Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Kad Muafakat Johor (KMJ) Melalui Kaunter Pendaftaran

Cara Mohon Kad Muafakat Johor (KMJ). Berikut dikongsikan cara membuat permohonan/ pendaftaran Kad Bas Muafakat Johor secara menghadirkan diri ke kaunter pendaftaran KMJ. Ianya merupakan inisiatif baru yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor dalam meringankan beban rakyat serta menangani kos sara hidup di bandar yang terus meningkat.

Perkhidmatan Bas Percuma dikenali sebagai Bas Muafakat Johor telah dilancarkan secara rasmi oleh bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 22 April 2016 di Terminal Bas Larkin.

Bagi menggunakan perkhidmatan Bas Muafakat Johor, pengguna perlu memohon/ mendaftar dan mendapatkan Kad Muafakat Johor di Pejabat PAJ (Pengangkutan Awam Johor). dan ajen-ajen berdaftar yang dilantik

bas muafakat johor

Cara Mendaftar Kad Bas Muafakat Johor (KMJ)

Berikut dikongsikan maklumat penting secara ringkas mengenai maklumat kad dan cara mendaftar. Kad Bas Muafakat Johor merupakan kad yang disediakan khas kepada pengguna Bas Muafakat Johor bagi membolehkan pemilik kad menaiki bas secara percuma.

Kaedah pendaftaran adalah melalui pendaftaran di kaunter-kaunter berikut :-

  • Pejabat Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ)
    No 12 & 14, Jalan Iskandar Putri 1/2, Taman Nusantara Prima, 81550 Gelang Patah, Johor
    07- 522 5400
    • Waktu Operasi
      • Ahad – Khamis
      • 8.30 AM – 5.00 PM kecuali hari Khamis sehingga 3.30 PM. Jumaat dan Sabtu Off Day
  • Maju Express Counter
    • Jalan Bandar, Pusat Perniagaan Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang
      07- 237 0275
  • Terminal JB Sentral (Counter Causeway Link)
    • JB Sentral Level 1, Jalan Jim Quee, 80300 Johor Bahru
      07- 358 2244
  • Medini Mall
    • Causeway Link Concourse Entrance
      No 4 Lebuh Medini Utara, Medini Iskandar Malaysia,79200 Iskandar Puteri Johor Darul Ta’zim, Malaysia
      07- 358 2244
  • KSL Mall
    • Causeway Link Concourse Entrance
      KSL City 33 Jalan Seladang, Taman Abad, 80250, Johor Bahru, Johor
      07 -358 2244
  • Giant Nusa Bestari
    • Causeway Link Counter
      No.1, Jalan Bestari 7/2, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor
      07-358 2244

Senarai lengkap, sila rujuk di Portal Rasmi PAJ

Bayaran Tahunan Kad

Walaupun tambang bas adalah percuma, pengguna masih perlu untuk membayar Caj minimum tahunan kad seperti kategori berikut :-

  1. Warga Emas (60 tahun ke atas) : Percuma
  2. Dewasa : RM10 setahun (18 hingga 50 tahun)
  3. RM5.00 : Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kanak-kanak sekolah (berumur 7-17 tahun),
  4. Pelajar Antarabangsa : RM30

Apa Itu Bas Muafakat Johor?

Perkhidmatan Bas Muafakat Johor merupakan perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui 4 Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Putrri (MBIP), Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang terlibat serta di kendalikan oleh Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ).

Tujuan perkhidmatan ini diadakan adalah bagi mengurangkan kos sara hidup warganegara dan memberikan kemudahan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat di laluan-laluan yang telah dikenalpasti.

Laluan Bas Percuma Muafakat Johor

Laluan perkhidmatan Bas Muafakat Johor merangkumi 15 laluan di wilayah Iskandar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Johor Bahru Tengah, Pasir Gudang dan Kulai. Sebanyak 30 buah bas akan dilengkapi dengan Sistem CCTV, GPS, Sistem Data Penumpang dan Kemudahan Internet Percuma (WIFI).

Pada tahun 2018, Bas Muafakat Johor atau ringkasnya BMJ telah mengembangkan operasinya ke daerah Pontian, Kluang, Batu Pahat, Simpang Renggam, Yong Peng, Muar, Tangkak, Segamat, Mersing dan Kota Tinggi . Terdapat penambahan laluan juga dilakukan untuk kawasan sekitar ​​Iskandar Malaysia (Johor Bahru dan Kulai )

Selamat membuat Permohonan Kad Bas Muafakat Johor Percuma kepada Rakyat Johor. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor atas usaha dan inisiatif yang dijangka mampu meringankan kos sara hidup dan dapat menambah baik sistem perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Johor.