Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan SMAN Kedah 2026 Online (Kemasukan Ke Tingkatan 1)

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π π“πˆππ†πŠπ€π“π€π 𝟏 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ π€π†π€πŒπ€ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”. Adalah dimaklumkan menerusi makluman Facebook Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Tawaran Kemasukan ke  Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Kedah Tahun 2026 kini di buka secara atas talian.

Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan dengan melayari Portal Permohonan atau Imbas Kod QR yang disediakan untuk pautan borang atas talian. Permohonan adalah TERBUKA kepada semua pelajar yang berumur 13 tahun pada tahun 2026 di mana pelajar dalam kategori miskin akan DITAJA sepenuhnya oleh LZNK. Penempatan pelajar adalah di sekolah Agama terpilih di setiap Daerah.

Sekolah Menengah Agama (SMAN) Kedah

SMAN Kedah adalah merupakan sekolah yang dikelolakan oleh LZNK dan menawarkan pendidikan peringkat menengah iaitu Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.

Sekolah ini menawarkan 2 jenis aliran iaitu:

  1. Aliran 1: Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) / Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
  2. Aliran 2: Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) / Tahfiz Turath / Kurikulum Standard Sekolah Menengah
    (KSSM)

Untuk aliran 1, pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah panel Lembaga Zakat Negeri Kedah di setiap daerah (Sekolah Agama Rakyat & Sekolah Zakat Kedah).

Untuk aliran 2, pelajar yang terpilih akan ditempatkan di Pondok Moden Zakat Kedah, Mergong sahaja.

Apa yang menarik adalah pelajar yang terpilih memasuki mana-mana sekolah tersebut dan berada dalam kategori miskin, akan ditaja sepenuhnya oleh LZNK.

Permohonan SMAN Kedah 2026 (Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Kedah)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitn permohonan Sekolah Menengah Agama Negeri Kedah untuk kemasukan ke Tingkatan 1 (Form 1) meliputi pautan borang online (Atas talian), syarat kemasukan, tarikh penting, iklan kemasukan, pusat temuduga.

Tarikh Penting

Permohonan akan dibuka sehingga tarikh 22 November 2025.

Syarat Kemasukan

Syarat Permohonan Tajaan Biasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah Sesi 2026 adalah seperti berikut ;

1- TAWARAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 / 2026 (KEMAHIRAN BERASASKAN DINI)

  1. Warganegara Malaysia (pelajar, ibu dan bapa, penjaga hendaklah warganegara Malaysia) dan beragama Islam
  2. Sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah
  3. Umur 13 tahun pada tahun 2026
  4. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga
  5. Pelajar yang layak sahaja akan ditawarkan TAJAAN PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA

2- TAWARAN KEMASUKAN TINGKATAN 1 / 2026 (TAHFIZ TURATH)

  1. Lelaki sahaja
  2. Warganegara Malaysia (pelajar, ibu dan bapa, penjaga hendaklah warganegara Malaysia) dan beragama Islam
  3. Sedang bermastautin/ menetap di negeri Kedah
  4. Umur 13 tahun pada tahun 2026
  5. Berminat untuk menghafal Al-Quran dan Kitab Turath
  6. Pemohon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga (Ujian Penilaian Sekolah Zakat Kedah)

Cara Permohonan SMAN Kedah 2026

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan:

Nota : Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa mengisi borang permohonan online bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data dan maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut.

Ini Kerana, sebarang kesilapan seperti tidak mengisi maklumat dengan betul dan terdapat antara salah satu punca yang boleh menyebabkan permohonan calon gagal. Sila baca dan fahami dahulu panduan memohon yang disertakan dalam sistem permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan. Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengapkan.

Dokumen Yang Diperlukan Ketika Mengisi Borang Permohonan

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibubapa/ Penjaga
  3. Salinan Keputusan UPKK/ UPSRI/ SPI (Jika Ada)
  4. Salinan Keputusan Peperiksaan Pertengahan/ Akhir Tahun
  5. Borang Pengesahan Pendapatan Waris (Bagi yang tiada penyata gaji)

Senarai Lokasi Pusat Temuduga

Pelajar yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga di lokasi mengikut zon seperti senarai di bawah :-

Zon 1 Selatan

  • SMA Tarbiah Diniah Kulim
    Jalan Pegawai 09000 Kulim Kedah Darul Aman
    SMA Ihsaniah
    Jangkang 09700 Karangan Kedah Darul Aman
  • SM Tahfiz Sains Darul Mumtaz
    Lot 483, Kampung Guar Lobak, Padang Serai, Kulim, Kedah Darul Aman
  • SMA Yayasan Khairiah
    Kg. Pisang Kupang 09200 Baling Kedah Darul Aman
  • SMA Diniah Islamiah
    Pekan Kupang 09200 Baling Kedah Darul Aman
  • Maahad Tarbiah Haraki Annur
    Kampong Carok Beras, 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman
  • Madrasah Islahiah Diniah Memali
    Kampong Memali, Mukim Siong, 09100 Baling, Kedah Darul Aman
  • Maahad Dini Sultan Abdul Halim
    Kampung Belantik, Mukim Sok, 08210, Sik, Kedah Darul Aman

Zon 2 Tengah

  • Madrasah Zubaidiyah (Merbok)
    Kampung Belau, 08400 Merbok, Kedah Darul Aman
  • Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam SMITI At-Taqwa
    Sungai Bongkok, 08300 Gurun, Kedah Darul Aman
  • SMA Daris
    Kampung Sungai Layar Tengah, 08000 Sungai Petani, Kedah
  • SMA Taufikiah Khairiah Halimiah
    Bt. 16 Padang Lumat 08300 Gurun Kedah Darul Aman
  • SM Islam Darul Izzah
    Lot 2145, Kampung Perupok, 06900 Yan, Kedah
  • SMA Islah
    Seberang Pendang 06710 Pendang Kedah Darul Aman
  • Kolej Agama Sultan Abdul Halim
    Lot 1306, Jalan Suka Menanti, Mukim Pumpong, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
  • SMA Makarimul Akhlak
    06500 Langgar Alor Setar Kedah Darul Aman
  • SM Sains Tahfiz Alor Setar (SEMESTI)
    Jln Datuk Kumbar, 05300 Alor Setar, Kedah Darul Aman
  • Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah
    Kampung Tok Keling, Mukim Darga, 05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Zon 3 Utara

  • SMI Darul Ulum – SMIDU
    KM. 23, Jalan, Kampung Bukit Larek, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
  • Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele
    Kampung Seberang Melele, Batu 21, Jalan Kodiang, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman
  • Maktab Pengajian Islam Kedah – MPIK
    No. 25, Batu 13, Jalan Changloon, Kedah, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman
  • SMA Al-Khairiah Pedu
    Jalan Empangan Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
  • SMA As-Siddiqiah Al-Islamiah
    Naka, 06350 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
  • SMA Al-Baqiyatussolihat
    Kampung Ranggot Besar, 07000 Langkawi, Kedah

Iklan Kemasukan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan SMAN Kedah 2026, boleh hubungi terus:

DIVISYEN PENDIDIKAN ZAKAT KEDAH
TEL: 1800-88-1740 (Ext. 520) / 013-459 2071

LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH ZAKAT
013-446 3071

Laman Sosial Rasmi