Tarikh Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 Tahun 2019

Panduan terkini dikemaskini pada 2 Januari 2019 jam 08:43 PM

Bantuan Awal Persekolahan RM100 (BAP) Sesi Tahun 2019. Bilakah tarikh bayaran bantuan sekolah 2019? Menerusi makluman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semua pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah akan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM100. Walau bagaimanapun bermula tahun 2016, bantuan persekolahan RM100 adalah terhad kepada pelajar di mana pendapatan isi rumah berjumlah RM3,000 dan ke bawah sahaja.

Peruntukan khas sebanyak RM328 juta akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan sebelum diagihkan ke sekolah bermula Januari 2019.

bantuan awal persekolahan

Tarikh Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 Tahun 2019

Bantuan Wang Persekolahan 2019 ini dijangka dapat dimaanfatkan kepada lebih kurang 3.2 juta pelajar yang berkelayakan. Pembayaran akan dibuat mulai Januari 2019 secara berperingkat di seluruh sekolah di Malaysia. Surat siaran dan garis panduan pemberian Bantuan Persekolahan dari KPM akan dikongsikan selepas diumumkan.

Tujuan utama pemberian bantuan BAP adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang perlu ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Maklumat Pembayaran Bantuan Persekolahan 2019

  • Tarikh : Mulai Januari 2019
  • Jumlah : RM100 bagi setiap murid
  • Syarat Baru : Keluarga berpendapatan bawah RM3,000. Penjaga berpendapatan isi rumah RM3,000 dan keatas tidak layak

Syarat Kelayakan

  1. Murid warganegara Malaysia
  2. Bagi murid bukan warganegara, salah seorang ibu/ bapa/ penjaga mestilah warganegara Malaysia
  3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
  4. Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2017 di kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000 dan ke bawah

Maklumat Lanjut Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2019

Semoga Bayaran Bantuan Persekolahan RM100 Tahun 2019 ini mampu meringkan beban ibu bapa pelajar. Ianya seterusnya membantu golongan yang berkelayakan untuk memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak mereka.