Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Dan Tema Maal Hijrah 2025 / 1447H

Bilakah tarikh Awal Muharram 1447H bersamaan dengan Tahun 2025 Masehi dan apakah tema sambutan Maal Hijrah tahun ini? 1 Muharram 1447H akan jatuh pada 27 Jun 2025 iaitu Hari Jumaat yang merupakan cuti umum kepada rakyat Malaysia.

Tarikh Maal Hijrah 2025 Malaysia 1447 Hijrah

Berikut dikongsikan maklumat penting tarikh Maal Hijrah 2025 bersamaan dengan 1447 Hijrah di Malaysia :-

  • Hari Jumaat, 27 Jun 2025
  • Sambutan Peringkat Kebangsaan di
    • 2025 : Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, 27 Jun 2025, 930 pagi
    • 2024 : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 7 Julai 2024, 930 pagi
    • 2023 : Pusat Dagangan Dunia Kuala (WTCKL), 19 Julai 2023, 7oo pagi
    • 2022 : Masjid WP Kuala Lumpur, 29 Julai 2022, Jumaat, 645 petang
    • 2021 : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya
    • 2020 : Masjid Negara, Kuala Lumpur (sambutan pada petang Rabu, 19 Ogos 2020)
    • 2019 : Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
    • 2018 : Masjid WP Kuala Lumpur
    • 2017 : Masjid WP Kuala Lumpur
    • 2016 : Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor

Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan :

    • 2025 : Datuk Dr Nooh Gadot, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI)
    • 2024 : Dato’ Seri Haji Hassan Haji Ahmad
    • 2023 : YBhg. Datuk Dr. Abd Monir Yaacob, Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    • 2022 : Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Mantan Ketua Pengarah JAKIM dan Mantan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
    • 2021 : Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, Bekas Imam Besar Masjid Negara & Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa
    • 2020 : Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
    • 2019 : Datuk Seri IR Zaini Ujang, Bekas KSU Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
    • 2018 : Dato’ Prof Dr Siddiq Fadzil, Presiden Kolej Dar al-Hikmah
    • 2017 : Tun Sakaran Dandai : Bekas Ketua Menteri Sabah dan Bekas Yang DiPertua Negeri Sabah
    • 2016 – Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim – Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Anugerah Khas Maal Hijrah: Tahun 2016 – Allahyarham Datuk Dr Haron Din
  • Anugerah Tokoh Antarabangsa Ma’al Hijrah Peringkat kebangsaan :
    • 2023 – Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad Al-Malibari, Mufti Besar India
    • 2022 – YB Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan, Menteri Kanan Menjaga Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja

TEMA MAAL HIJRAH 2025/ 1447H

Tema Maal Hijrah yang dipilih bagi tahun 2025 adalah “Membangun Ummah Madani”

Tema ini menekankan usaha membentuk masyarakat Islam yang progresif, bersatu padu, dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam sejagat. Ia selari dengan visi Malaysia MADANI yang menitikberatkan aspek kemanusiaan, keadilan sosial, integriti serta pembangunan rohani dan fizikal secara seimbang.

Dalam konteks hari ini, pembangunan ummah bukan sekadar merujuk kepada pembangunan ekonomi atau fizikal semata-mata, tetapi turut mencakupi pembinaan jati diri Muslim yang kukuh, pengamalan adab dan akhlak Islam, serta usaha memperkukuh perpaduan dalam masyarakat majmuk.

Tema Sambutan tahun sebelumnya:-

    • 2024 : Al Falah Pemacu Malaysia Madani
    • 2023 : Perpaduan Teras Malaysia Madani
    • 2022 : Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran
    • 2021 : Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti
    • 2020 : Ummah Rabbani Negara Harmoni
    • 2019 : Negara Rahmah, Ummah Sejahtera
    • 2018 : Menyantuni Umat Membawa Rahmat

maal hijrah 1447H

TEMA MAAL HIJRAH 2021/ 1443H

“Maal” bermaksud bersama manakala “Hijrah” bermaksud menuju kepada keadaan yang lebih baik. Maal Hijrah membawa maksud “Bersama berhijrah” atau “Bersama hayati Hijrah”.

Untuk tahun 2021, tema Maal Hijrah yang dipilih adalah “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”

Tema yang dipilih adalah bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang menghadapi kekalutan dunia dengan pandemik COVID-19 dan isu-isu lain seperti ekonomi dan sosial.

“Kewujudan masyarakat yang bersatu atas kepelbagaian ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan.

Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 2021/ 1443H

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan untuk menyampaikan titah perutusan khas secara hibrid sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2021, pada petang Isnin, 9 Ogos 2021.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Abdul Aziz Jusoh, berkata program itu akan diadakan secara hibrid bermula jam 6 petang di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), di sini, selepas mendapat kelulusan Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Ogos lalu.

Katanya, majlis akan turut dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, program akan berlangsung secara sederhana tetapi penuh bermakna, dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan kehadiran minimum.

“Penganjuran majlis ini dilihat penting dalam suasana negara sedang berdepan pandemik COVID-19.

“Ia bertujuan mengajak masyarakat untuk sama-sama berdoa memohon dilindungi, terutama daripada bahaya COVID-19, dan sentiasa bersabar serta berpegang teguh kepada agama walau dalam apa jua keadaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Aziz berkata, tema sambutan tahun ini ialah ‘Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti’ yang signifikan kepada ummah di Malaysia.

“Tema ini bagaikan motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai ‘Rabbani’, iaitu menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan serta situasi getir dan sukar,” katanya.

Pada majlis itu, beliau berkata, Perdana Menteri akan turut menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada masing-masing seorang tokoh dalam dan luar negara yang banyak berjasa serta menyumbang kepada ummah.

Orang ramai dijemput mengikuti program itu melalui siaran langsung TV1 dan disambung siar oleh TV Al-Hijrah serta media sosial rasmi JAKIM.

Stesen radio termasuk Nasional FM dan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), akan turut membuat lintas langsung acara berkenaan.

BULAN MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.

Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Selamat menyambut Tahun Baru Islam. Salam Maal Hijrah 2025 / 1447H.

Rel : 1 muharam setiap tahun, permulaan tahun baru, iaitu memperingati penghijrahan nabi muhammad saw dari kota
peristiwa sejarah islam iaitu, penting kerana, tema maal hijrah 2025 1447h membangun ummah madani, nilai nilai islam, peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1, madinah pada tahun 622, peristiwa hijrah, doa awal tahun, 1 muharam 1447h, logo maal hijrah,