Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Jawatan Kosong PDRM Online Terkini

Permohonan Jawatan Kosong Polis PDRM Online Terkini. Dipetik dari makluman dari Portal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memakluman yang TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM.  Warganegara Malaysia yang berminat membuat permohonan jawatan kosong PDRM – Polis DiRaja Malaysia secara online.

Anda boleh memohon secara ‘online’ di Laman Web Rasmi e-Pengambilan PDRM di pautan e-Pengambilan Polis DiRaja Malaysia.

polis

Permohonan Jawatan Kosong PDRM Secara Online

Cara Buat Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia Secara Online

  • Terkini : Daftar pekerjaan secara online melalui sistem e-pengambilan PDRM.
  • Terdahulu : Daftar Pekerjaan Di Perkhidmatan Awam (SPA 8i) Secara Online :-
    Layari Pendaftaran Pekerjaan SPA8i dan ikut langkah-langkah yang diberi
    Pemohon dinasihatkan merujuk kepada Panduan Pengguna untuk lebih memahami bagaimana proses pendaftaran dapat dilakukan tanpa masalah

Rujuk Soalan Lazim SPA Pendaftaran di FAQ 

Syarat-syarat Permohonan

  • Pendaftaran permohonan jawatan kosong adalah sepanjang masa dan hanya diterima melaui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun. Kini dipendekkan ke setahun
  • Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan
    oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga

Untuk maklumat jawatan di Suruhanjaya Pasukan Polis seperti Inspektor, Sarjan dan Konstabel, syarat lantikan dan deskripsi tugas, pemohon boleh klik Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ianya akan memaparkan senarai jawatan sertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.

Pengambilan Jawatan Kosong PDRM Terkini

1. Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki Sahaja)

  • Tarikh Permohonan di buka : (Rabu) 1 Januari 2020 hingga (Selasa) 14 Januari 2020 sahaja.

Layari laman web sistem e-Pengambilan PDRM untuk membuat permohonan dan keterangan lanjut.

(Rujuk Syarat-syarat Kelayakan di ‘Skim Jawatan’ sebelum memohon)

2. Panggilan Ujian Integriti Sistem Pemprofilan Rekrutmen (Spier-pdrm) Jawatan Konstabel Polis Gred YA1

  • Polis Diraja Malaysia Akan Melaksanakan Ujian Integriti Sistem Pemprofilan Rekrutmen (Spier-pdrm) Siri 1 Tahun 2020 Bagi Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 (Lelaki) Pada 6 Januari 2020. Calon Dikehendaki Log Masuk Dan Menyemak Di “Semak Status Permohonan” Bermula 26 Disember 2019.

Talian Help Desk : 03-2266 8348/8350/8351

Selamat memohon semoga anda berjaya mencapai cita-cita menjadi seorang Polis.