Novel Hempasan Ombak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Plot & Pengajaran untuk rujukan pelajar. Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan salah satu bahagian pembelajaran yang membantu pelajar meningkatkan kefahaman dan penggunaan bahasa kebangsaan Malaysia ini.
Karya Hempasan Ombak ditulis oleh Zailiani Taslim dari Klang, Selangor. Beliau berkelulusan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Perak, dalam jurusan Pengajian Melayu dan Pendidikan Seni. Beliau telahpun mula menulis untuk akhbar dan majalah tempatan sejak berusia 13 tahun lagi. Karya beliau yang lain yang turut digunakan dalam bahagian sastera termasuklah Pantun Berjimat Cermat bagi pelajar Tingkatan 1, 2010.
Nota Novel Hempasan Ombak : Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak, Nilai & Pengajaran
Di bawah dikongsikan nota-nota berkaitan Novel bertajuk di atas meliputi Sinopsis, Tema, Persoalan, Plot, Watak & Pengajaran. Turut disertakan soalan latihan untuk para pelajar.
Tema
Novel ini bertemakan iltizam seseorang anak yang ingin membawa perniagaan warisan keluarganya ke tahap yang lebih baik.
Persoalan
1) Tanggungjawab sebagai anak sulung dalam ahli keluarga
Farid sebagai anak sulung telah menggalas tanggungjawab menguruskan Syarikat Batik Nusantara selepas ayahnya meninggal dunia
2) Cabaran yang dihadapi dalam dunia perniagaan
Selepas mengambil alih pengurusan Syarikat Batik Nusantara, Farid menghadapi pelbagai cabaran dari segi pengurusan kewangan, dan juga persaingan daripada peniaga lain
3) Kasih sayang antara ahli keluarga
Ibu kepada Farid, Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-ankanya dan sanggup menggadai tanah dan barnag kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan keluarganya.
4) Persaingan dalam dunia perniagaan
Bengkel baharu batik Farid terbakar disebabkan sabotaj oleh Mukhtar yang merupakan pesaingnya dalam dunia perniagaan batik
5) Pendidikan perlu diutamakan dalam kehidupan
Zuraida berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang perniagaan untuk mendalami ilmu pengetahuan tersebut sebelum memajukan perniagaannya
6) Sikap tolong menolong dengan orang lain
Farid yang berusaha untuk membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara telah bertemu dengan Mokhsein yang sangat membantunya memberikan nasihat dan juga mendapat pengedar untuk Farid.
Sinopsis Setiap Bab Novel Hempasan Ombak
BAB 1 (Warisan?)
– Farid seorang pemuda yang berusia 19 tahun yang menggalas tugas yang besar apabila terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia.
– Kematian ayahnya (Haji Badrul) telah melemahkan perniagaan batik mereka
– Farid berfikir mampukah dia mewarisi atau meneruskan perusahaan batik ayahnya yang akan malap dengan hutang yang banyak.
– Tidak mungkin ibunya (Hajah Zouyah) yang sudah berumur 56 tahun yang menanggung beban tersebut,abangnya Lofti yang kian lumpuh terlantar di kerusi roda disebabkan kemalangan 10 tahun lalu
– Manakala abangnya Farhan telah meninggal dunia ketika tahun akhir di UKM.
– Adik-adiknya Hanisyah dan Hisyam terlalu mentah untuk meneruskan perniagaan keluarga mereka
– Haji Badrul mempunyai kerani yang berdedikasi yang telah bekerja dengannya selama lebih dari 10 tahun, iaitu Kak Tomsiah telah membantu Farid menguruskan syarikat.
– Kak Tom yang memberikan gambaran kedudukan perniagaan keluarganya kepada Farid
– Kak Tom mendegar semua keluhan dari Farid lalu memberikan nombor telefon Encik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.
BAB 2 (Menggapai Awan)
– Punca kematian ayahnya (Haji Badrul) disebut-sebut kembali.
– Sesetengah mengatakan ayahnya disantau, dibuat-buat-orang kerana cemburu dengan perniagaan ayahnya melonjak-lonjak naik di Pantai Timur
– Sudah jelas ayahnya menghidap penyakit barah dalam perut (hypertension) meskipun telah berubat menggunakan cara tradisional mahupun moden tetap harapan ayahnya untuk hidup adalah negatif.
– Farid terima takdir Allah
– Farid termampam melihat situasi syarikat yang begitu merisaukannya.
– Farid yakin dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu dan sabar dalam perniagaan.
– Farid tercabar degan perwatakan Willy dalam Stone Fox yang berjaya menempuhi dugaan dalam bidang penternakan dan berjaya menjadi pemilik ladang ternak yang berjaya
– Terdapat sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang.
– Farid berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik),menurut beliau menyatakan bahawa kuota pengeluaran dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin kurang.
– Manakala jurujual yang baru balik dari memasarkan kain batik keluraga mereka menyatakan batik keluaran mereka kurang laris dipasarkan
– Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta Farid meminta bayaran kepada ejen yang masih berhutang lagi
BAB 3 (Titian Niaga)
– Suatu malam, Hajah Zaoyah mengumpulkan semua anak-anaknya untuk makan malam bersama-sama dan bercerita banyak perkara.
