2020 | HARI RAYA KORBAN (AIDILADHA) | |
OGOS | |||
1 MUHARRAM 1442 | 20 OGOS 2020 | AWAL MUHARRAM (MAAL HIJRAH) | |
OKTOBER | |||
12 RABIULAWAL 1442 | 29 OKTOBER 2020 | MAULIDUR RASUL |
Maklumat lanjut sila rujuk kepada jadual berikut :-
Takwim Islam 2020 Malaysia
Dikongsikan juga Takwim Islam 2020 yang merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam. Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.
Perkongsian Kalendar Islam 2020 Malaysia Dan Tarikh Penting di atas ini boleh dimuat turun dalam PDF di link berikut :-
Moga perkongsian Kalendar Islam atau Takwim Islam 2020 ini bermanfaat sebagai panduan dan rujukan muslimin dan muslimat semua di seluruh Malaysia.