Panduan terkini dikemaskini pada

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 SPM

Berikut dikongsikan nota ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 yang bertajuk Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan. Ianya berkisar kepada topik Pembangunan Ekonomi, pembangunan dan perpaduan bangsa dan Malaysia Ke Arah Negara Maju.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan

1) Faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar dan strategi pembangunan ialah:

  • a) Kedudukan ekonomi yang terbuka;
  • b) Sistem ekonomi campuran;
  • c) Masyarakat berbilang kaum; dan
  • d) Kerajaan Persekutuan.

2) Bermatlamat membangunkan kawasan luar bandar dan mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar.

wawasan 2020

3) Lembaga Pembangunan Industri Desa (Rural Industrial Development Authority, RIDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Federal Land Development Authority, FELDA)
4) Penubuhan kementerian Pembagunan Negara dan Luar Bandar – membangunkan luar bandar

1) PEMBANGUNAN EKONOMI

a) Dimulakan sejak belum merdeka oleh Kerajaan Perikatan
b) Pada awalnya memberi tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar
c) Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan untuk :
d) membasmi kemiskinan
e) menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum
f) DEB dilaksanakan melalui rancangan Pembangunan Lima Tahun sehingga 1990.
g) Selepas 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan sehingga 2000.

2) RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

a) TAHAP PERTAMA:

i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966- 1970)

3) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

  • i) Memberi penekanan dan perhatian serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam.
    ii) Sektor ekonomi:
    iii) Mempergiatkan pembukaan tanah baru untuk pertanian
    iv) Menggalakkan penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang
    v) Mempelbagaikan hasil keluaran pertanian
    vi) Memperluaskan perusahaan bijih timah
    vii) Sektor sosial:
    viii) Pelbagai perkhidmatan diberikan seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan
    ix) Sektor awam:
    x) Membina pelbagai infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan.

b) Agensi Terlibat:

i) Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

(1) bertujuan membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar,
(2) memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil, membantu
(3) pemasaran hasil pertanian dan menggalakkan penyertaan orang
(4) Melayu dalam sektor perniagaan.

ii) Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (FELDA)-1956

(1) bertujuan untuk meninggikan taraf hidup masyarakat luar bandar,
(2) meningkatkan hasil pertanian negara, membantu masyarakat Melayu
(3) dengan membuka tanah baru lengkap dengan kemudahan asas.
(4) Tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit.

iii) 3. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar -1959

(1) untuk menyelaras dan menjayakan segala program pembangunan luar bandar.
iv) RIDA DAN FELDA diletakkan di bawah kementerian ini.

c) Pencapaian:

i) Pencapaian RM1 kurang memberangsangkan kerana :
ii) ancaman komunis semasa zaman Darurat yang menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara.
iii) Kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia

4) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

a) MATLAMAT:

i) Masih menekankan pembangunan luar bandar
ii) Merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar
iii) Mengurangkan kadar kemiskinan
iv) Meninggikan taraf hidup rakyat

b) Langkah dan Strategi:

i) Mempergiat pembukaan tanah di bawah FELDA
ii) Mempelbagaikan jenis tanaman untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara
iii) Mengurangkan kebergantungan negara kepada getah dan bahan makanan import.

c) Agensi:

i) LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA) -1965
ii) membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka

d) Pencapaian:

i) RM2 terus memberi tumpuan terhadap penyediaan struktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan kakitangan serta memperbanyak peluang pekerjaan.
ii) Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur diwujudkan bagi menyelaraskan pembangunan peringkat negeri, daerah dan kampung.
iii) Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian diperkenalkan

5) Rancangan Malaysia Pertama (1966- 1970)

a) MATLAMAT:

i) Memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat dan intergrasi nasional sempena penubuhan Malaysia pada 1963
ii) Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan perindustrian

b) Agensi:

i) Mengadakan projek pembangunan seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara
ii) Menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) pada 1965 untuk membantu FELDA membangunkan ekonomi kawasan luar bandar
iii) Pada 1969, RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) ditubuhkan bagi menggalakkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan perdagangan.

iv) Pada 1969, Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) ditubuhkan untuk menjalankan penyelidikan dan
v) memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian, kecuali getah
vi) Untuk mewujudkan industri, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) ditubuhkan pada 1967 dan Lembaga Penasihat Tarif diwujudkan.
vii) Akta Pelaburan 1969 pula berfungsi untuk enggalakkan kemunculan industri baru. Peningkatan pertumbuhan ekonomi negara yang memberangsangkan semasa pelaksanaan RM1 terbantut apabila berlaku Persitiwa 13 MEI 1969.

c) Kesimpulannya:

i) Segala program pembangunan ekonomi belum dapat membendung masalah perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara.
ii) DEB telah diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka panjang yang bermatlamat untuk mencapai perpaduann dan kesejahteraan rakyat.