– Hajah Zaoyah perasan dengan perkembangan tubuh Farid yang semakin susut dan hilang berat badan kerana memberi terlalu sepenuh tumpuan terhadap kerja sehingga terlupa untuk makan
– Lotfi dan ibunya mendesak Farid menceritakan masalah yang dialaminya semasa menguruskan perniagaan batik keluarga mereka.
– Lotfi menyalahkan dirinya yang lumpuh sehingga menyebabkan dia tidak mampu membantu menguruskan syarikat
– Farid dan sekeluarga mengadakan mesyuarat untuk membincangkan masalah hutang syarikat.
– Farid merasa malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang sesusia dengannya mampu mengendalikan perniagaan.
– Hajah Zaoyah bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya. Baginya tidak ada maknanya jika harta tersebut disimpan jika masalah syarikat tidak dapat diselesaikan
– Farid mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba mencari jalan lain sebelum tidur
– Farid memerlukan khidmat nasihat daripada seseorang yang arif dan teringat akan seseorang yang Kak Tom minta Farid berjumpa
BAB 4 (Azam usahawan Muda)
– Sejak jam 7.00 pagi lagi, Farid sudah berada di pejabat untuk mengambil tindakan ke atas fail yang diserahkan oleh Tomsiah semalam dan dalam diam-diam, Farid memikir tentang kemahuannya dan cita-citanya untuk meluaskan prospek perusahan batiknya berdasarkan keluasan saiz yang sedia ada kerana itu cuma angan-angan yang tidak memadai untuk membesarkan perusahaannya dan terlalu muluk unggul, kerana dia ialah bayi yang baru belajar
merangkak.
– Pak Nik merasa bangga kerana sifat kerja keras Haji Badrul apa pada Farid.
– Farid ingin mencontohi kawannya Abdul Kabeer berketurunan India Malabor yang mempunyai kedai kain kecil di Jalan Banggol dan Chew Teck Heng dari Kampung Cina.
– Kawan Farid berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan.
– Pada jam 9.00 pagi, Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama yang dihadiri oleh Tomsiah dan Pak Nik serta lima orang yang hadir juga dalam mesyuarat tersebut.
– Farid melontarkan idea yang bernas iaitu pengeluaran batik dalam bentuk pakaian siap dengan jenama tersendiri dan dijual melalui peruncit di bandar besar di Pantai Barat, serta memenuhi permintaan pemborong batik untuk dibekalkan kepada bahan-bahan pertubuhan
– Cadangan Farid disambut baik oleh pekerja-pekerjanya
– Kak Tom mencadangkan asset kurang produktif hendaklah dijual sekali gus untuk mengurangkan beban syarikat oleh semua ahli itu dan Farid berasa berterima kasih kepada ibunya yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi meneruskan operasi syarikat keluarga mereka
BAB 5 (Langkah Pertama)
– Farid mengunjungi ke pejabat pemborong binaan Nadi Zaman di Jalan Tok Lam kepunyaan Encik Mokhsein, bekas pekerja ayahnya suatu ketika dahulu.
– Farid mendapat layanan yang baik daripada Encik Mokhsien yang suka merendah diri dan gaya hidup sederhana.
– Beliau amat tertarik dengan sikap Farid, anak muda yang berjiwa besar, inovatif dan berpandangan jauh.
– Encik Mokhsein berterus-terang yang dia terhutang budi kepada Haji Badrul yang banyak mengajarnya tentang selok-belok perniagaan
– Beliau memberitahu sebab beliau berhenti kerja di syarikat Batik Nusantara adalah untuk memulakan perniagaannya sendiri ketika syarikat dalam kedudukan kewangan yang mantap dan terkenal
– Mereka berbincang tentang ilmu perniagaan dan peluang serta penglibatan orang melayu kursusnya dalam DEB dan keadaan aliran tunai syarikat tidak lancar
– Dari pendapat Pak Nik dan Encik Mokhsein mengatakan antara punca masalah perniagaan batik Haji Badrul kerana khianat sesetengah syarikat lain atas kejayaan Haji Badrul
– Dengan itu juga, bagi mengatasi persaingan perusahaan, beliau mencadangan kepada Farid berani mencari pasaran baharu dan idea-idea yang baik untuk Farid lakukan
BAB 6 (Ilham Daripada Zuraida)
– Zuraida terkejut akan kedatangan Farid.
– Farid kagum dengan kegigihan Zuraida
– Selepas 10 tahun mengusahakan perniagaan, rakan sekelasnya itu sejak dari tingkatan 1 lagi membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian di bazar MARA, Jalan Banggol dekat dengan stesen bas lama.
– Sebelum mendapat gerai, selama tiga tahun dia berniaga menjual minuman dan makanan ringan tanpa lesen sehingga sering Zuraida diburu oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT)
– Ketika zaman persekolahan, Zuraida menelaah pelajaran dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru ketika membantu ibunya berniaga di kedainya, mencuri waktu sementara menunggu pelanggan datang
– Zuriada tetap merendah diri dan mengatakan perniagaan kecil di kaki lima tidak sehebat perusahaan Batik Nusantara yang lebih 20 tahun bertapak kukuh dalam bidang perniagaan industri batik asli.
