Khas untuk para pelajar yang bercadang untuk menduduki peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi terkini tahun 2025. Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran MUET Sesi 1 2025 secara online atau dalam talian buat panduan anda semua.
Pelajar yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian mengikut tarikh yang telah ditetapkan berdasarkan kepada Jadual Exam MUET yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Pendaftaran MUET Sesi 1 Tahun 2025 Secara Online
Untuk makluman, calon yang ingin menduduki peperiksaan perlulah mendaftar MUET sesi 2 mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Anda dinasihati untuk mendaftar awal secara online kerana permohonan pendaftaran yang lambat selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
Berikut adalah perkongsian buat calon-calon peperiksaan berkenaan panduan membuat pendaftaran melalui online atau atas talian.
Tarikh Penting
Pendaftaran Malaysian University English Test (MUET) Sesi 1 Tahun 2025 akan dibuka seperti ketetapan tarikh berikut :-
- 9 Disember 2024 : Tarikh Pendaftaran dibuka
- 12 Januari 2025 : Tarikh Tutup Pendaftaran
- 8, 9, 10, 14, 15 dan 16 April 2025 : Tarikh Ujian Lisan (Speaking)
- 19 April 2025 : Tarikh Ujian Bertulis
Pautan Borang Pendaftaran Secara Online
Pendaftaran adalah secara dalam talian (online). Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my untuk mengetahui proses dan cara membuat pendaftaran (Laman utama portal MPM>calon peperiksaan>MUET).
- Layari aplikasi eSubmission MPM Online
- Klik MUET Daftar atau Panduan Pendaftaran untuk Manual Pengguna Calon Persendirian MUET
- Klik pada butang ‘Daftar pengguna’ atau hyperlink ‘Daftar Pengguna’
Bagi calon persendirian, sila buat pendaftaran melalui Portal MUET MPM dan rujuk carta alir seperti berikut
Bayaran Menduduki Ujian MUET & Cara Pembelian Pin MEC
Bayaran untuk menduduki ujian ini ialah RM150.00 (calon Warganegara) dan RM350.00 (calon Bukan Warganegara) serta RM10.00 caj pengeposan Sijil MUET
Cara Pendaftaran Calon MUET
Calon Sekolah/Institusi
(a) Pendaftaran calon sekolah/calon institusi dibuat secara dalam talian oleh Setiausaha Peperiksaan MUET (SUP MUET) melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan terus di https://muet.mpm.edu.my. Calon institusi sahaja dibenarkan untuk menghantar senarai nama calon ke MPM untuk didaftarkan.
(b) Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (SPP, JPN) hendaklah terlebih dahulu mengemaskinikan maklumat sekolah/institusi yang akan menjadi pusat ujian sebelum pendaftaran dibuka.
(c) Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah memaklumkan nama SUP MUET sekolah/institusinya kepada SPP, JPN dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).
(d) Taklimat tentang kaedah pendaftaran secara dalam talian di peringkat daerah kepada semua SUP MUET sekolah/institusi hendaklah diberikan oleh PPD.
(e) Pihak sekolah/institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon ujian MUET untuk sekolah/institusi melalui portal MPM.
(f) Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada SPP, JPN untuk log masuk ke dalam sistem pendaftaran dalam talian ini. SUP sekolah/institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah di https://muet.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon “Sekolah/Institusi” untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.
(g) Pengetua/Ketua Jabatan sekolah/institusi hendaklah mengarahkan SUP MUET untuk menguruskan pendaftaran sekolah/institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:
(i) Mengemaskinikan maklumat sekolah yang terdapat dalam sistem pendaftaran dalam talian.
(ii) Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi sekolah/institusinya yang ingin menduduki MUET.
(iii) Mengenal pasti Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan, dan mendaftarkannya bersama-sama dengan calon lain. Calon buta atau rabun ini mesti didaftarkan pada urutan pertama dan seterusnya bagi memudahkan MPM menyediakan kertas soalan Braille/Cetakan Besar untuk Ujian Speaking pada booklet sidang 1, hari pertama ujian speaking di pusat ujian calon tersebut.
(iv) Membuat permohonan bagi mendapatkan kemudahan dan keistimewaan sebagai calon CBK seperti tindakan pada para 6.
(v) Menyemak maklumat awal pendaftaran calon melalui Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP) seperti ejaan nama, nombor pengenalan diri, dan maklumat lain yang tercatat pada MUET/PP adalah betul, dan mengemaskinikannya jika terdapat pindaan oleh calon sebelum sistem pendaftaran ditutup. MUET/PP ini boleh digunakan sebagai bukti pendaftaran telah dibuat bagi menuntut Slip Daftar MUET (MUET/D) calon (jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D). Tiada MUET/PP bermaksud pendaftaran calon tersebut tidak berjaya/tidak lengkap.