6) TAHAP KEDUA

( Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 – 20 tahun berkaitan dengan DEB )

a) Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)
b) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
c) Rancangan Malaysia keempat (1981-1985)
d) Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990)
(RRJP2), 1991-2000 telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional
e) Rancangan Malaysia Keenam. (1991 1995)
f) Rancangan Malaysia Ketujuh (1996 2000)

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) yang telah digubal berdasarkan Dasar Wawasan Negara.

g) Rancangan Malaysia Kelapan ( 2001 – 2005)
h) Rancangan Malaysia Kesembilan ( 2006 -2010 )

7) Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)

a) MATLAMAT:

i) Mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum; dan
ii) Menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
iii) Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah.
iv) Tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan penyediaan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
v) Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan.

b) Agensi:

i) Beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. KEJORA, DARA, JENGKA, KETENGAH, PERDA, KESEDAR

ii) Agensi lain yang ditubuhkan bertujuan membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.

8) Agensi & 9) Fungsi

  1. Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) 1971 : Menstabilkan harga padi
  2. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971 : Membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan
  3. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971 : Membangunkan bandar
  4. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah(1973) : Membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah
  5. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 Membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi
  6. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974 : Memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum
  7. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri : Menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai.

10) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

a) Matlamat:

i) Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum dengan menambah pendapatan dan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi.
ii) Meneruskan program pembangunan luar bandar di samping pembangunan pertanian dan perindustrian untuk meningkatkan produktiviti.
iii) Membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

b) Agensi:

i) Pembukaan tanah secara besar-besaran oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
ii) Tumpuan diberikan kepada penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport.
iii) Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.

11) Rancangan Malaysia keempat (1981-1985)

a) Matlamat:

i) Meneruskan program pembangunan ekonomi dalam RM3 denagn memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir. Untuk itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada akhir 1980.
ii) Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, kawasan perusahaan baru seperti di Skudai Johor, Senawang (N.Sembilan), Bintulu (Sarawak), Likas dan Manggatal (Sabah) diwujudkan.
iii) Memperkenalkan zon perdagangan bebas di Bayan Lepas Pulau Pinang dan Sungai Way Selangor

b) Agensi:

i) Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi mengenalpasti, memulakan dan mengurus projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta.

ii) Bagi menambahkan keberkesanan projek perindustrian, program Kajian Dasar Perindustrian Malaysia bagi mengenalpasti kelemahan dalam sektor struktur perindustrian negara , dan Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya telah dilancarkan.

iii) Mengadakan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia bertujuan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara dengan harapan akan dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan

iv) Menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) 19881 bagi menyeimbangkan pemilikan harta dan saham industri antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumiputera.

v) Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 diadakan bagi memodenkan dan menggiatkan
semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan
perkhidmatan sokongan

c) Pencapaian:

i) RM4 mencatatkan perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8% setahun. Pendapatan per kapita meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985.

12) Rancangan Malaysia Kelima (1986- 1990)

a) Matlamat:

i) Penekanan utama adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan:

(1) melonggarkan hak milik syarikat dan perlesenan dalam
(2) sektor swasta.
ii) b) Syarikat pelaburan modal asing juga dilonggarkan bagi
(1) meningkatkan pelaburan sektor perindustrian
(2) berorientasikan eksport.
iii) Meneruskan pembangunan luar bandar dengan penggunaan tanah secara lebih cekap.
iv) Menggalakkan industri desa seperti kraftangan dengan memberi kemudahan kredit dan intensif melalui Bank Pertanian Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
v) Memajukan sektor pelancongan. Peranannnya dimainkan Perbadanan Pelancongan Malaysia. Contoh, Tahun melawat Malaysia 1990.
vi) Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan kecekapan guna tenaga tempatan dan produktiviti negara.