– Zuraida memberikan pandangan dalam perniagaan bahawa dia banyak bermodulkan petua ibunya supaya sabar dab bermanis muka semasa melayan pelanggan
– Tiba-tiba, perbualan antara sahabat tersebut terhenti, pelanggan menjenguk masuk dan membeli barangan yang hendak dibeli tetapi Zuraida tetap melayan pelanggan tersebut dengan baik walaupun air mukanya jatuh ketika melayan pelanggan yang cerewet dan banyak ragam.
– Setelah tiga jam bersembang, Farid balik semula ke pejabatnya dan bercerita dengan Kak Tom bahawa dia semalam berjumpa dengan Encik Mokhsein dan hari ini dengan Zuraida.
– Bagi pandangan Farid, dia kagum dengan Zuraida dan Encik Mokhsein merupakan usahawan yang gigih dan perlu dicontohi
BAB 7 (Batik, Cinta)
– Semingu selepas Farid terserempak dengan Zuraida, Farid berkunjung lagi ke gerai Zuraida untuk mempelawa Zuraida makan tengah hari di Restoran Mail, di seberang JalanBonggol.
– Ketika mereka berdua tengah makan, Zaharah, (adik kepada Zuraida) menjaga kedai tersebut.
– Ketika sedang makan, Zuraida berasa bangga terhadap Farid kerana daripada seramai 40 orang murid Tingkatan 5 Sastera 1, Sekolah Menengah Seri Budiman Faris sahaja yang menjadi pengarah syarikat.
– Farid merendah diri terhadap kata-kata Zuraida tadi sambil berkata kepada Farid bahawa syarikat tengah menghadapi krisis dan memerlukan bantuan seseorang.
– Kemudian, Zuraida berjanji ingin menolong Farid dengan menjualkan batik di gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen atau balasan kerana hasil jualan pakaian di gerainya berjaya dijual lebih daripada 400 helai pada hari biasa.
– Zuraida juga mencadangkan Farid memodenkan atau menukar corak terkini batik keluarannya agar pasaran luas, mampu bersaing dan memenuhi cita rasa pelanggan.
– Zuraida telah memberikan pelbagai idea yang berguna dan perubahan untuk Farid supaya melakukan perlahan-lahan demi menarik minat pelanggan khasnya yang berkunjung ke Kuala Terengganu dan singgah untuk melihat proses-proses menghasilkan batik asli seiring dengan minat pelancong.
– Setelah selesai makan bersama-sama, mereka balik menuju ke kedai Zuraida dan Farid tersedar akan perasaan cinta terhadap Zuraida.
BAB 8 (Corak Baharu)
– Di pejabatnya, Farid membelek-belek batik asli Cap Sarang keluaran syarikatnya dan rancak memikirkan corak batik yang baharu dan agak moden.
– Dalam pertemuan yang ketiga, Zuraida memberi cadangan menggunakan batik canting yang agak moden mengikut minat pelanggan.
– Kak Tom memberikan respons yang baik terhadap cadangan tersebut tetapi kos pengeluarannya agak tinggi kerana batik itu perlu dibuat di atas kain sutera.
– Farid menghubungi Encik Mokhsein dan ingin meminta bantuan beliau bagi memberikan pandangan tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya.
– Farid meyiapkan kertas kerja “Projek Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara”.
– Ketika perbincangan pada petang tersebut, mereka berdua meneliti penyata akaun Syarikat Batik Nusantara, Encik Mokhsein kagum dan memuji Farid kerana hutang-hutang dapat dikutip secara maksimum dan modal meningkat hasil jualan kenderaan, gadai,tanah dan barang kemas
– Menurut beliau, walaupun Farid cuma lepasan SPM yang masih muda mempunyai potensi untuk berjaya dalam perniagaan dan beliau yakin Farid dapat menaikkan maruah bangsa dan martabat industri kampung.
– Farid perlu banyak pengetahuan untuk mengembangkan projek yang diperoleh daripada khidmat nasihat dari MARA dan MIDA
– Beliau berjanji akan membantu Farid dari aspek pasaran agar produk tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab.
– Selepas dari itu, Encik Mokhsein kerap bertanya tentang perkembangan projek.
– Farid tidak bercadang untuk menamatkan pengeluaran batik tradisi tetapi dimodenkan untuk pasaran terkini.
BAB 9 (Batik Sumber Rezeki)
– Sebagai seorang usahawan yang berjaya, Encik Mokhsein diundang untuk merasmikan bangunan bengkel batik moden.
– Majlis dijalankan secara sederhana dengan doa selamat dan jamuan makan kesyukuran turut dihadiri oleh 200 orang penduduk kampung.
– Pada hari tersebut, Encik Mokhsein membawa sepupunya yang bernama Hartini Noor, dia diberi tanggungjawab untuk mereka corak batik, selain membimbing pekerja baharu berkaitan batik canting.
– Zuraida merasa cemburu terhadap kehadiran Hartini Noor sehingga dia meninggalkan majlis tersebut kerana Hartini Noor merupakan graduan lepasan UiTM dan kemudiannya melanjutkan lagi pelajarannya di sebuah akedemik seni tampak di Australia.
