Panduan terkini dikemaskini pada

Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN Terkini 2019

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN Terkini (Taksiran 2019 – Penghantaran Borang Tahun 2020). Anda seorang pembayar cukai? Jika anda adalah seorang individu pemastautin di Malaysia, anda layak untuk menuntut pelepasan, potongan dan rebat cukai untuk beberapa perbelanjaan yang disenaraikan di bawah ini.

Umum sedia maklum dan kebiasaannya pada tarikh 30 April setiap tahun adalah merupakan tarikh akhir untuk memfailkan cukai tahunan BE anda sama ada memfailkan cukai secara manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau menggunakan kemudahan e-filing.

senarai pelepasan cukai

Sebagai seorang pembayar cukai, berikut disenaraikan perbelanjaan individu yang diberikan pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang seterusnya mampu mengurangkan jumlah cukai pendapatan anda.

 

Maklumat penting di bawah ini mengandungi informasi berkenaan dengan jenis potongan rebat, had potongan dan jumlah amaun dalam Ringgit Malaysia. Berikut dikongsikan juga beberapa langkah yang mudah untuk tuntut pelepasan cukai seperti dikongsikan dari BNM & Gabungan Persatuan Penggunan Malaysia.

Langkah Mudah Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan

  • 1. Memaksimumkan potongan untuk buku, insurans dan komputer
  • 2. Anak melayakkan anda mendapat pelepasan RM1,000
  • 3. Pembelian peralatan sukan
  • 4. Memfailkan cukai secara berasingan sekiranya anda berkahwin
  • 5. Pembantu Rumah bagi penjagaan khas terhadap ibu bapa anda

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Pemastautin 2019

Berikut dikongsikan pelepasan cukai pendapatan indidividi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Tahun Taksiran 2019 (Terkini)

JENIS POTONGAN INDIVIDU JUMLAH (RM)
1. Individu dan saudara tanggungan 9,000
2. Peralatan sokongan asas (sama ada digunakan untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa kurang upaya) 6,000 (Terhad)
3. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan yang disahkan oleh pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan bapa
Terhad 1,500 untuk hanya seorang ibu
Terhad 1,500 untuk hanya seorang bapa
5,000 (Terhad)
ATAU
3,000 (Terhad)
4. Yuran pengajian (Sendiri):
> Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi
> Peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam sebarang bidang atau kursus pengajian
7,000 (Terhad)
5. Individu kurang upaya 6,000
6. Pemeriksaan perubatan penuh (Sama ada untuk diri sendiri, suami atau isteri atau anak)-(Terhad 500) 6,000 (Terhad)
7. Perbelanjaan untuk perubatan penyakit serius sama ada untuk diri sendiri atau suami atau isteri atau anak-anak 6,000 (Terhad)
8. Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri untuk anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Pemotongan hanya sekali dalam setiap dua tahun taksiran) 1,000 (Terhad)
9. Gaya hidup-Perbelanjaan untuk diri sendiri atau suami atau isteri atau anak bagi perkara berikut:
> Pembelian komputer peribadi, tablet, telefon pintar (Bukan untuk kegunaan perniagaan)
> Pembelian buku, majalah, jurnal, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang)
> Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
> Pembelian peralatan sukan yang digunakan untuk aktiviti sukan berlandaskan Akta Pembangunan Sukan 1977 (Tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan juga bayaran keahlian gimnasium
2,500 (Terhad)
10. Suami atau isteri atau bayaran alimoni kepada bekas isteri 4,000 (Terhad)
11. Yuran penghantaran anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak (TASKA)/Tadika yeng berdaftar 1,000 (Terhad)
12. Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahunan 2018 Tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2018) 8,000 (Terhad)
13. Anak di bawah umur 18 tahun yang belum berkahwin 2,000
14. Suami/isteri kurang upaya 3,500
15. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada beberapa syarat berikut:
> Mengambil kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian dalam Malaysia (Tidak termasuk kursus matrikulasi atau pengajian pra-ijazah)
> Mengambil kursus pengajian peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar negara
> Mengambil kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan
8,000
16. Anak yang belum berkahwin dan umur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (Peringkat A-level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) 2,000
17. Anak kurang upaya
> Pelepasan tambahan sebanyak RM 8,000 jika anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas yang belum berkahwin dan mengikuti pengajian peringkat diploma ke atas di Malaysia atau peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan
6,000
+
8,000
18. Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda (Deferred annuity)-Mula berkuat kuasa pada tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021 3,000 (Terhad)
19. Insuran nyawa dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) termasuk tidak melalui potongan gaji
i. Kategori Penjawat Awam Berpencen
>  Premium insurans nyawa
ii. Kategori Selain Penjawat Awam Berpencen
>  Premium insurans nyawa (terhad RM3,000)
>  Caruman kepada KWSP / skim yang diluluskan (terhad RM4,000)
7,000 (Terhad)
20. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 250 (Terhad)
21. Insurans pendidikan dan perubatan termasuk tidak melalui potongan gaji 3,000 (Terhad)

SUMBER : LHDNM

Semoga panduan Pelepasan Cukai Pendapatan Individu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) ini bermanfaat buat semua pembayar cukai.