Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT 2019

Panduan terkini dikemaskini pada 13 Oktober 2018 jam 07:44 PM

Permohonan Rayuan KV Dan SMT Tahun 2019. Bagaimana cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke KV dan SMT? Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya menerima tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang akan diumumkan pada Januari 2019.

Buat mereka yang tidak berjaya, pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan.KV dan SMT dengan hadir ke KV/ SMT yang dipohon mengikut tarikh yang ditetapkan. Buat pemohon yang masih belum membuat semakan keputusan KV/ SMT , anda boleh berbuat demikian pada masa yang telah ditetapkan.

Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT

Permohonan Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT Tahun 2019

Berikut dikongsikan panduan membuat surat rayuan kemasukan ke KV dan SMT ambilan tahun 2019. Mereka yang gagal dalam semakan keputusan boleh membuat rayuan dengan datang sendiri (walk-in) ke mana-mana institusi pendidikan yang terlibat atau yang dipohon.

Menurut FAQ (Soalan Lazim) KV/ SMT, pemohon boleh merayu seperti jawapan berikut :-

Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN? Calon boleh hadir terus atau menghubungi  pihak institusi yang  terlibat  untuk membuat rayuan mulai  – Januari hingga – Februari 2019 (Aliran Perdana) dan – hingga – Februari 2019 (Aliran PAV).

Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional Dan SMT 2019

Berikut adalah maklumat panduan cara membuat rayuan kemasukan ke KV dan SMT yntuk pelajar yang gagal dalam permohonan. Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke  mana-mana KV / SMT / GIATMARA / WISDEC seperti berikut :

  • Borang walk-in / rayuan
    • Tahun 2019 – Akan dikemaskini
  • Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
  • Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  • Contoh surat rayuan KV & SMT

Aliran Perdana

  • – Januari sehingga – Februari 2019 : *Walk- in/rayuan
  • – Januari 2019 : Pendaftaran Murid Aliran Perdana

Aliran PAV

  • – Februari 2019 : Pendaftaran Murid Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
  • – Februari Hingga – Februari 2019 : *Walk- in/ rayuan di mana-mana GIATMARA / WISDEC

Pada kelazimannya, keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran. Pemohon yang berjaya dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi dimana keputusan penempatan calon adalah bergantung kepada kekosongan.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di :-

Alamat BPTV:

  • Aras 6, Blok E14, Parcel E,
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
  • 62604 PUTRAJAYA.
  • No. Telefon : 03-8000 8000
  • u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

Tahniah sekali lagi kepada pemohon yang berjaya, Kepada yang gagal, anda masih berpeluang untuk memasuki KV dan SMT tahun 2019 dengan membuat rayuan kemasukan pada tarikh yang ditetapkan.