– Seterusnya, Encik Mokhsein mencadangkan kepada Farid mengambil belia-beliawanis tempatan sahaja sebagai pekerja bagi mengurangkan kos, sebagai tambahan kepada 50 orang pekerja yang sedia ada.
– Dengan bantuan Atan, tujuh orang sudah disenaraikan namanya oleh Farid.
– Pada hari yang lain, Farid meninjau kerja-kerja di bengkel. Dia berasa kagum melihat lukis yang dibuat oleh Hartini Noor.
– Hartini meminta dirinya dipanggil kakak oleh Farid dan menceritakan Farid tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli (serung) serta pengalamannya belajar.
– Menurut Hartini Noor juga, kerja-kerja mencanting oleh pekerja baharu seramai tujuh orang itu amat membanggakan.
– Pak Nik pula mengingatkan Farid tentang gaji Hartini Noor yang sewajarnya setimpal dengan usaha yang dilakukannya.
– Hartini Noor menghabiskan masa selama lapan jam di bengkel. Banyak corak batik moden telah dihasilkan. Lima orang pekerja ditambah. Farid mahu memasarkan batik tersebut menerusi ejen yang baharu.
– Farid yakin yang batik modennya mampu bersaing dengan syarikat batik lain dan tidak melupakan janjinya hendak meletakkan batiknya dijual di gerai Zuraida.
BAB 10 (Maafkan Aku, Eda)
– Zuraida terkejut akan kedatangan Farid di gerainya pada pukul 10.15 padi.
– Dia tidak menyangka Farid mempunyai banyak masa untuk berjumpa dengannya walaupun ada buah hati di batik modennya.
– Tujuan Farid mengunjungi Zuraida adalah kerana menghilangkan rasa cemburu di jiwa rakannya itu dan menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka bentuk dalaman serta umurnya 25 tahun sehingga Farid memanggilnya kakak dan bekerja secara kontrak selama sebulan sahaja di syarikatnya.
– Hartini Noor berjaya membimbing pekerja-pekerja Farid dan kerja mencanting yang dilakukannya sangat halus.
– Kemudian, Farid mengajak Zuraida mengelilingi beberapa negeri untuk memperkenalkan dan seterusnya melantik ejen baharu untuk memasarkan batik keluaran syarikatnya.
– Pada petang itu, Zuraida melihat kerja-kerja mencanting di bengkel Farid. Dia menutup gerainya pada hari itu. Pada kesempatan itu, Zuraida bersembang dengan Hartini Noor. Zuraida berasa kagum melihat hasil kerja Hartini Noor yang pelbagai corak untuk pelbagai kegunaaan seperti scarf, sapu tangan, alas meja dan sarung kusyen.
– Hartini merendah diri dan dia tidak mahu dianggap dirinya primadona malah upah pun dia tidak mahu ambil kerana percubaan untuk mengangkat martabat batik.
– Selepas itu,Zuraida berkenal mesra dengan keluarga Farid.Lewat petang,Farid menghantar Zuraida balik dengan kereta Peugeot peninggalan arwah ayahnya.
BAB 11 (Bara Dendam)
– Mukhtar berasa marah apabila mendapat laporan daripada ejennya di Seremban bahawa batik keluaran syarikatnya, Syarikat Batik Rajawali tidak mendapat sambutan yang baik kerana alasan batik keluarannya bercorak lama. Sebelum ini dilaporkan, batiknya tidak dapat dijual di Johor Bahru.
– Modal sudah banyak dikeluarkan, stok batik masih banyak yang tidak dijual, dan ejen pula diberi komisen sebanyak 35%. Jika masalah itu tidak diselesaikan, Syarikat Batik Rajawali boleh gulung tikar.
– Dia berpuas hati apabila melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah selepas kematian Haji Badrul.
– Menurut pandangan seorang ejennya ,jika syarikat memberi komisen 50% sekalipun, batik tidak dapat dijual kerana pengguna lebih tertarik dengan batik bercorak baharu.
– Mokhtar yakin, batik pilihan pengguna sekarang adalah keluaran pesaingnya iaitu Syarikat Batik Nusantara
– Mokhtar mengganggap Farid budak mentah yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah syarikat arwah ayahnya.
– Bagaimanapun, Mukhtar mula berasa risau apanila mendapat tahu Farid pernah berjumpa dengan Mokhsein dan berkenalan dengan anak saudaranya, Zuraida.
– Mukhtar kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya, Zuraida. Dia mendapati terdapat banyak corak batik dari Nusantara .
– Setelah mendesak anak saudarnya itu, akhirnya Zuraida membuka mulut dan memberitahu dirinya merupakan ejen yang menjual batik syarikat Farid.
– Mukhtar melarang dan memarahi Zuraida kerana menjual batik keluaran syarikat batik Nusantara dan berlaku pergaduhan antara Zuraida dan Mukhtar.
– Akhirnya, Mukhtar memberi amaran kepada Zuraida bahawa dia tidak dibenarkan menjual batik syarikat Farid dan jika masih berkeras kepala, dia akan merobohkan gerai Zuraida.
