Syarat Dan Ciri Program SPMRSM Ulul Albab. Berikut adalah syarat masuk dan ciri-ciri Program SPMRSM Ulul Albab MARA yang menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program Ulul Albab ialah program nilai tambah termasuk Tahfiz Al-Quran yang bermatlamat melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
Program SPMRSM Ulul Albab ini bermatlamatkan untuk melahirkan :-
- Ahli profesional
- Teknokrat
- Usahawan
yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
Pada tahun 2009, MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai SPMRSM Ulul Albab yang pertama, diikuti MRSM Gemencheh pada tahun 2010 dan MRSM Kepala Batas pada tahun 2011.
DEFINASI ULUL ALBAB
Satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh tentang Al Quran, Ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati
kejadian Allah melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya. Perkataan ”Ulul Albab” disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran al-Karim sebanyak 16 kali.
OBJEKTIF
- Melahirkan generasi al Quran yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
- Melahirkan pelajar yang berlatarbelakangkan Sains dan Tahfiz al-Quran yang dapat memenuhi syarat untuk mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan teknikal di mana-mana universiti yang tersohor diseluruh dunia seperti universiti al-Azhar, Mesir dan seumpama dengannya.
- Melahirkan pelajar yang dapat menghafaz al-Quran 30 Juzuk dalam tempoh 3 tahun pengajian di MRSM dan membina budaya Saintifik Al-Quran dengan pendekatan ICT sebagai pengupaya.
- Melahirkan generasi al-Quran yang menguasai pelbagai bahasa utama dunia seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin.
VISI
Melahirkan generasi ulul-albab yang memahami sains, falsafah dan teknologi bercirikan quranik, ensiklopedik dan ijtihadik yang berteraskan al-quran bagi menghadapi cabaran globalisasi dan mencapai kegemilangan ketamaddunan ummah.
MISI
Mentarbiah pelajar untuk melahirkan modal insan yang beriman,bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara melalui pembudayaan al-quran.
Lokasi MRSM Ulul Albab
Lapan (8) lokasi terletaknya MRSM Ulul Albab adalah seperti berikut :-
1. NEGERI SEMBILAN MRSM GEMENCHEH KM 37, JALAN TAMPIN-GEMAS, KAMPUNG SUNGAI DUA, 73200 GEMENCHEH
NO.TEL: 06-4348528
2. PAHANG MRSM ATM BERA LOT PT BERA/2/B/206/15 BANDAR BERA, 34, MUKIM TRIANG, 28200 BERA
NO.TEL: 09- 5220 375
3. PERAK MRSM BAGAN DATUK LOT 17005 MUKIM BAGAN DATUK, 36100 BAGAN DATUK
NO.TEL: 05-6466198
4. PERAK MRSM FELDA TROLAK KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, FELDAJAYA UTARA, 35600 SUNGKAI
NO.TEL: 05-4388499
5. PULAU PINANG MRSM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI , KEPALA BATAS JALAN TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR, 13200 KEPALA BATAS
NO.TEL: 04-5755542
6. SABAH MRSM SEMPORNA KG. BENTAYAN, JALAN TAGASAN, PETII SURAT 521, 91308 SEMPORNA
NO.TEL: 089-785798
7. SELANGOR MRSM SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM JALAN SUNGAI PANJANG, 45300 SUNGAI BESAR
NO.TEL: 03-32161243
8. TERENGGANU MRSM KOTA PUTRA, BESUT JALAN BUKIT KELUANG, 20200 BESUT
NO.TEL: 09-6957688
KURIKULUM PROGRAM SPMRSM ULUL ALBAB
Program SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan program
hafazan al-Quran. Di peringkat PMR pelajar akan mengambil sembilan subjek
termasuk subjek Bahasa Arab manakala di peringkat SPM pula pelajar akan mengambil subjek Bahasa Arab, al-Quran Wa al-Sunnah dan Syariah Islamiah.
CIRI-CIRI ULUL ALBAB
Pelajar keluaran SPMRSM Ulul Albab akan mempunyai tiga ciri utama iaitu:
1. QURANIK
- Menghafaz 30 juzuk Al Quran dalam masa tiga tahun serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFFAS)
2. ENSIKLOPEDIK
- Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing. Matlamat ini dapat dicapai melalui program seperti berikut:
i. Mengadakan kelas Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin.
i. Menyediakan kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
iii. Memberikan kemahiran-kemahiran asas seperti Kemahiran Asas Tingkatan 1 (KAT 1), Kemahiran Amalan Belajar (KAB) dan Kursus Kemahiran
Berfikir (KKB).
3. IJTIHADIK
- Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian permasalahan ummah, memaksimumkan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi. Hasrat ini dapat dicapai melalui aktiviti-aktiviti berikut:
i. Mewujudkan kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.
ii. Aktiviti kokurikulum bagi memantapkan sahsiah, perkembangan minda dan fizikal para pelajar.
iii. Aktiviti keusahawanan bagi melahirkan pelajar yang mampu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.
