Juara liga super Malaysia, JDT akan beraksi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Elit AFC (ACLE – AFC Champions League Elite) 2026-2027. Ianya akan menjadi kejohanan bola sepak kelab utama Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Pada tahun ini, AFC telah menetapkan perlawanan di peringkat liga berkonseptualkan perlawanan secara home dan away.
Mengikut format pertandingan, JDT akan bermain sebanyak lapan perlawanan iaitu empat game di tempat sendiri dan empat di tempat lawan dalam format liga 12 pasukan elit Asia Timur. Lapan pasukan teratas akan layak ke pusingan 16 terbaik ACLE musim baharu ini. Untuk rekod, skuad Harimau Selatan berjaya menamatkan saingan peringkat Liga Asia Timur di tangga keenam untuk berjaya layak ke Pusingan 16 pada saingan ACL Elite 2025-2026, suatu prestasi dan pencapaian yang membanggakan sebagai satu-satu kelab mewakili negara dalam kejohanan itu. Namun mereka tewas di Peringkat Suku Akhir kepada wakil Arab Saudi, Al Ahli.
Info ACLE Liga Juara-Juara AFC Elite
ACL Elite 2026–27 ialah edisi ke-45 kejohanan bola sepak kelab utama Asia, yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan yang ketiga di bawah gelaran Liga Juara-Juara AFC Elite.
Peringkat akhir akan dimainkan di Riyadh, Arab Saudi. Pemenang kejohanan akan layak ke Piala Antara Benua FIFA 2027 dan Piala Dunia Kelab FIFA 2029. Selain itu, pemenang akan memasuki peringkat liga Liga Juara-Juara AFC Elite 2027–28, jika mereka belum layak melalui pencapaian domestik. Al Ahli dari Arab Saudi adalah juara bertahan.
Keputusan JDT ACLE 2026-2027 Kumpulan Wilayah Timur
Jumlah Penyertaan Pasukan Saingan ACLE 2026-2027 Liga Juara-Juara Elit Asia (ACLE) menyaksikan 32 pasukan akan bersaing bagi merebut kejuaraan. 32 pasukan yang layak telah dibahagikan kepada dua zon dan setiap pasukan mengikut zon akan bertembung dalam bentuk liga.
Pasukan Al Ahli dari Arab Saudi adalah juara bertahan kejohanan. Senarai 16 kelab (East Zone) yang telah layak ke peringkat kumpulan adalah
- Kashima Antlers (Jepun)
- Vissel Kobe (Jepun)
- Kashiwa Reysol (Jepun)
- Kyoto Sanga (Jepun)
- Gamba Osaka (Jepun)
- Jeonbuk Hyundai Motors (Korea)
- Daejeon Hana Citizen (Korea)
- Pohang Steelers (Korea)
- Buriram United (Thailand)
- Port FC (Thailand)
- Ratchaburi FC (Thailand)
- Shanghai Port (China)
- Beijing Guoan (China)
- Newcastle Jets (Australia)
- Johor Darul Ta’zim (Malaysia)
- Công An Hà Nội FC (Vietnam)
16 pasukan yang layak untuk West Zone pula adalah
- Al-Ahli (Arab Saudi)
- Al-Ittihad (Arab Saudi)
- Al-Nassr (Arab Saudi)
- Al-Hilal (Arab Saudi)
- Al-Qadsiah (Arab Saudi)
- Al Ain (UAE)
- Al Wasl (UAE)
- Shabab Al Ahli (UAE)
- Al-Gharafa (Qatar)
- Al Sadd (Qatar)
- Al-Shamal (Qatar)
- Esteghlal (Iran)
- Tractor (Iran)
- Neftchi (Uzbekistan)
- Pakhtakor (Uzbekistan)
- Al-Quwa Al-Jawiya (Iraq)
Undian Peringkat Kumpulan ACLE 2026-2027 telah diadakan pada 18 Ogos 2026 di Kuala Lumpur.
