Perhatian buat pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada bulan Julai yang lalu. Untuk makluman dan rujukan, tarikh keputusan peperiksaan SPMU tahun 2026 akan diumumkan pada bulan Ogos 2026. Semakan keputusan SPMU 2026 untuk ringkasan keputusan boleh disemak secara online dan SMS.
Ringkasan keputusan boleh disemak bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan diumumkan. Mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan SPMU adalah Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.

Semakan Keputusan SPMU 2026 Secara Online Dan SMS
Berikut dikongsikan maklumat penting cara check result SPMU tahun 2026 yang memaparkan tarikh keputusan diumumkan dan cara membuat semakan.
- Tarikh Semakan SPMU 2026 : 20 Ogos 2026 (Khamis) bermula jam 1000 pagi sehingga 26 Ogos 2026 jam 600 petang
- Slip keputusan penuh SPM Ulangan 2026 : Slip calon pelajar akan diposkan ke alamat rumah calon, atau anda boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPMU
Semakan Secara Online
Keputusan SPM Ulangan 2026 boleh disemak melalui aplikasi semakan keputusan SPMU di pautan berikut :-
2. Mendapatkan slip Keputusan di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Cara Semak Result SPMU 2026 Melalui SMS
Calon SPMU 2026 boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah SMS. Perkhidmatan mySMS akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi pada tarikh keputusan SPM Ulangan diumumkan.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan melalui kaedah SMS:
Taipkan:SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888

Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan oleh semakan trafik yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
Penyemakan Semula Keputusan SPMU
Permohonan penyemakan semula boleh dibuat dalam tempoh 30 hari, iaitu dari 20 Ogos 2026 hingga 18 September 2026 secara dalam talian melalui elp.moe.gov.my

Kenyataan Media KPM
Berikut adalah kenyataan media kementerian pendidikan malaysia kpm berkenaan dengan result SPMU tahun ini :-
KENYATAAN MEDIA
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU) TAHUN 2026
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 akan dikeluarkan pada 20 Ogos 2026 (Khamis). Seramai 12,974 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU bagi tahun 2026 di 188 pusat peperiksaan seluruh negara.
Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2026 secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my bermula 20 Ogos 2026 (Khamis), pukul 10:00 pagi sehingga 26 Ogos 2026 (Rabu), pukul 6:00 petang.
KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2026.
Selamat membuat Semakan secara Online. Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM Ulangan kali ini.
ringkasan keputusan spm ulangan spmu 2023 semakan keputusan spm ulangan



