Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling LHDN 2020

Tarikh Akhir Penghantaran Borang Cukai e-Filling 2020 LHDN Untuk Taksiran 2019. Bilakah tarikh akhir penghantaran borang dan membayar cukai pendapatan tahun taksiran 2019? Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), melalui lampiran yang boleh dirujuk di LHDN yang memaklumkan bahawa pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2019 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT dan TF mulai 1 Mac 2020 ini.

Bagi Borang BE, pembayar  cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing). e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh  LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

TARIKH HANTAR EFILLING

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai e-Filling 2020 LHDN (Borang e/ BE)

LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP mereka dalam tempoh  masa yang  telah  ditetapkan  bagi  mengelakkan  sebarang  penalti  lewat  hantar BNCP dikenakan terhadap mereka.

Tarikh akhir pengemukakan BNCP Tahun Taksiran 2019 bagi Borang Kertas (manual) boleh dirujuk di pautan berikut :-

Alamat Penghantaran Borang Nyata

Borang-borang yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat berikut (mengikut jenis borang) :-

C1 / PT / TA / TC / TR / TN 

  • Pusat Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Menara Hasil
    No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
    Karung Berkunci 221
    43659 Bandar Baru Bangi
    Selangor, Malaysia

E * / BE / B / BT / M / MT / P / TP / TF / TJ

  • Pusat Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Menara Hasil
    No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
    Karung Berkunci 222
    43659 Bandar Baru Bangi
    Selangor, Malaysia
JENIS BORANG PENERANGAN Tarikh Akhir MENGHANTAR Borang dan MEMBAYAR cukai pendapatan tahun taksiran 2019
E Penyata Oleh Majikan (bagi majikan bukan Syarikat) 31 Mac 2020 (Tambahan 2 bulan)
BE Borang Nyata Individu (Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan) 30 April 2020 (manual). Tambahan masa diberikan untuk hantar menggunakan e-filling iaitu sehingga 15 Mei 2020 ((Tambahan 2 bulan)
B Borang Nyata Individu (Pemastautin yang menjalankan perniagaan) 30 Jun 2020 (Tambahan 2 bulan)
P Borang Nyata Perkongsian 30 Jun 2020 (Tambahan 2 bulan)
BT Borang Nyata Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran) 30 April 2020 (Tidak Menjalankan perniagaan) &
30 Jun 2020 (Menjalankan perniagaan)(Tambahan 2 bulan)
M Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin SAMA
MT Borang Nyata Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan) SAMA
TF Borang Nyata Pertubuhan SAMA

* NOTA

  1. * Tarikh tertakluk kepada sebarang perubahan dari LHDN
  2.  * BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing selepas tarikh akhir pengemukaan borang berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika borang diterima dalam tempoh 15 hari selepas tarikh akhir pengemukaan borang.
  3. * Contoh: Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2019 adalah 30 April 2020. Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2020 bagi e-Filing Borang BE (e-BE) Tahun Taksiran 2019. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang BE Tahun Taksiran 2019 secara e-Filing (e-BE) pada 16 Mei 2020, BNCP tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mei 2020 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
  4. Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) ACP 1967 bagi BNCP yang dikemukakan melalui e-Filing / pos  

Tambahan Masa Untuk Pengemukaan BNCP Secara e-Filling

Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat  tambahan masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing, pos atau serahan tangan.

tambahan masa efilling 2017

Pembayar  Cukai  yang  belum  pernah  menggunakan  aplikasi  e-Filing  sebelum  ini perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

Manakala  bagi  pembayar  cukai  yang  terlupa  kata  laluan e-Filing  dan mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM  pula,  mereka  boleh  set  semula  (reset) kata  laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

Bagi  pembayar  cukai  yang  tidak  mempunyai  e-mel  berdaftar  dengan  LHDNM, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.

Adalah   diingatkan   bahawa   permohonan   untuk reset kata   laluan   e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Adalah dinasihatkan “Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan,”

Apa Itu e-Filling?

e-Filing adalah aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my. Panduan e-filling LHDN di SINI

Sebarang maklumat lanjut, pembayar cukai boleh berkunjung ke mana-mana cawangan LHDNM terdekat bagi mendapatkan bantuan untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan Atau menghubungi Hasil Care Line di talian hotline 03-89111000 / 603-89111100 (Luar Negara) untuk keterangan lanjut.