Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan MyKasih SARA RM100 (Sumbangan Asas Rahmah)

Cara Semakan MyKasih SARA Secara Online. Berita baik buat 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang lahir pada 2007 dan sebelum. Anda boleh membuat semakan status samada layak atau tidak menerima bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara atas talian bermula 21 Ogos 2025. Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), semakan kelayakan boleh dibuat di portal rasmi SARA iaitu https://sara.gov.my.

MOF memaklumkan bahawa setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang lahir pada 2007 dan sebelum akan menerima bantuan itu, termasuk penerima SARA sedia ada. Tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat memandangkan kelayakan untuk Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang Layak adalah secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang tipu helah atau ‘scammer’, memandangkan bantuan Penghargaan SARA akan disalurkan secara terus ke dalam MyKad penerima.

Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ?

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Penghargaan SARA merupakan usaha ikhlas Kerajaan Madani, yang julung kalinya memanjangkan bantuan tunai kepada seluruh warganegara dewasa, untuk mengagihkan hasil reformasi kewangan awam kepada rakyat.

Bantuan Penghargaan SARA sebanyak RM100 ini akan disalurkan ke dalam MyKad penerima mulai 31 Ogos 2025, dan ia boleh dimanfaatkan hingga 31 Disember 2025.

Bagi memastikan limpahan negara ini dapat dimanfaatkan sebaiknya secara saksama, MOF memaklumkan baki Penghargaan SARA yang tidak dibelanjakan di hujung tahun akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program Kerajaan Madani yang akan diputuskan kelak.

“Penerima juga boleh memilih untuk menggunakan bantuan ini dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan,sebagai contoh pembelian barangan asas sebagai derma kepada NGO (badan bukan kerajaan), tempat ibadat dan sebagainya.

Lepas YAB Perdana Menteri umum SARA untuk Semua iaitu SETIAP RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS akan terima RM100 SARA secara ‘one-off’ pada 31 OGOS 2025, terus ramai tertanya-tanya… Eh, SARA ni bantuan apa?

  • 🪪 SARA ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara
  • 🛒 Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Kedai runcit “Pak Mat” pun ada!
  • 🍚 Barang yang boleh beli ada 14 kategori yang meliputi 90,000 barangan. Memang banyak. Contoh – beras, telur, roti, minyak masak, pampers, panadol, alat tulis, sabun mandi dan sebagainya
  • 🔥 Nak tahu apa yang paling ‘best’?
    Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’! Kalau tak habis guna, jangan risau baki tak ‘expired’. Boleh guna sehingga 31 Disember 2025
  • 👫 SARA RM100 ‘one-off’ ni diberikan kepada individu. Kalau dalam keluarga ada 4 orang dewasa, satu rumah dah boleh dapat RM400. Fuhh! Tapi, harus bijak berbelanja okay!

Semakan MyKasih SARA Online (Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah)

Anda boleh membuat semakan melalui pautan berikut:

Sekiranya anda tidak tersenarai sebagai penerima Penghargaan SARA RM100 one-off, sila kemukakan pertanyaan melalui e-mel sara@mykasih.com

Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Kategori Barangan & Cara Membeli

Mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan asas terpilih di lebih 4,100 rakan niaga SARA di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas. Bilangan rakan niaga SARA bukan muktamad dan akan bertambah dari semasa ke semasa.

Penerima boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA antaranya:

  1. Beras
  2. Makanan Dalam Tin
    • i. Contoh: Sardin, Tuna
  3. Telur
  4. Minuman
    • i. Contoh: Susu, Teh, Kopi
  5. Minyak Masak
  6. Bahan Perasa
    • i. Contoh: Sos, Kicap, Gula, Garam
  7. Tepung
  8. Produk Penjagaan Diri
    • i. Contoh: Ubat gigi, Tuala wanita, Sabun
  9. Roti
  10. Barangan Kebersihan Rumah
    • i. Contoh: Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk dan lantai
  11. Biskut
  12. Ubat-ubatan
    • i. yang diluluskan oleh KKM
  13. Mi Segera
  14. Keperluan sekolah
    • i. Contoh: Pakaian seragam, Kasut, Beg Sekolah, Alat tulis

Nota: Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa.

Langkah-langkah membeli barangan:

  1. Pilih Barangan Keperluan Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih / SARA di rak tanda harga
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan
  3. Tukar Nombor Pin Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama Mykad) kepada nombor pin yang baru
  4. Imbas Kod Barangan Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
  5. Bayar Menggunakan MyKad Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  6. Simpan Resit untuk Semakan Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian

Maklumat Lanjut Semakan Mykasih SARA

Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada informasi berikut :-

Sila layari laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah dengan klik SARA.