Senarai Harga Rokok Terkini 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 11 Oktober 2018 jam 06:42 PM

Senarai Harga Rokok Terkini 2018
Rate this post

Terkini viral rokok akan naik harga lagi susulan pelaksanaan Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018. Bermula 5 September 2018, jenama rokok termasuk beberapa jenama popular di pasaran akan mengalami kenaikan harga di pasaran.

JT International Bhd (JTI Malaysia) pada 30 Ogos 2018 telah mengumumkan bahawa harga rokok bagi semua jenama yang diedarkan oleh mereka di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan SST.  Untuk rekod, harga rokok tidak disemak semula selepas GST berkadar sifar pada Jun lepas susulan arahan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan.

Senarai Harga Rokok Terkini 1

Harga Rokok Naik Susulan Pelaksanaan SST 2018

Berikut di antara jenama rokok yang akan naik harga bermula Rabu, 5 September 2018 :-

  • Dunhill
  • Benson & Hedges
  • Kent
  • Lucky Strike
  • Pall Mall

Bermula 5/9/2018

Harga baru sekotak Dunhill adalah RM17.50 naik 0.50 sen ; Benson and Hedges (RM17.50); Pall Mall (RM16.00); Kent (RM17.50); Peter Stuyvesant (RM16.00); Mevius (RM17.50); dan Winston (RM16.00).

Maklumat lanjut sila rujuk kepada grafik dibawah untuk melihat senarai harga rokok terkini di pasaran Malaysia berdasarkan jenama rokok.

harga rokok naik 1

Bermula 21/9/2018

Harga rokok Dunhill terkini selepas penurunan sebanyak 0.50 sen (kembali ke harga asal RM17.00 sekotak) bermula 21 September 2018 :-

harga rokok baru 21 sept

Harga rokok di bawah JT International Trading Sdn Bhd (JTI Malaysia) :-

harga rokok naik 2

Maklumat harga rokok terkini naik akan dikemaskini dari masa kesemasa