1. PELAKSANAAN ULUL ALBAB
1.1 Muqarrar Tahfiz (Silibus)
1.1.1 Tingkatan Satu.
-
Semester satu.
Empat surah pilihan dan lima juzuk (Surah al-Sajadah, Yaasin, al-Dukhan, al-Mulk dan juzuk satu hingga juzuk lima).
-
Semester dua.
Enam juzuk ( juzuk enam hingga juzuk sebelas )
1.1.2 Tingkatan dua
-
Semester satu
Enam Juzuk ( juzuk dua belas hingga juzuk tujuh belas )
-
Semester dua.
Enam juzuk (juzuk lapan belas hingga juzuk dua puluh tiga)
1.1.3 Tingkatan Tiga
-
Semester satu
Enam Juzuk (juzuk dua puluh empat hingga dua puluh Sembilan)
-
Semester dua
Satu juzuk ( juzuk tiga puluh )
2. WAKTU HAFAZAN.
2.1 Kelas Informal
2.1.1 Talaqqi Wal Musyafahah
- Bermula setengah jam sebelum subuh dan disambung selepas solat subuh sehingga pukul 6.45 pagi
- Bermula selepas maghrib sehingga pukul 9.00 malam
2.2 Kelas Formal
2.2.1 Tasmik dan Murajaah
- 7.40 pagi sehingga 9.00 pagi ( Tasmi’)
- 2.00 petang sehingga 2.40 petang ( Murajaah)
3. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 1
-
- 3.1 Hafazan al-Quran
- 3.2 Kemahiran Asas Tingkatan Satu (KAT 1)
- 3.3 ECS -English Communication skills
- 3.4 KAM -Kemahiran Asas Matematik
- 3.5 KMM-Kemahiran Mind Map
- 3.6 PMI -Kemahiran Berfikir
- 3.7 KAS -Kemahiran Asas Sains
- 3.8 KAI -Kemahiran Amal Islami
- 3.9 KBA-Kemahiran Bahasa Arab
- 3.10 KSP-Kemahiran Speed Reading
- 3.11 KPS-Kemahiran Public Speaking.
4.PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMESTER 2
- 4.1 Hafazan al-Quran
- 4.2 Subjek Akademik
- 4.3 Ko-Kurikulum
5. PENAWARAN SUBJEK PEND. ISLAM DAN BAHASA ARAB.
Selain daripada subjek-subjek asas seperti di lain-lain MRSM, SPMRSM Ulul Albab menawarkan subjek-subjek tambahan seperti berikut:
- 5.1 Menengah Rendah (PT3)
- 5.1.1 Pendidikan Islam
- 5.1.2 Bahasa Arab Komunikasi
- 5.2 Menengah Atas
- 5.2.1 Al-Quran Dan al-Sunnah
- 5.2.2 Syariah Islamiah
- 5.2.3 Bahasa Arab Tinggi
6. JADUAL KEHIDUPAN HARIAN PELAJAR
- 5.00 Bangun Tidur
- 5.15 – 6.00 Solat hajat / tahdhiri / solat subuh / wirid
- 6.00 – 6.45 Kelas Tahdhir di surau
- 7.00 – 7.20 Sarapan pagi di Dewan Selera
- 7.20 – 7.40 Roll Call
- 7.40 – 9.00 Kelas Tasmi’ & KMS
- 9.00 – 12.50 Kelas Harian
- 12.50 – 2.00 Makan Tengahari / Solat Zuhur / Qailulah di Surau
- 2.00 -2.40 Kelas Murajaah
- 2.40 -3.40 Kelas Harian
- 3.40 -4.40 Kelab , Persatuan , Badan beruniform Perhimpunan / Homeroom pada hari Ahad awal bulan
- 4.40 -5.00 Solat Asar berjemaah
- 5.00 -5.30 Murajaah
- 5.30 -6.30 Riadhah
- 6.30 -7.30 Makan Malam , Solat Maghrib berjemaah
- 7.30 -9.00 Talaqqi Jamaie / Kelas Hafazan berjemaah di surau / Solat Isya’
- 9.00 -10.30Kelas Persediaan
- 10.30 -10.45Minum Malam
- 11.30“Light off”
7. KAEDAH PENILAIAN
Untuk menentukan tahap pencapaian pelajar, pelajar akan dinilai hafazan mereka secara tahriri (bertulis) dan syafawi (lisan). Wajaran markah adalah seperti berikut:
- Tahriri: 30 peratus
- Syafawi:70 peratus
8. PENGAMBILAN PELAJAR.
Syarat masuk ke MRSM Ulul Albab mesti mendapat 5A dalam UPSR Penilaian dan pemilihan calon akan dibuat melalui temuduga. Perkara yang akan diuji semasa temuduga adalah seperti berikut:
- 8.1 Kebolehan membaca al-Quran
- 8.2 Keupayaan menghafaz al-Quran
- 8.3 Kemahiran jawi
- 8.4 Keupayaan berkomunikasi ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
- 8.5 Ujian Sikap, Sains dan Metematik
Moga perkongsian syarat dan ciri Program Ulul Albab MRSM bermanfaat buat semua.