– Zuraida mula terpikir, mungkin Mukhtar merupakan dalang sebalik batu kepada kemusnahan syarikat milik keluarga Farid pada masa dahulu.
– Farid menerima amaran keras dalam bentuk surat layang. Dalam surat tersebut, dia diingatkan agar memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan memastikan batik keluarannya tidak menguasai pasaran. Dia juga diingatkan,jika surat amaran tersebut dipandang serong sahaja, padah yang lebih besar akan menanti.
– Hal tersebut telah membimbangkan dan merisaukan keluarga Farid tetapi dia tidak takut kerana dia sedar ugutan tersebut adalah kerana cemburu dengan bengkel baharunya yang berupaya menghasilkan corak yang lebih moden.
– Ibunya mahu perkara tersebut dilaporkan dan disiasat kepada pihak polis.
BAB 12 (Samseng)
– Sebelum pergi ke tempat kerja pada pagi tersebut, Farid mendapat panggilan daripada Zuraida.
– Zuraida menelefon Farid kerana dia ingin mengajak Farid berjumpa dengannya kerana ada orang mengugut gerainya akan dirobohkan sekirannya menjual batik moden syarikat Farid.
– Disebabkan itu, Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya di Kampung Tanjung untuk menceritakan hal yang rahsia.
– Ibu Zuraida suka akan Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa saudara kepada Zuraida tidak menganggu hubungan anaknya.
– Farid risau dan berasa bersalah kerana hubungannya dengan Zuraida menimbulkan kemarahan Mukhtar dan bunyinya hampir sama dengan surat layang.
– Di bengkel Farid, Mahmood membuat kekacauan kononnya sebelum ini Masri dan Azmi yang merupakan bekas pekerja syarikat majikannya yang dirampas oleh Syarikat Batik Nusantara.
– Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan Pak Nik.
– Mahmood yang hilang sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi. Mahmood yang seakan- akan hilang akal atau dirasuk mahu memasukkan kepala Azmi ke dalam kawah yang mengandungi lilin panas
– Masri mempunyai tiada pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi dari cengkaman Mahmood, dia menerpa ke arah Mahmood lalu mencurahkan lilin panas dari canting ke muka Mahmood.
– Mahmood lari terhuyung-hayang menjerit kepanasan.
– Pak Nik bercadang untuk melaporkan kepada pihak polis.
– Kepulangan Farid, disambut dengan kekecohan yang berlaku di bangsal batiknya. Pak Nik menceritakan hal tersebut.
BAB 13 (Api)
– Pada jam 2 pagi tersebut, keluarga Hajah Zaoyah terjaga daripada bunyi letupan yang kuat .
– Alangkah terkejutnya, mereka mendapati bengkel tempat pengeluran batik moden terbakar.
– Tiga Lembaga berlari meninggalkan kawasan itu dan menuju ke keretanya lalu memecut pergi meninggalkan bangsal batik Farid.
– Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal.
– Jiran-jirannya mebantu Farid memadamkan bangasal tersebut sebelum kedatangan pasukan bomba datang.
– Farid berasa sedih melihat bengkel batiknya modennya musnah dan sebahagian besar bengkelnya tinggal rangka.
– Siasatan mendapati 75% harta bendanya musnah dijilat api.
– Dalam kesedihan,Farid menyakinkan abangnya bahawa kebakaran bangsal batik modennya mempunyai kaitan dengan ugutan surat layang yang diterimanya.
– Lofti teringat, semalam ibunya, Hajah Zaoyah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis.
– Ibunya dan abangnya menasihati Farid untuk menerima takdir Tuhan selepas solat subuh.
– Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan pekerja-pekerja Syarikat Batik Nusantara.
– Semua terkejut. Pekerja-pekerja bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa.
– Hartini Noor kagum melihat ketenangan dan kesabaran Farid.
– Inspektor Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, Syarikat Batik Rajawali punca semua terjadi berlaku dan telah memberkas Mahmood di sebuah klinik ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik.
– Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali.
– Pemilik syarikat tesebut ialah Mukhtar bin Yusof dan kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya.
– Pada tengah hari selepas pulang dari balai polis, Zuraida datang melawat keluarga Farid dan bersimpati atas perkara yang berlaku.
BAB 14 (Ombak)
– Penangkapan Mukhtar atas tuduhan membakar bengkel kepunyaan Farid telah disiarkan oleh akhbar. Mukhtar didakwa mengupah tiga orang samseng untuk melakukan perbuatan tersebut. Rayuan Mukhar untuk diikat jamin telah ditolak oleh hakim.
– Tiga hari selepas peristiwa bengkel tersebut, Mokhsein datang ke bengkel sekembalinya dari Farid.
– Mokhsein memberitahu bahawa punca segalannya berlaku kerana sifat hasad dengki dan dia juga pernah menerima surat ugutan daripada Mukhtar agar tidak membantu perniagaan Farid. Kemudian, Mokhsein memberitahu khabar gembira, iaitu dua buah butik di Singapura dan Kuala Lumpur mahu melanggani batik moden keluaran Farid. Encik Mokhsein merancang mencarikan Farid mengadakan pertunjukan kesenian anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
– Farid terhutang budi dengan Encik Mokhsein, Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantunya.
– Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu memberi semangat semula ke dalam jiwa Farid.
– Zuraida pula menjelaskan, dia kurang ilmu dari segi perniagaan dan mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Perniagaan di UiTM Dungun pada setip hujung minggu. Zuraida mencadangkan agar Farid menimba ilmu lagi memandangkan terdapat banyak kolej di Kuala Terengganu
– Pada siang hari, dia bermimpi menemui Mukhtar yang ingin meminta maaf kepadanya dan Farid memaafkan kesalahan lelaki tersebut.
– Apabila dia terjaga, ibunya memaklumkan bahawa Mukhtar kini berada di Penjara Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun oleh Mahkamah Rendah Kuala Terengganu
– Farid membeli syarikat kepunyaan Mukhtar yang hampir di lelong oleh pihak bank
– Kemudian, Farid dan Zuraida serta isteri Mokhsein mengikuti Mokhsein menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.
Sinopsis Keseluruhan
Farid yang baru berusia 19 tahun ketika mengambil alih pengurusan Syarikat Batik Nusantara, yang telah beroperasi selama 20 tahun, selepas pemilik Haji Badrul meninggal dunia akibat kanser perut. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab itu kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak dapat memikul tugas tersebut. Farid bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas tersebut. Untuk kerja pertamanya, Farid mengunjungi bengkel tersebut untuk melihat proses pengecapan batik. Seorang pekerja syarikat itu, Pak Nik menjelaskan keadaan syarikat itu sambil berkata, ada syarikat yang cuba merampas perniagaan itu kerana batik keluaran syarikat itu tidak laku. Bagi mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah merancang untuk menggadaikan emas dan tanah. Farid kemudiannya menyatakan hasrat untuk mengembangkan bengkel tersebut sebaik sahaja kewangan syarikat bertambah baik.
Farid buat kali pertama mengadakan mesyuarat kerja bersama pekerja. Pada pertemuan itu, Farid berkata beliau berharap syarikat itu akan menjual batik dalam bentuk sedia untuk dipakai di bawah jenama sendiri, dan Farid mencadangkan untuk mengembangkan kilang dan membeli mesin baharu. Pada suatu hari, Farid melawat Pejabat Pemborong Nadi Zaman yang dimiliki oleh Mokhsein, bekas pekerja bapanya. Mokhsein berkata terdapat syarikat saingan di Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran batik dengan menjual batik pada harga rendah bagi memufliskan syarikat sedia ada. Zuraida telah tujuh tahun menjual pakaian di Bazar MARA di Jalan Banggol. Farid, rakan sekelasnya darjah 1 hingga darjah 5 di Sekolah Menengah Seri Budiman datang bertanya khabar. Pada pertemuan lain, Zuraida berjanji untuk membantu Farid dengan menjual batik di gerainya tanpa komisen, tetapi mencadangkan kepada Farid untuk membuat corak batik baharu untuk menarik perhatian pembeli. Encik Farid berjumpa dengan Encik Mokhsein dan meminta pendapatnya. Hasilnya, Farid membina bengkel tambahan dengan modal RM75,000. Hartini Noor, sepupu Mokhsein, datang sebagai pelatih batik baharu. Zuraida melahirkan rasa cemburu dengan kewujudan Hartini Noor. Farid melawat gerai Zuraida. Farid berkata Hartini Noor sudah bertunang dengan seorang pereka dalaman dan baru sebulan bekerja di syarikatnya.
Selain itu, Encik Mukhtar, pemilik syarikat batik Rajawali, berang kerana batik buatan syarikatnya tidak popular kerana corak lama. Mukhtar kini yakin batik pengguna adalah produk pesaing Sharikat Batik Nusantara. Selepas itu, Mukhtar pergi ke gerai anak saudaranya Zuraida dan menemui corak batik baharu untuk dijual. Mukhtar memberi amaran kepada Zuraida supaya tidak menjual batik kepunyaan Farid dan jika dia masih berdegil, dia akan memusnahkan gerai Zuraida. Farid menerima amaran keras berupa sepucuk surat. Beliau diingatkan supaya memutuskan hubungan dengan Zuraida dan menghalang produk batiknya daripada menguasai pasaran. Farid menerima panggilan daripada Zuraida. Zuraida menjelaskan, bapa saudaranya telah melarang penjualan kain batik moden buatan syarikat Farid. Di bengkel batik moden Farid Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi dan Masri. Mahmood tidak berpuas hati kerana kedua-duanya telah meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri berkata mereka berhenti kerana tidak menerima gaji selepas dua bulan bekerja. Berlaku satu pertengkaran. Tidak mempunyai pilihan selain menyelamatkan Azmi, Masri menyerbu Mahmood dan membaling lilin panas dari botol airnya ke mukanya.
