Panduan terkini dikemaskini pada

Iklan Pengambilan Khas Guru DG41 Secara ‘One-off’ 7 Julai 2021

Permohonan Guru DG41 KPM 2021. Dalam sidang media pada 20 Jun 2021, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan pengambilan khas guru secara besar-besaran iaitu secara one-off. Pengambilan yang melibatkan 18,702 perjawatan ini dirancang dengan penuh teliti bagi merungkai / menyelesaikan masalah isu kekurangan guru yang telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.

Pengambilan secara besar-besaran ini juga adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Negara dan telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ianya menjadi kenyataan dengan adanya koloborasi strategik diantara KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Negeri yang berdepan dengan kekurangan cikgu adalah Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor.

Ditanya jika pengambilan ini mengutamakan calon yang mempunyai latar belakang ikhtisas pendidikan sahaja, Radzi Jidin berkata calon yang mempunyai kelulusan lain juga akan dipertimbangkan menggunakan pendekatan holistik.

permohonan myspp

Iklan Permohonan Guru Gred DG41 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan guru.

Antara lain pengambilan ini akan memberi tumpuan mengisi kekosongan bagi mata pelajaran tertentu yang menyebabkan wujudnya jurang tenaga pengajar hingga menjadi cabaran utama sistem pendidikan negara masa kini.

Ianya dibuat hasil perbincangan secara menyeluruh dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (​JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Cabaran utama dalam pengambilan adalah kekurangan calon kelulusan IPG dan ketidakpadanan opsyen mata pelajaran.

Kerjasama KPM, JPA dan SPP, antaranya mewujudkan kluster opsyen mata pelajaran untuk menyusun kelayakan dan kelulusan bakal cikgu, bagi memastikan sumber bekalan lebih luas dan membolehkan pemilihan calon yang berkelayakan, untuk opsyen yang diperlukan.

Mereka yang dilantik secara one-off akan ditempatkan secara berperingkat di sekolah masing-masing mulai Oktober 2021.

Kluster Opsyen Mata Pelajaran, kepelbagaian kaedah pelantikan adalah pendekatan baharu dalam pengambilan.

Maksud Pengambilan Khas Guru Secara One-Off

YBRS Dr Ahmad Rafee Bin Che Kassim selaku Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pengambilan Profesionalisme Keguruan) pada 22 Jun 2021 telah memberi penjelasan mengenai maksud pengambilan guru secara one-off.

Ianya bermaksud pengambilan yang dibuat sekali sahaja, tetapi dengan jumlah ambilan yang besar. Ini adalah bertujuan untuk menyerap graduan pendidikan yang tiada pekerjaan termasuk juga graduan bukan pendidikan yang layak.

Pemilihan, saringan, temuduga dan pelantikan akan diuruskan oleh SPP manakala proses penempatan akan diuruskan oleh KPM.

Yang membezakan antara kedua-duanya adalah:-

  1. Jumlah pengambilan guru setiap tahun biasanya 5,000 orang sahaja, manakala pengambilan khas akan menempatkan 18,702 guru
  2. Pengambilan biasa adalah untuk menggantikan guru yang bersara dan pembukaan sekolah baharu/ matapelajaran yang memerlukan guru, manakala intake khas ini adalah bagi menutup jurang kekurangan guru

Siapa Layak Memohon?

Kategori pemohon yang layak untuk membuat permohonan secara one-off ini adalah (Maklumat permohonan Guru DG41 akan dikemaskini selepas iklan ambilan dikeluarkan):

  • Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
  • Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan
  • Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
  • Graduan yang tidak memiliki SM dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan)

Namun, keutamaan akan diberikan kepada graduan pendidikan.

Bagaimana pula dengan graduan pendidikan yang tidak mempunyai kekosongan dalam opsyen mereka?

  • Akan melihat kesesuaian opsyen pertama dengan kedua
    Contoh: Guru Fizik yang berjaya temuduga akan ditempatkan sebagai guru matapelajaran Sains

Senarai Mata Pelajaran Kekurangan Guru

Kekurangan ini berlaku di sekolah rendah dan sekolah menengah kerana kekurangan bekalan tenaga pengajar selepas 2016 satu keputusan dibuat untuk mengurangkan pengambilan dari IPG.

