Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim

Panduan terkini dikemaskini pada 31 Oktober 2018 jam 11:30 PM

Pendaftaran Dan Syarat Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim (YSI). Berita baik dan hadiah istimewa buat rakyat Negeri Johor dari segi skim perumahan. Program perumahan untuk Bangsa Johor  yang dinamakan “Rumah Impian Sultan Ibrahim” (RIBJ) akan dilancarkan pada hari Rabu, 22 Mac 2017.

Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar akan melancarkannya di Galeria Kotaraya. Johor Bahru. Lebih istimewa, pengumuman tentang projek Rumah Impian Sultan Ibrahim itu dibuat sempena menyambut hari ulang tahun keputeraan baginda yang ke-59. Jadi apakah syarat pendaftaran rumah mampu milik ini?
permohonan rumah impian bangsa johor

Tarikh Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor

  • Hari : Rabu, 22 Mac 2017
  • Masa : 230 petang
  • Tempat : Galleria@Kotaraya

Cara Mendaftar Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ)

Berikut dikongsikan panduan cara mendaftar permohonan Rumah Impian Bangsa Johor

  • Pendaftaran melalui Sistem Rumah Impian Bangsa Johor adalah terbuka dan dibuat sepenuhnya didalam talian (online)
  • Segala proses permohonan adalah PERCUMA dan hanya boleh dibuat atas talian (online) di Laman Web dan Portal Sistem Rumah Impian Bangsa Johor.
  • Butiran yang telah diisi oleh pemohon didalam laman web e-mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor akan dijadikan maklumat bagi permohonan lengkap oleh pemohon didalam Sistem Rumah Impian Bangsa Johor yang telah dilancarkan
  • Pemohon akan melalui beberapa peringkat saringan sebelum pemohon yang berjaya ditawarkan.
    1. Tapisan Pertama: Tapisan melalui Sistem Rumah Impian Bangsa Johor
    2. Tapisan Kedua: Tapisan melalui Lembaga Pemilih Yayasan Sultan Ibrahim Johor
    3. Tapisan Ketiga: Tapisan melalui Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Ibrahim Johor

Syarat Pendaftaran RIBJ

Di antara syarat-syarat layak memiliki rumah Impian Bangsa Johor ini adalah seperti berikut. Syarat akan dikemaskini dari masa kesemasa.

  1. Warganegara Malaysia Berumur 25 Tahun Ke Atas
  2. Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap pasangan yang berkahwin
  3. Keutamaan diberi kepada pemohon yang belum pernah memiliki rumah

Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan :-

Rumah Impian Bangsa Johor C

  • Harga rumah dari RM150,000 : Terbuka dan tertakluk kepada kriteria institusi kewangan

Rumah Impian Bangsa Johor B

  • Harga rumah dari 100,001 hingga RM150,000. Pendapatan tidak lebih dari RM8,000 sebulan

Rumah Impian Bnagsa Johor A

  • Rumah berharga di bawah RM100,000. Pendapatan tidak lebih dari RM5,000 sebulan

Fakta Menarik Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor

Harga rumah dipasaran terlalu tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu untuk memliliki kediaman sendiri. Demi kebaikan rakyat, Yayasan Sultan Ibrahim di bawah naungan dan bimbingan Sultan Ibrahim Iskandar akan membangunkan Rumah Impian Sultan Ibrahim dan Rumah Impian Bangsa Johor. Ianya akan dibina di Bandar Dato’ Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana. Prapelancaran fasa pertama membabitkan 600 unit rumah akan disempurnakan pada hari Rabu, 22 Mac 2017.

A. Rumah Impian Sultan Ibrahim

Bagi Kategori Rumah Impian Sultan Ibrahim di Bandar Dato’ Onn, sebanyak 520 unit rumah akan dibina melibatkan komponen 190 unit rumah teres, 130 unit rumah berkembar dan 200 unit rumah sebuah. Projek akan dibina di atas tanah seluas 52.7 ekar, yang berharga dari RM80,000 hingga RM100,000 seunit.

B. Rumah Impian Bangsa Johor

Bagi Kategori Rumah Impian Bangsa Johor di Bandar Baru Majidee, sebanyak 320 unit rumah akan dibina terdiri daripada dua blok yang masing-masing mempunyai 12 tingkat kediaman. Projek ditawarkan dengan harga kurang dari RM150,000 seunit, dan akan dibina di atas tanah seluas 6.8 ekar.

Kerja-kerja pembinaan bagi kedua-dua kategori tersebut akan bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2019.

Bagi Rumah Impian Bangsa Johor di Bukit Saujana pula, sebanyak 1,000 unit rumah ditawarkan dengan harga dari RM297,000 hingga RM420,000 seunit. Projek akan dibina di atas tanah rizab Melayu seluas 7.55 ekar dengan keluasan 850 kaki persegi, 1,000 kaki persegi dan 1,200 kaki persegi per unit.

“Kesemua jenis kategori rumah akan turut dilengkapi kemudahan lain seperti televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan ‘cook tap’,”  Sumber  Jauhar.my

Terkini Oktober 2018

Para pemohon yang telah membuat pendaftaran/ permohonan Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) diminta untuk mengemaskini data masing-masing menerusi Sistem Permohonan RIBJ bagi membolehkan saringan akhir terhadap mereka dilakukan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani berkata terdapat lebih 350,000 pemohon direkodkan membuat pra-permohonan melalui sistem e-Mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) yang dibuka mulai 22 Mac tahun lepas sehingga 28 Feb lepas.

“Sistem Permohonan RIBJ yang dilancar hari ini bertujuan memastikan senarai pemohon untuk RIBJ yang dilancarkan 22 Mac tahun lepas itu disasarkan kepada mereka yang paling layak sahaja berdasarkan kriteria yang ditetapkan,”

Pemohon diminta mengemaskini butiran lanjut masing-masing dengan mengakses laman web YSIJ di https://sijf.my sehingga 7 November 2018/

Kepada Bangsa Johor yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan Rumah sendiri.