Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan MUET 2024 – 2025 Sesi 1, 2 & 3 Online

Semua calon-calon yang telah menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1, 2 dan 3 pada tahun 2024 – 2025 boleh mendapatkan pernyataan MUET Result 2024 – 2025 masing-masing dijangka pada satu tarikh yang dinyatakan dalam jadual di bawah.

Setiap tahun, keputusan MUET setiap sesi akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) di Portal Rasmi MPM dan Laman Facebook Rasmi MPM.

Semakan Keputusan MUET 2024 – 2025 Sesi 1, 2 & 3 Secara Online Dan SMS Pada Tarikh Rasmi

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan setiap sesi iaitu secara dalam talian (online) dan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas mySMS.

Keputusan ujian MUET bagi calon sekolah / institusi juga akan dihantar kepada Pengetua sekolah / institusi yang berkenaan melalui SPP JPN. Manakala keputusan membabitkan calon persendirian individu pula, keputusan akan dimaklumkan / dihantar kepada calon melalui pos.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan pernyataan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi 1, 2 dan 3 tahun 2024.

Sesi 1 2024

Tarikh : 11 Julai 2024

Waktu: 10 Pagi

Sesi 2 2024

Tarikh : 2 Oktober 2024

Waktu: 10 Pagi

Sesi 3 2024

Tarikh : 13 Februari 2025

Waktu: 10 Pagi

Cara Semakan Result MUET 2024 – 2025 Secara Online

Semakan keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) tahun 2024 – 2025 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), sila klik pada judul pautan di bawah.

Sebagai makluman, Sistem aplikasi bagi semakan keputusan hanya dibuka bermula pada tarikh keputusan yang akan diumumkan nanti.

Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.

Cara Semakan Keputusan Secara SMS

Berikut berikut dikongsikan cara semak muet result menggunakan SMS.

Semakan keputusan Ujian Muet melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format teks mesej penghantaran seperti berikut.

  • Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) NO KAD PENGENALAN SMS ke 15888
  • Contoh: MUET RESULT 990527035321 SMS ke 15888

Pengumuman Rasmi MPM

Akan dikemaskini

Rayuan Penyemakan Semula Keputusan MUET

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan ujian MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan.

Caj bagi rayuan penyemakan semula ialah RM90.00 manakala selepas tarikh tutup permohonan ialah sebanyak RM100.00. bayaran adalah secara perbankan internet.

keputusan rayuan boleh disemak di portal MPM selepas 20 hari dari tarikh tutup permohonan. MPM hanya akan mengeluarkan sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Untuk maklumat lebih lanjut berhubung dengan rayuan penyemakan semula keputusan, sila klik pada judul pautan di bawah

Permohonan Semak Semula Result MUET

Kehilangan Sijil MUET

Calon boleh melayari pautan https://sijil.mpm.edu.my/ untuk mendapatkan e-sijil. Semakan melalui e-sijil hanya untuk dua tahun ke belakang dari sesi tahun semasa sahaja. Sekiranya calon ingin mendapatkan sijil cetakan MPM (hardcopy), caj bayaran RM60.00 (termasuk kos penghantaran melalui Pos Laju) dikenakan. Permohonan secara dalam talian di pautan https://sijil.mpm.edu.my/ Sijil akan diposkan kepada calon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. Semakan melalui e-sijil hanya untuk dua tahun ke belakang dari sesi tahun semasa sahaja.

Bagi calon yang menduduki MUET sebelum tempoh dari tahun yang dinyatakan, calon boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Salinan Sijil MUET. Salinan Sijil MUET ini sah digunakan untuk tujuan memohon kemasukan ke universiti, konvokesyen, dan lain-lain tujuan sebagaimana Sijil MUET yang asal

Salinan Sijil MUET yang dimohon secara pos akan diposkan kembali kepada calon dalam tempoh dua hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima di MPM. Jika permohonan di kaunter MPM, Salinan Sijil MUET akan dikeluarkan dalam tempoh 30 minit daripada permohonan yang lengkap diterima di kaunter MPM.

Untuk membuat permohonan, calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET [MPM/S2 (Pindaan 2024)] dengan disertakan bayaran RM60.00 dalam bentuk Kiriman Wang (Money Order)/Bank Draft atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia. Mulai MUET Sesi 1 Tahun 2021, MPM tidak lagi menerima bayaran menggunakan Wang Pos.

Untuk mendapatkan borang sila klik pautan ini : BORANG

Rel : rasmi majlis peperiksaan malaysia, muet on demand mod, peperiksaan muet, berikut adalah tarikh, calon perlu, berikut dikongsikan cara, semakan keputusan muet sesi, hantar ke 15888, laman web majlis peperiksaan malaysia,