Panduan terkini dikemaskini pada

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 : Deskripsi Tugas & Syarat Lantikan

Senarai Tugas, Gaji Dan Kelayakan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA. Panduan buat mereka yang berkelayakan dan  berminat untuk membuat permohonan jawatan kosong di Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Menerusi makluman Facebook SPA, terdapat sebanyak 133 kekosongan dan 150 simpanan untuk jawatan Pegawai Tenologi Maklumat. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Julai 2021 jam 1159 malam.

Anda yang mempunyai kelayakan Ijazah boleh membuat pendaftaran/ permohonan jawatan ini di Pendaftaran SPA9 secara online. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

pegawai teknologi maklumat spa

Skop Kerja Dan Gaji Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Jawatan ini adalah diantara jawatan kerajaan yang boleh dimohon dengan menggunakan kelulusan Ijazah.

Berikut adalah Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang memaparkan skop kerja, jadual gaji minimum/ maksimum serta syarat lantikan dan kelayakan.

Deskripsi Tugas

Berikut adalah skop kerja dan tangga gaji jawatan ini.

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kementerian/Jabatan: Jabatan Perkhidmatan Awam

Contoh Fungsi Bidang Tugas

i) UKM

1. Merancang dan membangunankan sistem yang dapat menyokong keperluan projek
2. Berkepakaran di dalam semua fasa di dalam pembangunan aplikasi sistem MIS
3. Berkepakaran di dalam pengurusan pangkalan data yang terlibat di dalam pembangunan sistem.
4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Projek dari semasa ke semasa

ii) Lembaga Getah Malaysia (LGM)

a) Mengkaji keperluan aplikasi dan perisian LGM;
b) Menyediakan aplikasi berasaskan mobile dan web;
c) Menyelaras keperluan integrasi sistem yang telah atau sedang dibangunkan di LGM;
d) Memberikan khidmat rundingan dan sokongan serta latihan kepada pengguna sistem;
e) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual terhadap sistemsistem aplikasi yang dibangunkan; dan
f) Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Tangga Gaji

Gaji minimum atau maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan adalah seperti berikut :-

  • Gaji Minimum : RM2,315.00
  • Gaji Maksimum : RM9,618.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :-

i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • (a) warganegara Malaysia;
    (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)
(i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,522.44); atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78); atau

(iv) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(b) had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Sumber Portal SPA

Semoga perkongsian deskripsi tugas di atas dapat dijadikan panduan berguna buat pemohon dalam membuat permohonan jawatan. Semoga berjaya dalam misi anda untuk menyertai sektor perkhidmatan awam.