Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan STAM 2025 Secara Online Dan SMS

Bila tarikh semakan keputusan STAM 2025 akan diumumkan? Pelajar yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2025 (STAM) pasti menunggu tarikh keputusan diumumkan dengan penuh debar. Semakan result peperiksaan boleh disemak melalui kaedah SMS ataupun pelajar boleh mendapatkan keputusan secara atas talian.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2025 merekodkan seramai 4,443 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM di 135 pusat peperiksaan di seluruh negara. Manakala, seramai 852 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al-Azhar Al-Sharif, Republik Arab Mesir seperti yang termeterai dalam Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada tahun 1999. Peperiksaan STAM mula dilaksanakan pada tahun 2000 dengan menggunakan kurikulum dan buku teks yang sama dengan Maahad Bu’uth Al-Islamiyyah Al-Azhar, Mesir dan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

Pada tahun 2022, KPM telah memeterai Pindaan Perjanjian Persefahaman Akademik dan Kebudayaan pada 6 Jun 2022 di Kaherah, Mesir. Antara pindaan yang utama adalah tempoh pengajaran dan pembelajaran (PdP) kurikulum STAM akan dilaksanakan dalam tiga tahun bermula pada Tingkatan 4. Perkara ini penting bagi meningkatkan kefahaman calon dalam aspek yang dipelajari serta mengukuhkan kompetensi bahasa Arab calon. KPM akan terus menjalin kerjasama yang erat dengan pihak Al-Azhar Al-Sharif bagi memperkasakan Pendidikan Islam dan bahasa Arab di Malaysia seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa.

Sijil STAM melayakkan calon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana pertama di luar negara seperti Universiti Al-Azhar Al-Sharif, Mesir, serta universiti awam dan institusi pengajian tinggi swasta tempatan. Sijil STAM juga diiktiraf setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengisi jawatan pada gred 27 dalam perkhidmatan awam.

Calon pertama kali mendaftar peperiksaan STAM diwajibkan menduduki 10 mata pelajaran yang meliputi tiga bidang, iaitu Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Mata pelajaran peperiksaan STAM ditaksir melalui ujian bertulis, ujian lisan dan kerja kursus. Format instrumen peperiksaan STAM yang digunakan adalah berdasarkan kurikulum baharu bermula tahun 2020.

Cara Semak Keputusan STAM 2025 Secara Online & SMS

Berikut dikongsikan tarikh penting Semakan Keputusan STAM 2025 yang akan diumumkan pada tarikh berikut:-

  • 2025 : Akan dikemaskini
  • 2024 : 20 Mei 2025 hari Selasa bermula jam 1000 pagi
  • 2023 : 26 Mac 2024 Hari Selasa bermula jam 1000 pagi
  • 2022 : 18 April 2023 Hari Selasa) bermula  jam 1000 pagi
  • 2021 : 30 Jun 2022 Hari Khamis bermula jam 1000 pagi
  • 2020: 17 Jun 2021, Hari Khamis bermula jam 1000 pagi
  • 2019 : 22 Januari 2020, Hari Rabu bermula jam 1000 pagi
  • 2018 : 17 Januari 2019, Hari Khamis bermula jam 1000 pagi
  • 2017 : Hari Khamis, 18 Januari 2018 bermula jam 1000 pagi
  • 2016 : Hari Khamis, 19 Januari 2017, bermula jam 1000 pagi

Kaedah/ Cara Mendapatkan Keputusan Peperiksaan STAM

Menerusi makluman Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:

i) Online

Semakan secara dalam talian disediakan di link applikasi di bawah ini untuk pelajar mendapatkan keputusan penuh.

ii) Melalui SMS

Semakan keputusan boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS.

Berikut adalah cara membuat semakan ringkasan keputusan peperiksaan melalui SMS:

Taip STAM <jarak>[No Kad Pengenalan] <jarak>[Angka Giliran] dan hantarkan ke 15888

Perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 1000 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan sehingga jam 600 petang pada *Tarikh akan dikemaskini.

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Pensijilan STAM

Syarat untuk calon dianugerahkan sijil STAM adalah lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul (Lulus) dalam kesemua 10 mata pelajaran yang diduduki. Terdapat empat pangkat sijil yang dianugerahkan kepada calon, iaitu peringkat Mumtaz (Cemerlang), Jayyid Jiddan (Sangat Baik), Jayyid (Baik) dan Maqbul (Lulus).

Calon yang tidak memenuhi syarat penganugerahan sijil akan hanya menerima pernyataan keputusan yang mencatatkan peringkat mata pelajaran yang lulus sahaja. Walau bagaimanapun, calon diberi peluang untuk memperbaiki keputusan yang diperoleh dengan menduduki semula mata pelajaran dalam tempoh tiga (3) tahun.

Syarat Penganugerahan Sijil STAM

Layak atau tidak menerima sijil STAM ditunjukkan di grafik di bawah ini :-

Semoga pelajar yang telah menduduki Peperiksaan STAM 2025 ini berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi membolehkan mereka untuk membuat Application UPU 2026 ke IPTA, Politeknik dan ILKA. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.