Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan SPMU 2025 Online Dan SMS

Perhatian buat pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada bulan Julai yang lalu. Untuk makluman dan rujukan, tarikh keputusan peperiksaan SPMU tahun 2025 akan diumumkan pada bulan Ogos 2025. Semakan keputusan SPMU 2025 untuk ringkasan keputusan boleh disemak secara online dan SMS.

Ringkasan keputusan boleh disemak bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan SPMU adalah Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.

Semakan Keputusan SPMU 2025 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat penting cara check result SPMU tahun 2025 yang memaparkan tarikh keputusan diumumkan dan cara membuat semakan.

  • Tarikh Semakan SPMU 2025 : 21 Ogos 2025 (Khamis) bermula jam 1000 pagi sehingga 27 Ogos 2025 jam 600 petang
  • Slip keputusan penuh SPM Ulangan 2025 : Slip calon pelajar akan diposkan ke alamat rumah calon, atau anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPMU

Semakan Secara Online

Keputusan SPM Ulangan 2025 boleh disemak melalui aplikasi semakan keputusan SPMU di pautan berikut :-

Cara Semak Result SPMU 2025 Melalui SMS

Calon SPMU 2025 boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah SMS. Perkhidmatan mySMS akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan SPM Ulangan diumumkan.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan melalui kaedah SMS:

  • Taipkan:
    SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888
Semakan Keputusan SPM ulangan 2017 melalui sms

Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan oleh semakan trafik yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Kenyataan Media KPM

Berikut adalah kenyataan media kementerian pendidikan malaysia kpm berkenaan dengan result SPMU tahun ini :-

Selamat membuat Semakan secara Online Dan SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM Ulangan kali ini.

ringkasan keputusan spm ulangan spmu 2023 semakan keputusan spm ulangan