(vi) Memastikan data maklumat pendaftaran calon adalah betul sebelum membuat pengesahan secara dalam talian.
(vii) Menyemak MUET/D bagi calon sekolah/institusinya dan menyediakan buku rekod penyemakan MUET/D oleh calon.
(viii) Memaklumkan ke SPP, JPN atau MPM (u.p Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) di talian 03-61261661/1665 atau e-mel ke muet@mpm.edu.my dengan kadar SEGERA, jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan MUET/D (maklumat calon sekolah/institusinya tercicir).
(ix) Mematuhi tarikh akhir talian pendaftaran dalam talian dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh SPP, JPN.
(x) Calon sekolah/institusi dikehendaki melayari aplikasi Calon Sekolah/Institusi di https://mympmapp.mpm.edu.my untuk urusan/ tindakan selanjutnya berkaitan Ujian MUET.
Calon Persendirian Individu
(a) Pendaftaran Calon Persendirian Individu dibuat secara dalam talian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau pautan di https://muetj3.mpm.edu.my. Sebarang rayuan pendaftaran lewat secara manual tidak akan dilayan.
(b) Calon Persendirian Individu dikehendaki merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu di https://muetj3.mpm.edu.my dan juga Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon 2025 untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran dalam talian tersebut.
(c) Pusat ujian untuk Calon Persendirian Individu adalah terhad. Oleh yang demikian, calon dikehendaki membuat pendaftaran dengan kadar segera sebaik sahaja pendaftaran dibuka.
(d) Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran tetapi ketetapan adalah tertakluk kepada SPP, JPN. SPP JPN berhak untuk memindahkan Calon Persendirian Individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.
(e) Bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan juga mendaftar secara dalam talian, tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah CBK dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6.
(f) Calon Persendirian Individu dikehendaki untuk subscribe channel Telegram MUET rasmi bagi sesi masing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung MUET. Url bagi channel Telegram akan dicatatkan pada MUET/PP bagi setiap sesi. Sila rujuk para 7 untuk maklumat berhubung MUET/PP.
(g) MPM tidak akan bertanggungjawab sekiranya calon gagal menduduki MUET sekiranya calon tidak mendapatkan maklumat terkini daripada portal dan Facebook rasmi MPM, serta channel Telegram MUET rasmi.
CALON BERKEPERLUAN KHAS (CBK)
6.1 Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau/gagap), dan selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan ke MPM selewat-lewatnya pada 22 Februari 2025 bagi MUET Sesi 1 tahun 2025, 22 Ogos 2025 bagi MUET Sesi 2 tahun 2025, manakala 30 September 2025 bagi MUET Sesi 3 tahun 2025.
6.2 Maklumat tentang ketidakupayaan dan keistimewaan yang dipohon hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam Borang Maklumat Calon Cacat Penglihatan (Buta), iaitu MUET/C5 (Pindaan 2024) atau Borang Maklumat Calon Istimewa, iaitu MUET/C6 (Pindaan 2024) (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM. Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan Pengetua/Ketua Jabatan (jika calon sekolah/institusi).
6.3 Kemudahan dan keistimewaan yang boleh diberikan kepada calon CBK hanya akan dipertimbangkan jika borang MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024) (mana-mana yang berkenaan) diterima oleh MPM. Kelewatan penghantaran borang tersebut akan menyebabkan calon tidak akan mendapat kemudahan dan keistimewaan yang sepatutnya.
6.4 Pegawai Meja MUET, SPP JPN hendaklah mengumpulkan borang MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024) yang diterima daripada Calon Persendirian Individu dan menghantar borang tersebut ke MPM (u.p.Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dan salinan ke SPP, JPN (u.p Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah). Untuk mendapatkan borang yang berkaitan, sila klik MUET/C5 (Pindaan 2024) atau MUET/C6 (Pindaan 2024).
Semakan Slip Daftar MUET
Untuk makluman, Slip Daftar ini perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET.
Calon perlu Semak Slip Daftar Ujian MUET Online ini dan seterusnya mencetak slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET.
Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM mulai tarikh yang akan dikemaskini dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.
- Klik MPM
Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi MPM (u.p. Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui telefon di talian 03-61261661/1662 atau e-mel ke psm@mpm.edu.my.
Related : menduduki peperiksaan muet, laman web, pendaftaran ujian muet, untuk membuat, sila rujuk, muet secara online