Panduan terkini dikemaskini pada

Niat Solat Fardhu 5 Waktu Dan Jumaat

Niat Solat Fardhu 5 Waktu Dan Jumaat. Berikut adalah lafaz niat solat 5 waktu yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim. Niat tersebut hendaklah dilakukan sebelum memulakan sesuatu solat. Solat atau sembahyang dalam Islam terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat.

Solat adalah merupakan asas dan tiang dalam agama Islam yang merupakan rukun Islam yang kedua. Adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan bagi setiap individu Muslim untuk menegakkan dan mendirikan solat yang telah diperintahkan Allah S.W.T setiap hari sebanyak lima waktu.

niat sembahyang 5 waktu

Mengenai solat fardhu lima waktu sudah diperjelaskan oleh Allah SWT tentang kepentingannya hingga diumpamakan sebagai tiang agama dan ibu segala amalan. Hal ini bermaksud tanpa amalan solat, maka kebajikan yang lain tiada nilai disisi Allah SWT dan segala kebajikan yang dilakukan tidak diterima oleh Allah SWT.

Oleh itu, kewajipan solat adalah merupakan asas dan tiang agama yang mesti ditunaikan oleh setiap individu Muslim untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT dan merupakan rukun Islam kedua terpenting selepas mengucap dua kalimah syahadah. Disamping itu, hukuman mana-mana Muslim yang meninggalkan solat fardhu dengan menganggapnya tidak wajib boleh menyebabkan murtad tanpa khilaf dikalangan para ulama’ (Al-Syarbini,1994:612).

Sebaliknya jika meninggalkannya disebabkan malas, maka pihak pemerintah mestilah menyuruhnya bertaubat dalam tempoh tiga hari dan jika enggan berbuat demikian hendaklah dibunuh dengan dipancung lehernya.

Matinya masih dianggap Muslim dan diuruskan sebagaimana Muslim yang lain dengan dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan diperkuburan orang-orang Islam (Mohd Amin Al-Kurdi,2004:20).

Oleh yang demikian, masyarakat Islam perlu sedar akan kewajipan solat fardhu dan perlu memahaminya dan mempelajari solat fardhu dari semasa ke semasa agar pelaksanaannya lebih betul dan menepati ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Disamping itu, setiap Muslim juga perlu sentiasa mendidik dan menasihati ahli keluarganya, anggota masyarakatnya dan rakan-rakannya agar mereka sentiasa mengambil berat tentang kewajipan dan pelaksanaan solat fardu.

Tidak lupa juga kepada para pendidik sama ada guru-guru dan para pensyarah juga perlu menitikberatkan tentang pemahaman dan pelaksanaan solatfardu kepada seluruh anak murid dan pelajar-pelajar agar mereka sentiasa menjaga dan mengutamakan solat di dalam kehidupan mereka seharian. SUMBER

Bacaan Niat Solat Fardhu Lima Waktu Beserta Bacaan Rumi

Solat fardhu wajib dikerjakan oleh orang Islam diantaranya kepada mereka yang telah akil baligh, berakal, suci dari haid dan nifas serta syarat wajib lain yang boleh dirujuk di Al-Azim.

Berikut dikongsikan lafaz niat solat 5 waktu beserta bacaan dalam rumi. Solat fardhu sehari semalam yang wajib didirikan oleh orang Islam adalah Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

  • Niat Sembahyang Subuh

subuh

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

  • Niat Sembahyang Zohor

zohor

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah

  • Niat Sembahyang Asar

asar

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

  • Niat Sembahyang Maghrib :

maghrib

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

  • Niat Sembahyang Isya’ :

isyak

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu ‘isyak empat rakaat (*) tunai kerana Allah Ta’ala.
* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang berjemaah.

Niat Sembahyang Jumaat

Berikut dikongsikan niat Solat Jumaat yang wajib dikerjakan oleh umat Islam pada setiap hari Jumaat.

niat sembahyang jumaat

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai kerana Allah Ta’ala.

Moga artikel berkaitan ini bermanfaat buat semua.

SUMBER : Zakatsel