b) Pencapaian:

i) Rancangan Lima Tahun telah memperlihatkan kemajuan terutamanya dalam tiga rancangan yang pertama.
ii) DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah. Kadar kemiskinan menurun.
iii) Peningkatan berlaku dalam KDNK, pendapatan per kapita dan hak milik modal saham bumiputera walaupun pemilikan saham ini tidak mencapai sasaran 30%.

iv) Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat 2% melebihi sasaran 40% yang ditetapkan. Pemilikan hak milik modal kedua-dua golongan ini berjaya mengurangkan hak milik modal saham orang asing sebanyak 38.2%.
v) DEB berjaya meningkatkan taraf kehidupan kaum Bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan semula guna tenaga perlu diperhebat lagi memandangkan orang Melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.
vi) DEB memberi manfaat kepada semua kaum

13) Dasar Pertanian Negara (12 Januari 1984)

a) Matlamat Penubuhan

i) Memaksimumkan pendapatan sektor pertanian supaya dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
ii) Memaksimumkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil melalui peningkatan pengeluaran dan kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan.
iii) Memajukan komoditi-komoditi utama yang berpotensi besar untuk dieksport.

b) Strategi

i) Pembukaan tanah-tanah baharu yang akan dikendalikan oleh FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), pihak berkuasa pembangunan wilayah dan kerajaankerajaan negeri.
ii) Pembangunan insitu di mana kawasan-kawasan yang telah sedia diusahakan dengan pelbagai aktiviti pertanian, tetapi berdaya pengeluaran yang rendah. Usaha dijalankan untuk memulihkan kawasan berkenaan melalui projek Pembangunan Pertanian Bersepadu, Perbadanan Kemajuan Wilayah (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kerubu (KADA).
iii) Penyediaan perkhidmatan sokongan pertanian seperti Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

14) Dasar Pensyarikatan Malaysia (25 Februari 1983)

15)  Dasar Pembangunan Ekonomi

Dasar Pertanian Negara (DPN)

DPN bermatlamat meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap
DPN juga ingin memaksimumkan pendapatan pekebun kecil di samping memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport

Antara strateginya :

Menggalakkan pembukaan tanah baru oleh FELDA
Agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri
Program pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang berproduktiviti rendah
Ia juga merupakan strategi untuk meningkatkan produktiviti kawasan pertanian sedia ada
Ia turut dilaksanakan melalui projek bersepadu contohnya, KEMUBU, JOHOR BARAT dan SELANGOR BARAT
Program ini menyediakan khidmat sokongan pertanian dan pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan
Penglibatan swasta dalam projek penswastaan pertanian Kementerian Pertanian juga diperkenalkan

16) Dasar Pensyarikatan Malaysia (DPM)

Dasar ini bermatlamat merangsang penglibatan swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan Negara
Dasar ini menganggap Malaysia sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh kerajaan dan swasta
Semua kakitangan kerajaan dan swasta adalah pemilik saham dan pekerja dipertanggungjawabkan memajukan syarikat ini, iaitu Malaysia
Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan swasta ditubuhkan
Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalinkan hubungan dan berkongsi kepakaran
Sektor swasta pula perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan maksimum
Pihak kerajaan pula bertindak member perkhidmatan sokongan bagi memudahkan operasi sektor swasta

17) Dasar Penswastaan (DP)

DP dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada Mac 1983
Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta
Dasar ini bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan, kesannya kerajaan boleh mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain
Ia juga bertujuan meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan
Ini adalah kerana swasta dianggap lebih cekap daripada sektor swasta
Dasar ini diyakini dapat mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal swasta
Unit Perancang Ekonomi (UPE) bertindak sebagai j/kuasa penswastaan yang memberi garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan penswastaan
Penswastaan boleh dilaksanakan secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian. Antara syarikat yang terlibat dalam penswastaan seperti Syarikat Airod Sdn. Bhd. Dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

18. Dasar Hala Tuju Cara Baru

Dasar ini merupakan pendekatan baru membangunkan kawsan luar bandar
Matlamat utamanya meningkatkan pendapatn petani dan pekerja desa melalui penglibatan mereka dalam pelaburan. Dasar ini dilaksanakan melalui tiga strategi
Strategi pertama adalah dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi penempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik
Strategi kedua, meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa melalui program usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan
Strategi ketiga ialah perlaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar

19) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN)

DPDPN bermatlamat mencapai kadar tahap pertumbuhan ekonomi berterusan walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran
Peningkatan hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi
DPDPN juga memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimum bagi mengelakkan sebarang pembaziran, disamping memastikan sektor perindustrian dapat bersaing pada peringkat antarabangsa

Antara strategi DPDPN :

Membaiki sistem pengurusan operasi
Struktur organisasi
Penggunaan teknologi terkini serta penerapan nilai dan etika kerja yang murni

20) Dasar Kependudukan

Matlamat Dasar ini adalah untuk mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2010
Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang akan member kesan positif. Antaranya bekalan tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan perluasan pasaran, kekuatan politik dan keselamatan negara
Dasar ini menitik beratkan kadar pertumbuhan penduduk dengan pembangunan sosio ekonomi negara khususnya yang berkaitan dengan kemudahan pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan
Program pembangunan negara di dasarkan unjuran jumlah penduduk, ini adalah untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak mendatangkan masalah kepada negara

Pembangunan Dan Perpaduan

Rukun Negara

  • Kesan peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan. Tun Abdul Razak Hussien menjadi pengarah MAGERAN
  • Peranannya ialah mengembalikan keamanan, melicinkan pentadbiran dan mengembalikan keharmonian kaum
  • MAGERAN dipertanggungjawabkan mengambil alih pentadbiran negara selama 21 bulan dan telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan negara
  • MPN menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenal sebagai Rukun Negara dan di isytiharkan pada 31 Ogos 1970
  • Matlamat Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara corak hidup demokratik, mencipta masyarakat yang adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai dan membina masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

Prinsip-Prinsip Rukun Negara

Prinsip Pertama (Kepercayaan kepada Tuhan)

  • Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab
  • Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan bahawa Islam agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan

Prinsip Kedua (Kesetiaan kepada Raja dan Negara)

  • Menuntut supaya rakyat Malaysia memberikan kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan Ketua Negeri. Raja adalah symbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa pribumi. Penderhakaan kepada Raja bermaksud penderhakaan kepada negara

Prinsip Ketiga (Keluhuran Perlembagaan)

  • Menekankan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur, unggul serta suci. Keluhuran perlembagaan menuntut semua rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

Prinsip Keempat (Kedaulatan Undang-Undang)

  • Menekankan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini meuntut rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang
  • Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. Kita bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa di daulatkan dan tidak di cabar oleh mana-mana pihak

Prinsip Kelima (Kesopanan dan Kesusilaan)

  • Menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila. Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Kesopanan dan kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

a) Laporan Barnes

Mencadangkan semua sekolah vernakular dibubarkan
Mencadangkan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada peringkat sekolah rendah
Bahasa Inggeris pada peringkat menengah dan peringkat yang lebih tinggi
Cadangan ini ditentang oleh masyarakat Cina kerana mengganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat

b) Laporan Fenn Wu (1951)

Mewakili masyarat Cina mencadangkan sekolah vernakular Cina terus kekal walaupun bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan

c) Ordinan Pelajaran (1952)

Diperkenalkan dengan mengambil kira laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.

Mencadangkan :

  • Dua sistem persekolahan menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
  • Pengajaran bahasa Cina dan Tamil disediakan sekira ada permintaan ibu / bapa
  • Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris. Bahasa Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu
  • Ordinan ini tidak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakan Cina dan India, kekurangan kewangan dan ancaman pengganas komunis

d) Penyata Razak (1956)

Penyata ini mengemukan dua elemen penting yang dapat menyubur semangat perpaduan iaitu :

  • Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
  • Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan

Antara cadangan Pernyata Razak adalah :

  • Sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa Melayu sbg bahasa pengantar
  • Sekolah jenis umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar
  • Sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
  • Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
  • Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah.

e) Laporan Rahman Talib (1960)

Ditubuhkan untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1960.

