Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online

Panduan terkini dikemaskini pada 5 Februari 2019 jam 11:22 PM

Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online
Rate this post

Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum 10 % Online Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah sebuah sistem sistematik yang dibangunkan khas untuk para guru merekodkan penilaian markah kokurikulum bagi pelajar lepasan PT3, SPM, STAM dan STPM.

Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebagaian daripada proses pengajaran dan pebelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30).

Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

semakan markah koko pajsk emkoko

Semak Markah Kokurikulum Pelajar Secara Online PAJSK EMKOKO

Markah Kokurikulum adalah penilaian yang sangat penting kepada pelajar untuk membuat permohonan kemasukan ke MRSM, SBP dan juga Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ataupun permohonan melalui UPU.

Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketiksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan ini, penggunaan borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari.

Objektif PAJSK

  1. Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah
  2. Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut
  3. Membantu Jabatan Pengurusan, Intitusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA)
  4. Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.

Sistem Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum Online KPM

Skema Pemarkahan

Markah minimum adalah 0 dan markah maksimum adalah 10.

  • Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan Pentaksiran akan dipersembahkan dalam bentuk Prestasi Tahun Semasa (Grade Point Average) dan Himpunan Prestasi sepanjang tempoh perskolahan (Cumulative Grade Point Average). Tempoh Pentaksiran setiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember.

Semakan Markah Kokurikulum KPM Secara Online

Buat guru, sila rujuk juga Pengisian Markah PAJSK Secara Online Pentaksiran markah Aktiviti Jasmani Sukan di PAJSK