Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan MRSM 2024 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Online

Berita baik buat pelajar yang berminat serta berkelayakan. Permohonan MRSM 2024 kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 – Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka bermula dari 15 September 2023 sehingga 20 Oktober 2023. Calon adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan secara atas talian dengan mengikuti panduan permohonan yang disertakan.

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah rupa diri serta akademik untuk memohon kemasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2024. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

PERMOHONAN MRSM FORM 1

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 2024 Online

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.

Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Syarat Kemasukan Ke Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2024

Sila pastikan calon memenuhi syarat kemasukan berikut sebelum memohon :-

  1. Calon warganegara Malaysia.
  2. Ibu dan/ atau bapa ialah warganegara Malaysia.
  3. Calon boleh memohon online dan wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  4. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  5. Calon lahir pada 2 Jan 2011 hingga 1 Jan 2012 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau lahir pada 2 Jan 2008 hingga 1 Jan 2009 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  6. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  7. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  8. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk kepada

Program MRSM Yang Ditawarkan Untuk Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4

Terdapat enam program yang berteraskan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM:

i. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier) 

MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Ditawarkan kepada pelajar untuk kemasukan ke Tingkatan 1 & 4.

ii. MRSM Program SPMRSM Ulul Albab

MRSM Program Ulul Albab menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.

Ditawarkan kepada pelajar kemasukan Tingkatan 1 sahaja.

iii. MRSM Program SPMRSM Cambridge-IGCSE

Ditawarkan kepada pelajar kemasukan Tingkatan 1 sahaja.

MRSM Program International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.

Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5.

iv. MRSM Program SPMRSM lB-Middle Years Programme (MYP)

Ditawarkan kepada pelajar kemasukan Tingkatan 1 sahaja.

MRSM Program IB-MYP menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program IB-MYP dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ingin tahu (inquires), berfikiran terbuka (open-minded), berpengetahuan (knowledgable), pemikir (thinkers), mempunyai kemahiran berkomunikasi (communicators), mempunyai prinsip (principled), penyayang (caring), berani mengambil risiko (risk taker), seimbang (balance) dan reflektif (reflective).

v. MRSM Program Teknikal

Ditawarkan kepada pelajar kemasukan Tingkatan 1 sahaja.

MRSM Program Teknikal menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

Program Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan seperti ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Pada peringkat Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.

vi. MRSM PROGRAM BITARA

Ditawarkan kepada pelajar kemasukan Tingkatan 4 sahaja.

MRSM Program Bitara menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah.

Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.

MRSM Program Bitara menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).

MRSM Program Bitara melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior).

PANDUAN PERMOHONAN KE MRSM TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2024

  • 1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
  • 2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
  • 3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

A. CARA MENDAPATKAN KATA LALUAN MELALUI ONLINE

Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut:

Permohonan kata laluan adalah percuma.

B. CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online dengan login masuk melalui

Halaman Maklumat Pemohon

Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon di ruangan yang disediakan. Peringatan:

a. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.
b. Nombor telefon bimbit yang diisi mestilah nombor yang aktif supaya makluman dapat dihantar
melalui Khidmat Pesanan Ringkas atau Short Message Service (SMS).
c. Bagi calon OKU, sila nyatakan nombor kad OKU dan kategori OKU.
d. Bagi calon yang mempunyai penyakit kronik, sila nyatakan penyakit berkenaan di ruangan yang
disediakan.

Halaman Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga

1. Sila lengkapkan semua Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga di ruangan yang disediakan. Perhatian:
a. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.
b. Sekiranya maklumat ibu atau bapa adalah sama seperti maklumat penjaga, sila tandakan (✔)
pada Maklumat Ibu/ Bapa sama dengan penjaga.
c. Sekiranya pekerjaan ibu, bapa atau penjaga adalah Polis dan/ atau Tentera, sila nyatakan
nombor anggota di ruangan yang disediakan.
d. Sila nyatakan sama ada ibu, bapa atau penjaga calon adalah OKU atau telah meninggal dunia di
ruangan yang disediakan

Sila lengkapkan Maklumat Pendapatan Keluarga di ruangan yang disediakan. Peringatan:

a. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.
b. Sila masukkan ANGKA sahaja di ruangan yang disediakan.
c. Maklumat pendapatan ialah pendapatan kasar bulanan termasuk elaun dan punca pendapatan
lain (sebelum ditolak potongan seperti pinjaman rumah, kenderaan, pinjaman peribadi dan lainlain potongan).
d. Bagi yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai penyata pendapatan/ slip gaji, sila isikan
borang yang dilampirkan dan perlu disahkan oleh penghulu mukim atau pegawai kerajaan dari
kumpulan pengurusan dan professional.
e. Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga perlu dibawa bersama
semasa menduduki UKKM.

Nota Penting

  1. Calon hanya dibenarkan membuat 3 pilihan MRSM sahaja
  2. Tanda (✔) di bahagian Perakuan Pemohon dan Perakuan Penjaga/ Bapa/ Ibu bagi mengesahkan semua maklumat yang diisi adalah benar dan klik Hantar.
    • Klik Cetak untuk mencetak permohonan yang telah lengkap diisi.
    • Klik Log Keluar setelah selesai semua proses.
    • Semakan semula atau kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh permohonan.
  3. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh di e-melkan ke: pengambilanmrsm@mara.gov.my
  4. Calon dikehendaki mengisi dan membawa bersama Borang Pengesahan Pendapatan semasa menghadiri Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

C. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OLSA)

Pemohon juga perlu menjawab OLSA bagi mata pelajaran Keperibadian dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.

Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab OLSA ialah mulai – September hingga – Oktober 2018.

D. UJIAN KHAS MENGIKUT PROGRAM

Pemohon yang memilih program SPMRSM ULUL ALBAB, SPMRSM CAMBRIDGE IGCSE dan SPMRSM TEKNIKAL perlu menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan.

Panggilan untuk menduduki Ujian Khas ini akan dimaklumkan melalui emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Pemohon yang dipanggil untuk mendudki Ujian Khas mestilah membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian.

E. MAKLUMAT TAMBAHAN

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan, permohonan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Rayuan MRSM 2024 (Akan dikemaskini)

  1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM).
  2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).
  3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi

* Panduan permohonan kemasukan ke MRSM 2024 Tingkatan 1 & 4 akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada perubahan. Pemohon adalah disarankan untuk sentiasa melayari Portal Rasmi MARA dalam mendapatkan informasi terkini berkaitan permohonan MRSM.

Selamat membuat Permohonan Kemasukan MRSM 2024 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Online. Didoakan semoga anda berjaya dalam mendapat tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA yang dihajati.

Related : tahun 2021, mrsm ulul albab, hafazan sebagai syarat tambahan, untuk menduduki ujian kecenderungan, mewajibkan calon untuk menduduki, memohon program ulul albab, calon untuk menduduki ujian, mrsm 2021, ujian hafazan sebagai syarat, ukkm bagi menguji potensi, matematik sains dan bahasa, sistem permohonan,