Masalah ini ditambah pula apabila mereka hanya boleh mengajar dengan opsyen tertentu sahaja hanya boleh mengajar subjek tertentu sahaja atau boleh mengajar mata pelajaran berbeza dalam ruang lingkup yang sama.

Oleh itu, melalui pendekatan baharu intake khas ini, KPM memperkenalkan Kluster Opsyen Mata Pelajaran supaya kelayakan bakal-bakal calon ini disusun berdasarkan kluster-kluster tertentu yang diperlukan.

i) Sekolah Rendah

Di antara mata pelajaran dikesan mengalami kekurangan cikgu adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi

ii) Sekolah Menengah

Di sekolah menengah, antara mata pelajaran yang menunjukkan kekurangan tenaga pengajar adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran adalah berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan. Antara tugasnya adalah melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran, mengesahkan perkhidmatan anggota yang dilantik tetap, jawatan kosong dan mengawal kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.

Mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan anggota perkhidmatan pendidikan akan menggunakan sistem mySPP. Langkah ini akan memastikan semua permohonan jawatan bagi anggota perkhidmatan pendidikan dapat diselaraskan di bawah satu sistem permohonan sahaja.

Untuk paparan dan fungsi terbaik, sila gunakan Google Chrome Version 48.0.2564 ke atas, Mozilla Firefox 45.0 ke atas atau Internet Explorer (IE) 11.0.9600.18499 dengan resolusi minima skrin 1024 x 768. Anda juga perlu mengaktifkan javascript di Pelayar Web anda.

Cara Daftar MySPP

Pengambilan secara one-off ini melibatkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, di mana iklan untuk pengambilan tersebut akan mula dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pada Julai untuk permohonan dibuka pada 7 Julai 2021.

Iklan pengambilan dan syarat-syarat pengambilan akan diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada 7 Julai 2021.

SPP akan melaksanakan urusan Pengambilan Khas PPP Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 bagi 47 opsyen. Pemohon boleh melayari laman sesawang rasmi SPP (https://www.spp.gov.my/hebahan.html ) untuk maklumat lanjut dan mula membuat permohonan di https://myspp.spp.gov.my bermula 7/7 – 21/7 2021 (1159pm)

Soalan lazim permohonan, klik FAQ

Cara Mengisi Permohonan Jawatan mySPP

Setelah berjaya Log Masuk, pemohon boleh mengisi mySPP namun dinasihatkan membaca Maklumat Jawatan terlebih dahulu untuk mengelakkan jawatan yang dimohon tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.

Langkah Permohonan Jawatan mySPP adalah seperti berikut:

Log Masuk ke mySPP seperti pautan di atas

Isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang berwarna merah (*) di Maklumat Pemohon (maklumat secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan pemohon semasa proses daftar akaun baharu)

Klik butang ‘SIMPAN’ setelah semua maklumat lengkap diisikan

Isikan maklumat akademik mengikut tahap akademik yang diperolehi dan klik butang ‘SIMPAN’
Isikan Maklumat Tambahan sekiranya ada dan klik butang ‘SIMPAN’. Jika tiada klik butang ‘Tiada Maklumat Tambahan’

Seterusnya klik menu JAWATAN DIMOHON dan sub-menu ‘Jawatan SPP’ serta sub-menu ‘Jawatan PDRM/lain’ akan dipaparkan.

Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon

Nota: Jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon justeru pastikan maklumat dimasukkan adalah betul

Untuk membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan klik butang <<

Seterusnya pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan

Klik butang ‘SIMPAN’ bagi menyimpan maklumat yang telah diisi

Nota: Pemohon boleh memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan namun hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki

Pastikan permohonan dihantar dengan klik pautan Pengakuan Pemohon, klik petak Saya setuju dan tanda ✓ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan

Jika telah berpuas hati dengan maklumat yang diisi, klik butang ‘HANTAR’ dan sekiranya tidak berbuat demikian permohonan tidak akan diproses

Related : untuk memastikan, beliau berkata, menyelesaikan isu, secara maya, bermula oktober, mulai 7 julai, pengambilan guru secara one off, graduan pendidikan, kekurangan guru di negara, membuat pengambilan, kekosongan guru, berkata pengambilan, pengajian tinggi