Antara cadangan Penyata Rahman Talib adalah :

  • Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
  • Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
  • Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama
  • Sekolah rendah menukarkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
  • Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
  • Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh jika terdapat 15 orang murid
  • Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar disekolah kebangsaan sekira terdapat 15 orang murid
  • Syor-syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pendidikan 1961

f) Kajian Aminuddin Baki (1965)

Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965

  • Bertujuan untuk menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik
  • Matlamatnya untuk menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun
  • Memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan untuk pasaran pekerjaan
  • Kursus kemahiran pilihan yang diajar termasuklah perdagangan, sains rumah tangga, seni perusahaan, dan sains pertanian
  • Mata pelajaran wajib sama dengan yang diajar di sekolah menengah biasa.

g) Jawatankuasa Kabinet (1974)

Di pengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Bertujuan mengkaji semua pelaksanaan sistem pelajaran

Objektif utama adalah untuk :

  • Menilai sejauh mana pelakasanaan dasar pelajaran kebangsaan yangsedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara
  • Mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

Antara cadangan Jawatankuasa Kabinet :

  • Penekanan kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira
  • Kenaikan darjah secara automatik
  • Penekanan kepada sekolah vokasional
  • Sukatan pelajaran sekolah swasta
  • Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
  • Kesan daripada Laporan ini telah diperkenalkan KBSR dan KBSM

h) Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
Untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan Jasamani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Usaha bagi melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan , berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Akta Bahasa Kebangsaan

Perkara 152 dalam Perlembagaan PTM 1967 telah memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Antara langkah memajukan bahasa Melayu adalah :

  • Penubuhan DBP
  • Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
  • Menggunakan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”
  • Penubuhan sekolah menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar spt Sekolah Alam Shah, Sekolah Sri Puteri dan Sekolah Sultan Abdul Halim
  • Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
  • Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar ini menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia

Objektif dasar ini :

  • Untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan

Dasar ini digubal berdasarkan tiga prinsip utama :

  • Kebudayaan rakyat asal
  • Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
  • Islam sebagai unsur terpenting

Sukan untuk Perpaduan

Kepentingan sukan :

  • Sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi
    Menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
    Terbuka kepada semua kaum

Usaha kerajaan :

  • Menggalakkan aktiviti sukan di peringkat sekolah sebagai aktiviti kokurikulum
    Menubuhkan MSSM di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
    Menganjurkan Temasya Sukan Malaysia 2 kali setahun

Malaysia Ke Arah Negara Maju

Latar Belakang Idea Wawasan 2020

  • Idea ini dicetuskan oleh Dr.Mahathir Mohammad pada 28 Februari 1991
  • Matlamatnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang menggunakan acuan sendiri standing dengan negara maju di dunia
  • Kemajuan ini diharapkan bukan seperti negara maju di Barat yang mengutamakan kemajuan fizikal semata-mata
  • Menurut Dr. Mahathir, negara Malaysia yang maju sepenuhnya tidak akan wujud sehingga kita dapat mengatasi sembilan cabaran berikut.

Cabaran Wawasan 2020

  1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu
  2. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
  3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang
  4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
  5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi
  6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik
  7. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang
  8. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya
  9. Memupuk dan membina masyarakat makmur

Perincian Cabaran Wawasan 2020

  1. Perpaduan Masyarakat Malaysia merupakan asas kekuatan negara. Ia boleh dicapai melalui dasar kerajaan
  2. Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas, berperasaan tenteram, sentiasa bersikap terbuka, berkeyakinan diri, bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi pelbagai masalah
  3. Masyarakat Malaysia yang demokratik perlu dipupuk dan dibina. Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
  4. Masyarakat bermoral dan beretika pula perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul. Kepatuhan kepada agama, pengalaman budaya dan tradisi yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan dan keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika
  5. Masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional. Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri dari fahaman sempit dan berfikiran terbuka. Langkah ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi dapat dilihat melalui perlembagaaan negara, pengalaman sistem demokrasi kewujudan parti politik gabungan pelbagai parti kaum
  6. Masyarakat yang maju merupakan masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan.Masyarakat yang maju tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat saintifik
  7. Masyarakat penyayang sering dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghormati, bekerjasama dan saling membantu
  8. Masyarakat makmur dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi. Pada masa yang sama tiada ahli masyarakat yang hidup miskin

Semoga perkongsian nota sejarah Tingkatan 5 Bab 8 yang bertajuk Pembangunan dan Perpaduan untuk kesejahteraan ini boleh dijadikan panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM nanti.