Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan No PIN e-Filing LHDN Online

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan no pin e filing dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Berikut adalah panduan mendapatkan no pin e-filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa PKP buat panduan pembayar cukai yang ingin mengisi borang penghantaran cukai pendapatan secara online.

Gunakan Borang Maklum Balas Pelanggan

no pin efiling

Permohonan Nombor Pin e-Filing Online Dalam Tempoh PKP

1. Nombor Pin Sijil Digital Individu

Dokumen berikut perlu dilampirkan semasa permohonan :-

  • i. Borang CP55D
  • ii. Salinan kad pengenalan /passport pemohon

Sekiranya terdapat perubahan di dalam maklumat peribadi (Contoh : Alamat surat menyurat, no telefon, alamat dan lain-lain), sila sertakan bersama dokumen berikut :-

2. Nombor Pin Sijil Digital Organisasi (SeFO)

Dokumen berikut perlu dilampirkan semasa permohonan :-

3. Nombor Pin Sijil Digital Pentadbir (SeFP)

Dokumen berikut perlu dilampirkan semasa permohonan :-

4. Sila pastikan fail-fail yang dimuat naik mengikut spesifikasi berikut :

  • i. Format : *.pdf
  • i. Saiz : 2 MB sahaja
  • i. Label : Alphanumerik sahaja (a-z, A-Z dan 0-9)

5. Permohonan yang tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap boleh menyebabkan ianya tidak akan diproses.

NOTA : No PIN e-Filing akan hanya dikeluarkan sekiranya permohonan lengkap

Kelebihan Menggunakan e-Filing

  1. Jaminan keselamatan data
  2. Capaian pada bila-bila masa sahaja
  3. Lebih mudah dan cepat diurus
  4. Tiada kehilangan borang
  5. Pengiraan cukai yang tepat
  6. Pengesahan penerimaan BNCP
  7. Mempercepatkan proses bayaran balik

Maklumat Lanjut

Sila rujuk infografik berikut bagaimana cara membuat permohonan No PIN e-Filing semasa tempah PKP.

mohon no pin efiling