Pasukan yang berjaya menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama hingga ke lapan akan layak ke pusingan kalah mati (pusingan 16 pasukan).

Jadual Perlawanan & Keputusan ACLE 2026-2027 JDT Zon Timur
Berikut adalah jadual lengkap perlawanan waktu Malaysia beserta keputusan perlawanan yang melibatkan wakil Malaysia, JDT dan akan dikemaskini selepas tamat permainan.
Saingan peringkat kumpulan ACLE 2026/27 akan berlangsung dari 14 September hingga bulan Februari 2027, membabitkan dua zon iaitu Barat dan Timur.
Lapan pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke Pusingan 16, yang akan dimainkan dari 1 hingga 17 Mac 2027. Perlawanan Akhir berpusat – yang terdiri daripada semua perlawanan dari Suku Akhir dan seterusnya – akan dipertandingkan di Arab Saudi antara 23 April dan 1 Mei 2027.
Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal mengharungi cabaran sengit dalam saingan ACLE 2026/27 kali ini selepas undian menempatkan mereka menentang beberapa kelab gergasi Asia dari Korea Selatan serta musuh tradisi, Buriram United.
Skuad Harimau Selatan bimbingan Xisco Muñoz akan menjadi tuan rumah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri bagi aksi Zon Timur menentang pasukan-pasukan seperti berikut :-
AKSI DI STADIUM SULTAN IBRAHIM (HOME):
- 🇹🇭 JDT vs Buriram United
- 🇰🇷 JDT vs Daejeon Hana Citizen
- 🇹🇭 JDT vs Port FC
- 🇻🇳 JDT vs Cong An (Hanoi)
AKSI DI GELANGGANG LAWAN (AWAY):
- 🇰🇷 Jeonbuk Hyundai Motors vs JDT
- 🇦🇺 Newcastle Jets vs JDT
- 🇰🇷 Pohang Steelers vs JDT
- 🇹🇭 Ratchaburi FC vs JDT
Sebagai rekod, kempen JDT musim lalu berakhir di pusingan suku akhir selepas tewas tewas 1-2 kepada kelab Aran Saudi, Al Ahli.
| Tarikh | Masa | Team 1 | Keputusan | Team 2 |
| 15 Sep | 8.15PM | JDT | 1 – 1 | Buriram United |
| 13 Okt | 6.00PM | Pohang Steelers | – | JDT |
| 27 Okt | 6.00PM | JDT | – | Port FC |
| 3 Nov | 6.00PM | Jeonbuk | – | JDT |
| 24 Nov | 8.15PM | Ratchaburi FC | – | JDT |
| 1 Dis | 8.15M | JDT | – | Daejeon Hana |
| 9 Feb 27 | 3.45PM | Newcastle Jets | – | JDT |
| 16 Feb 27 | 6.00PM | JDT | – | CAHN |
Keputusan Live Score ACLE
*Tunggu sehingga widget loading dan berfungsi sepenuhnya
Carta Kumpulan Zon Timur JDT ACLE & Zon Barat 2026 – 2027
Carta akan dikemaskini secara langsung semasa semua perlawanan dimainkan.
PUSINGAN KE-16 JDT ACLE 2026-2027
| Tarikh | Masa | Team 1 | Keputusan | Team 2 |
| – | -PM | – | – | – |
| – | PM | – | – | – |
Selamat berjuang buat skuad Harimau Selatan. Walaupun sehebat mana cabaran yang bakal dilalui keseluruhan pemain, para penyokong Merah Biru serta seluruh rakyat Malaysia sudah pastinya akan mendoakan kegemilangan dan kejayaan JDT dalam perjalanan mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia.
Ayuh kita jadikan misi mustahil kepada tidak mustahil. Selamat berjuang !
Ref : saingan liga juara juara juara juara afc 2021 skuad harimau selatan afc champions league 2021 liga juara juara asia acl liga premier al hilal johor darul ta zim jdt kedudukan carta kelab bola sepak, dunia piala



