Panduan terkini dikemaskini pada

Keputusan ACL2 Selangor 2025 – 2026 Jadual & Carta Kedudukan

Gergasi Bolasepak Malaysia, Selangor FC akan beraksi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2 – AFC Champions League Two) musim 2025-2026. Ianya merupakan kejohanan bola sepak kelab peringkat kedua Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selangor FC di bawah kendalian jurulatih, Katsuhito Kinoshi mempunyai peluang cerah untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas tidak di undi bersama kelab dari negara Jepun dan Korea Selatan. Pada sesi undian yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2025, pasukan Gergasi Merah telah diundi dalam Kumpulan G bersama kelab Thailand, Bangkok United. Pasukan lain dalam group sama termasuk juara Liga Premier Singapura (SPL) yang juga naib juara ACL2 musim lalu, Lion City Sailors dan juara Liga 1 – Persib Bandung. Ini sekali gus menyaksikan empat wakil kelab Asia Tenggara dikumpulkan dalam satu kumpulan pada edisi kali ini.

Info ACL2 Liga Juara-Juara AFC Two (Dua)

Liga Juara-Juara AFC Dua (disingkatkan sebagai ACL Dua atau ACL2) ialah pertandingan kelab bola sepak benua tahunan yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia. Ia adalah pertandingan peringkat kedua dalam bola sepak kelab Asia, berada di bawah Liga Juara-Juara AFC Elit dan di atas Liga Cabaran AFC.

Pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 2004 sebagai Piala AFC, ia dimainkan terutamanya di kalangan kelab dari negara yang tidak menerima slot kelayakan langsung ke Liga Juara-Juara AFC peringkat tertinggi. Pertandingan itu ditukar nama kepada nama semasa pada tahun 2024. Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing, formatnya juga diubah untuk memasukkan kelab dari persatuan anggota AFC yang kedudukannya lebih tinggi. Hadiah wang juga ditingkatkan.

Kelab layak ke pertandingan berdasarkan prestasi mereka dalam liga kebangsaan dan pertandingan piala. Penyertaan dalam pertandingan ini terbuka kepada kelab dari 12 negara teratas di rantau Timur dan Barat berdasarkan ranking pertandingan kelab AFC. Peserta dari setiap negara yang menduduki tempat 1–6 di setiap rantau ialah kelab tertinggi di negara tersebut yang tidak layak ke Liga Juara-Juara AFC Elit. Negara-negara yang menduduki tempat ke-7–12 di setiap rantau akan terus memasukkan kelab terbaik mereka ke Liga Juara-Juara AFC Dua.

Pemenang Liga Juara-Juara AFC Dua akan diperuntukkan slot peringkat awal tidak langsung untuk musim Liga Juara-Juara AFC Elit yang seterusnya, jika mereka belum layak melalui pertandingan domestik. Juara semasa pertandingan ini ialah Sharjah, yang mengalahkan Lion City Sailors dalam perlawanan akhir 2024. Al-Kuwait dan Al-Quwa Al-Jawiya adalah kelab paling berjaya dalam sejarah pertandingan, masing-masing memenangi tiga gelaran. Kelab dari Kuwait telah memenangi empat gelaran, menjadikan mereka negara paling berjaya dalam pertandingan itu.

Keputusan Selangor ACL2 2025-2026 Kumpulan G Zon Timur

Pasukan Sharjah dari UAE adalah juara bertahan kejohanan. Senarai 16 kelab (East Zone) dan 16 kelab (West Zone) layak ke peringkat kumpulan dan dibahagikan kepada 4 kumpulan (4 team satu kumpulan). Hasil undian kumpulan adalah seperti berikut:-

Berikut undian kumpulan ACL2 2025/2026:

Zon Barat

  • Kumpulan A: Al Wasl (UAE), Esteghlal (Iran), Al Muharraq SC (Bahrain), Al Wehdat (Jordan).
  • Kumpulan B: Al Ahli SC (Qatar), PFC Andijon (Uzbekistan), FC Arkadag (Turkmenistan), Al Khaldiya (Bahrain).
  • Kumpulan C: Sepahan SC (Iran), Al Hussein (Jordan), Mohun Bagan Super Giant (India), Ahal FC (Turkmenistan).
  • Kumpulan D: Al Nassr (Arab Saudi), Al Zawraa SC (Iraq), FC Istiklol (Tajikistan), FC Goa (India).

Zon Timur

  • Kumpulan E: Beijing FC (China), Macarthur FC (Australia), Tai Po FC (Hong Kong), Cong An Ha Noi (Vietnam).
  • Kumpulan F: Gamba Osaka (Jepun), Nam Dinh FC (Vietnam), Ratchaburi FC (Thailand) & Eastern FC (Hong Kong).
  • Kumpulan G: Bangkok United (Thailand), Selangor FC (Malaysia), Lion City Sailors FC (Singapura), Persib Bandung (Indonesia).
  • Kumpulan H: FC Pohang Steelers (Korea Selatan), BG Pathum United (Thailand), Kaya FC-Iloilo (Filipina), Tampines Rovers FC (Singapura)

Pasukan yang berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan “top two” akan layak ke pusingan kalah mati (pusingan 16 pasukan).

Jadual Perlawanan & Keputusan ACL2 2025-2026 Selangor FC Zon Timur

Berikut adalah jadual lengkap perlawanan waktu Malaysia beserta keputusan perlawanan melibatkan wakil Malaysia, Selangor FC yang akan dikemaskini selepas tamat permainan.

Sebagai rekod, skuad Merah Kuning gagal menepati ramalan selepas terkandas di peringkat Kumpulan H saingan ACL2 musim lalu apabila gagal mengatasi dua pasukan teratas, Jeonbuk Hyundai dan Muangthong United.

Saingan peringkat kumpulan ACL2 akan bermula pada 16 September depan dengan dua kelab terbaik bakal lolos ke peringkat kalah mati.

Tarikh Masa Team 1 Keputusan Team 2
1ST LEG
18 Sept 6PM Selangor Bnagkok United
1 Okt 6PM Lion City Sailors Selangor
23 Okt 8.15PM Persib Selangor
2ND LEG
6 Nov 8.15PM Selangor Persib
26 Nov 8.15PM Bangkok United Selangor
10 Dis 8.15PM Selangor Lion City Sailors

Carta Kumpulan Zon Timur Group G Selangor ACL2 2025 – 2026

Carta akan dikemaskini sebaik sahaja semua perlawanan dimainkan setiap pasukan.

Pasukan BP M S K JG GB PG Mt
Selangor
Lion City Sailors
Bangkok United
Persib