Senarai Pemain Perak 2019 Skuad The Bos Gaurus

Panduan terkini dikemaskini pada 11 Februari 2019 jam 08:27 PM

Senarai Pemain Perak 2019 Skuad The Bos Gaurus
Rate this post

Skuad Perak 2019 Liga Malaysia. Perak FA dibawah bimbingan jurulatih Mehmet Durakovic bakal beraksi di Liga Super Malaysia 2019 sudah mempersiapkan pasukan untuk aksi bermula pada Februari 2019 nanti. Beberapa pemain baru termasuk pemain import telah rasmi beraksi untuk Perak dalam musim perpindahan pemain 2019. Berikut dikongsikan senarai pemain Perak 2018 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Jurulatih, Mehmet Durakovic akan mengalas tugas untuk membawa cabaran Perak ke peringkat yang lebih tinggi dalam Liga Malaysia 2019 termasuk Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

skuad pemain perak ls

Senarai Pemain Skuad Perak 2019 The Bos Gaurus

Perak FA adalah pasukan dengan gelaran “The Bos Gaurus” atau Seladang, Slogan kegemaran penyokong adalah “Kejor Yeop Kejor” dimana pasukan akan beraksi di Stadium Ipoh Perak yang berkapasiti 42,500 orang. Senarai Pemain Perak 2019 akan mengalas cabaran pasukan di Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Kelayakan ACL 2019.

Berikut adalah senarai pemain Perak yang bakal beraksi untuk Perak pada musim Liga Malaysia 2019. Senarai muktamad yang rasmi akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi dari PAFA.

BARISAN PENGURUSAN

  1. Pengurus Pasukan : Datuk Adly Shah Ahmad Tah
  2. Ketua Jurulatih : Mehmet Durakovic
  3. Penolong Ketua Jurulatih : Shahril Nizam Khalid
  4. Jurulatih Penjaga Gol : Mohd Hamsani Ahmad
 SENARAI PEMAIN PERAK 2019
NOPENJAGA GOL
1Nasrullah Aziz
18Khairul Amri Salehuddin
22Hafizul Hakim
NOPERTAHANAN
2Syazwan Zaipol Bahari
3Shahrul Saad (VC)
6Zac Anderson (Import Australia)
19Nazirul Naim Che Hashim
23Amirul Azhan Aznan
24Shatiya Kandasamy
28Nazirul Afif
30Izzat Ramli

Senarai pemain Perak untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-

NOTENGAH (MIDFIELD)
4Nasir Basharudin (C)
7Khairil Anuar
8Leandro (Import Brazil)
10Wander Luiz (Import Brazil)
11Brendan Gan
12Kenny Palraj
14Firdaus Saiyadi
15Idris Ahmad
16J. Partiban
25Rafiuddin Roddin
NOPENYERANG (FORWARDS)
9Gilmar (Import Brazil)
17Rizal Che Aziz
19Nor Hakim Hassan
29Shahrel Fikri

Semoga Senarai Pemain Perak 2019 Liga Super ini mampu membawa kejayaan kepada pasukan Perak FA untuk mencapai misi menjulang Liga Super Malaysia dalam 3 tahun.