Langkah Memelihara Rumah Tradisional Melayu

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 06:16 PM

Bagaimanakah cara terbaik dan berkesan utuk memelihara rumah tradisional Melayu? Kesedaran dan keperihatinan masyarakat Melayu terhadap warisan Rumah Tradisonal Melayu kini sangat penting. Apa tidaknya, ianya penting untuk pengetahuan generasi kini sebagai bukti kecintaan warisan tradisi sejak dulu. Kepentingan menjaga hakmilik individu atau kelompok secara warisan perlu diberi perhatian wajar.

Ini penting untuk menimbulkan rasa cinta dan teruja terhadap khazanah warisan banga Melayu itu sendiri maka ini akan mewujudkan kesedaran memulihara dan menyelenggara warisan untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Kesinambungan sejarah dan warisan tidak boleh dipisahkan, sepertimana ungkapan Melayu “isi dan kuku” . Sehubungan itu, masih banyak lagi Rumah Tradisonal Melayu menonjolkan kewibawaan berpengaruh di kalangan warisan Melayu dan ini penting untuk diberi perhatian wajar dalam cara menjaga dan mengurus melalui kaedah yang sesuai dengan kehendak masyarakat sekarang.

rumah tradisional

Umpamanya, pengetahuan terhadap rekabentuk pada rumah Melayu lama dan cara memulihara amat penting untuk diketahui oleh peringkat generasi supaya pengabaian boleh dielakkan berlaku pada pewaris atau generasi seterusnya. Oleh itu, bagi mengatasi pengabaian dan kepupusan hak warisan yang sedang berlaku, maka ianya memerlukan pengurusan bersistematik dalam memulihara dan menyelenggara sesebuah bangunan supaya tidak terabai dan pupus dari segi jangka hayatnya.

Cara Memelihara Rumah Tradisional Melayu

Masih terdapat Rumah Tradisional Melayu yang menonjolkan kewibawaan berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu kini memerlukan perhatian wajar sebagai warisan Melayu yang perlu dijaga dan diurus secara terbaik. Kesedaran dan keperihatinan masyarakat Melayu terhadap warisan Rumah Tradisonal Melayu kini perlu dipantau supaya ianya tidak terpinggir dan pupus ditelan usia. Generasi kini yang sedang membangun bersama arus pembangunan moden perlu didedahkan kepentingan warisan tradisi yang mempunyai nilai dan boleh dihargai sehingga kini.

Berikut dikongskan langkah memelihara rumah tradisional Melayu :-

Peranan Masyarakat

Mewujudkan tanggung jawab bersama antara pihak pemilik atau sesebuah agensi dalam menyokong mewujudkan cinta untuk memulihara dan menyelenggara khazanah melayu lama. Pihak-pihak tertentu bersedia menyediakan dana khas sebagai satu galakan kepada pemilik individu atau kelompok dalam usaha memulihara dan menyelenggara senitampak senibina melayu lama.

Ini sesuai dengan peruntukan akta yang tersebut dalam Heritage Acts, 2005 yang lebih komprehensif dalam menyediakan satu mekanisma dari segi khidmat pengurusan , penguatkuasaan, pembiayaan dan pengiktirafan kepraktisan. Kepentingan terhadap pemuliharaan dan penyelenggaraan rumah-rumah warisan tradisi ini boleh disarankan untuk diwartakan sebagai suatu asset warisan yang ada dalam masyarakat Melayu. Ini sebagai menyokong bahawasanya warisan senibina Rumah Tradisonal Melayu perlu kepada kaedah terancang dalam urusan kerja-kerja penyelenggaraan. Pengetahuan cara pemuliharan kayu lama secara saintifik dan sistematik amat perlu
dan metodologi ini perlu kepada pengetahuan generasi akan datang.

Peranan Bersama Oleh Pihak-Pihak Tertentu

Contohnya seperti Jawatankuasa Kemajuan Kampong (JKKK), Penghulu, Penggawa , Pejabat Daerah dan Tanah Negeri, Exco Pembangunan Negeri (SDO) dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menangani pengabaian warisan tempatan dan membantu individu atau masyarakat setempat dalam mengurus dan menyelia dengan menggunakan garis panduan baru dalam memulihara dan menjaga hakmilik Rumah Tradisional Melayu. Ini boleh dilaksanakan di semua agensi tempatan di serata negeri di Malaysia.

Kesedaran

Kesedaran adalah perkara utama perlu ada di kalangan generasi Melayu kini dalam menjaga harta warisan, kesediaan mengurus dan menjaga kepentingan hakmilik individu yang perlu diterapkan bersama di dalam sesebuah masyarakat di sesebuah perkampongan yang boleh dijadikan sebagai Perkampongan Warisan dengan adanya warisan hakmilik seperti Rumah Tradisonal Melayu . Ini menimbulkan kesedaran bersama antara pemilik dan generasi kini dalam membudayakan hakmilik warisan sedia ada melalui kesinambungan oleh waris akan datang. Kecintaan terhadap seni tampak melayu terus “hidup” dalam jiwa bangsa Melayu negara ini.

Kajian Lanjutan Dan Menyeluruh Terhadap Harta Warisan Melayu

Ianya perlu diperluaskan dalam semua aspek termasuk dalam bidang pengurusan memulihara dan memelihara terutamanya dalam memulihara asset warisan. Pengurusan secara berkala perlu diperkenalkan di kampung hakmilik Melayu yang masih wujud Rumah Tradisonal Melayu dan seterusnya boleh digazetkan bersama sebagai hakmilik warisan dalam memperkenal dan mengekalkan Kampong Warisan selain penumpuan terhadap bandar-bandar bersejarah seperti yang diamalkan sekarang.

Perkara yang sama juga boleh dilaksanakan terhadap hakmilik yang dimiliki oleh kaum-kaum lain seperti Cina, India dan sebagainya yang juga menghadapai masalah yang sama.

Perekodan Secara Menyeluruh

Ianya perlu dibuat secara agresif dan didedahkan kepada semua peringkat generasi pelajar sebagai satu kurikulum pembelajaran dan juga sebagai satu koleksi yang bernilai dari hasil warisan senibina Melayu Tradisional warisan budaya terutamanya untuk pengetahuan semua generasi di negara ini.

Namun begitu, beberapa cadangan yang terperinci boleh disarankan dalam perbincangan ini dan ini boleh dilanjutkan kepada usaha memperbanyakkan kajian yang berkaitan Rumah Tradisonal Melayu sedia ada di kalangan masyarakat Malaysia dan juga untuk kepentingan ilmiah pada generasi akan datang.

SUMBER