Apabila jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, satu letupan kuat membangunkan seluruh rumah Hajah Zaoyah. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati sebuah bengkel di mana pengeluaran batik moden sedang berlangsung terbakar. Lebih 75 peratus peralatan dan bahan mentah yang digunakan untuk membuat batik musnah. Farid menerima dugaan terhadapnya sebagai takdir. Polis yakin bahawa kebakaran itu mempunyai motif jenayah dan meminta Farid untuk ke balai polis, di mana dia akan disoal siasat. Di balai polis, Inspektor Ruzman menjelaskan kumpulannya menahan Mahmood di klinik ketika lelaki itu menjalani rawatan. Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat Batik Rajawali. Pemilik syarikat itu ialah Mukhtar bin Yusof, dan polis kini cuba menangkapnya. Tiga hari selepas kebakaran di bengkel itu, Mokhsein pulang dari Singapura dan melawat bengkel Farid. Mokhsein berjanji akan membantu Farid menjadi pembekal. Kata-kata ini menaikkan jiwa Farid. Zuraida menjelaskan, dia mengikuti kursus dalam pentadbiran perniagaan di UiTM kerana kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan. Zuraida menyarankan agar Farid belajar lebih banyak memandangkan terdapat banyak universiti di Kuala Terengganu. Mukhtar yang kini berada di penjara Marang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana mengupah tiga samseng untuk membakar bengkel syarikat batik milik Farid. Farid dan Zuraida kemudiannya mengikuti Mokhsein ke majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan.
Watak dan perwatakan
1) Farid
- Merupakan watak utama dan pemuda berusia 19 tahun
- Menguruskan Syarikat Batik Nusantara
- Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya
- Seorang yang suka akan hidup sederhana dan bermasyarakat
- Seorang yang bersikap rasional dalam melaksanakan sebarang tindakan
2) Hajah Zaoyah
- Isteri kepada Haji Badrul, pemilik Syarikat Batik Nusantara dan ibu kepada Farid
- Berusia 56 tahun dan mempunyai enam orang anak
- Seorang yang gigih menguruskan perniagaan wang penuh dengan cabaran
- Seorang yang berani menggunakan kaedah baharu untuk memajukan perniagaan.
3) Mokhsein
- Pemilik Syarikat Nadi Zaman
- Seorang yang baik hati dan mengenang budi
- Seorang yang bijak dalam menyusun strategi pemasaran dan pengurusan perniagaan
4) Zuraida
- Merupakan rakan sekelas Farid di Sekolah Menengah Seri Budiman
- Berniaga menjual pakaian di bazar MARA Jalan Banggol
- Seorang yang berpandangan jauh kerana ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
Binaan Plot
Permulaan
Watak utama, Farid baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM terpaksa menguruskan syarikat milik keluarganya, Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya haji Badrul meninggal dunia. Ibunya, Hajah Zaoyah menyerahkan tanggungjawab menguruskan syarikat kepadanya. Antara tindakan pertama Farid adalah dia mengadakan mesyuarat bersama pekerja-pekerja syarikatnya.
Perkembangan
Rakan kepada Farid, Zuraida mencadangkan Farid untuk menjual batiknya di gerainya serta menyuruh Farid menghasilkan corak batik yang baharu. Farid pula yang masih mengadaptasi tanggungjawab baharunya, telah bertindak berjumpa Encik Mohksein untuk mendapatkan nasihat perniagaan. Selepas itu, Farid telah membuka bengkel baharu untuk menghasilkan batik moden dan bengkel tersebut dirasmikan oleh Encik Mokhsein sambil ditemani anak saudaranyam Hartini Noor
Perumitan
Pemilik syarikat Rajawali, Mukhtar telah berasa marah kerana batiknya tidak mendapat sambutan. Dia juga mendapat tahu bahawa anak saudaranya Zuraida telah menjual batik keluaran Farid dan mengugut untuk tidak menjualnya. Farid pula telah menerima sebuah surat layang dan di bengkel baharunya, berlaku kekecohan oleh Mahmood, Azmi dan Masri
Klimaks
Bengkel batik baharu Farid terbakar. Farid menerima dugaan ini dengan redha dan pihak polis telah mengesyaki perlakkuan jenayah disebalik kebakaran terbabit. Inspektor Ruzman memberkas Mahmood, pekerja syarikat Rajawali merupakan bekas penjenayah
Peleraian
Tiga hari selepas kejadian, Mokhsein yang baru pulang dari Singapura berkunjung ke bengkel Farid. Dia berjaya mendapatkan pelanggan daripada SIngapura dan Kuala Lumpur untuk Farid. Manakala, Mokhtar telah dijatuhkan hukuman pejara selama tiga tahun. Zuraida pula melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam bidang pentadbiran perniagaan.
Teknik Plot
- Dialog : ‘Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!
- Monolog : “Pengorbanan.. ” Farid separuh berbisik
- Kejutan : “Tolong keluar bang. Keluar!” Hartini mula bertegas
- Saspens : “Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu”.
- Imbas Kembali : Dia sering mengikuti ayahnya menghantar batik keluaran syarikatnya ke serata tempat
- Imbas Muka : Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap
- Pemerian : Farid cuba menutup telinganya daripada mendengar desas-desus punca kematian ayahnya
Latar
Latar masa
- Sebulan : Tempoh Hartini menjadi tenaga pengajar batik moden kepada pekerja Farid
- Waktu malam : Farid dan keluarganya makan malam bersama
- Waktu pagi hari Sabtu : Farid telah berkunjung ke kedai Zuraida menjual pakaian
Latar tempat
- Bazaar MARA Jalan Bonggol : lokasi Zuraida berniaga pakaian
- Firma Nadi Zaman : Farid telah bertemu mokhsein untuk meminta nasihat dalam dunia perniagaan
- Balai Polis Daerah Kuala Terengganu : Farid memberi kenyataan tentang kebakaran bengkel baharu yang dibinanya
- Mahkamah Rendah Kuala Terengganu : Mokhtar telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman terhadap kes kesalahan membakar bengkel baharu batik moden milik syarikat Farid
Latar masyarakat
- Masyarakat yang rajin berusaha dan berkorban untuk mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing
- Masyarakat yang berniaga untuk mencari rezeki diri dan keluarga
- Masyarakat yang dengki dan berniat jahat apabila melihat kejayaan ornag lain
- Masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan ilmu pengetahuan
- Masyarakat yang mempunyai daya kreatif dan inovatif yang tinggi
- Masyarakat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain
Gaya bahasa
- Hiperbola : Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai
- Peribahasa : kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
- Personifikasi : rasa serba salah mula mencekik dirinya
- Simile : Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang meliuk-liuk
- Sinkope : “Tak kisahlah tu”
- Repitisi : “Kerja, kerja. Makan, makan”
Nilai
- Tanggungjawab : Farid sebagai anak sulung menggalas tanggungjawab sebagai ketua kelaurga selepas kematian ayahnya, Haji badrul
- Hormat : Farid yang baru sahaja mengambil alih pengurusan milik keluarganya, Syarikat Batik Nusantara menyemat sifat hormat-menghormati dalam kalangan 57 orang para pekerjanya
- Berani : Farid berani untuk membina bengkel baharu yang berharga RM75 ribu bagi mengembangkan pemasaaran syarikat
- Kasih Sayang : Hajah Zaoyah amat menyayangi anak-anaknya
- Taat ; Farid tidak mengabaikan kewajipan sebagai seorang muslim dengan menunaikan solat lima waktu
- Muafakat : Farid telah menjemput 200 orang penduduk kampung ke perasmian bengkel baharu batiknya untuk merapatkan hubungan sesama masyarakat setempat
Pengajaran
1. Kita seharusnya menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah sekiranya kita ditugaskan untuk melakukan sesuatu kerja
2. Kita hendaklah bersaing secara sihat jika menghadapi persaingan dalam apa jua aspek kehidupan
3. Kita digalakkkan untuk membantu orang lain lebih-lebih lagi golongan muda yang ingin mencari bimbingan dalam kehidupan mereka
4.Kita perlu mengutamakan ahli keluarga kita dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan
5. Kita seharusnya bersikap sederhana dalam setiap segi kehidupan kerana hidup berlebihan hanya akan merugikan dan pembaziran yang sia-sia
6. Kita mesti mengutamakan pendidikan dalam kehidupan untuk meningkatkan taraf kehidupan masing-masing
Soalan Latihan
1) Berdasarkan novel Hempasan Ombak, jelaskan latar tempat yang berkaitan
Antara latar tempat yang terdapat dalam novel ini adalah Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Farid telah memberikan kenyataan tentang peristiwa kebakaran yang berlaku di bengkel baru batiknya. Selain itu, Bazar MARA Jalan Banggol merupakan tempat di mana Zuraida berniaga pakaian.
2) Satu penceritaan sesebuah novel kekuatannya berkait rapat dengan binaan plot. Bincangkan puncak penceritaan yang anda pelajari.
Novel yang telah saya pelajari semasa Tingkatan 3 ialah novel Hempasan Ombak. Kemuncak novel ini ialah apabila bengkel batik moden milik Farid terbakar pada 2 pagi. Farid cuba untuk memadamkan api gagal dan pihak bomba memaklumkan bahawa lebih 75 peratus bengkel tersebut musnah. Kerugian yang hampir RM70,000 perlu ditanggung oleh Farid.
3) Huraikan tiga perwatakan watak utama yang menerajui novel yang anda kaji
Watak utama novel yang saya kaji, Hempasan Ombak ialah Farid. Beliau merupakan seorang yang bertanggungjawab dan amanah kerana mengurus syarikat milik keluarganya selepas ayahnya meninggal dunia. Selain itu, Farid juga seorang yang tabah apabila menghadapi pelbagai dugaan seperti peristiwa bengkel baharu batiknya terbakar.
4) Apakah tema dan contoh peristiwa novel yang anda pelajari?
Novel yang saya pelajari semasa Tingkatan 3 ialah novel ini bertemakan kegigihan seseorang anak muda yang menguruskan sebuah perniagaan milik keluarganya. Contoh peristiwa bagi tema ini ialah Farid yang baru berusia 19 tahun, menguruskan Syarikat Batik Nusantara peninggalan arwah ayahnya.
5) Huraikan persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan yang terkandung dalam novel
Kepentingan ilmu dalam kehidupan adalah salah satu persoalan dalam novel ini. Sebagai contoh, Zuraida menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di dalam bidang pentadbiran perniagaan di kampus UiTM untuk menambah ilmu pengetahuannya.
Semoga perkongsian nota berkaitan Novel Hempasan Ombak : Sinopsis, Tema, Persoalan & Pengajaran membantu.