Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Aliran/ Program MRSM Yang Ditawarkan

Apakah pilihan Aliran yang terdapat dan ditawarkan kepada pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)? Berikut dikongsikan senarai aliran/ program yang ditawarkan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2024. Juga dikongsikan maklumat aliran dan lokasi MRSM yang menawarkan program/ aliran yang dinyatakan.

Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke MRSM secara atas talian./ online bermula dari 15 September hingga 20 Oktober 2023 untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4.

Senarai MRSM Dan Aliran

Senarai Aliran/ Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Merujuk kepada iklan pengambilan MRSM 2024, sebanyak 5 program/ aliran ada ditawarkan untuk kemasukan Tingkatan 1 manakala untuk Tingkatan 4 sebanyak 2 aliran ditawarkan. Berikut adalah senarai aliran/ program pengajian yang ditawarkan di MRSM untuk rujukan pelajar dan ibu bapa.

Aliran Tingkatan 1

Enam aliran/ program yang yang ditawarkan untuk kemasukan Tingkatan 1 adalah seperti berikut :-

 

1. Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)
Melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
SPMRSM Premier ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
Batu Pahat , Johor Mersing, Johor Muar, Johor
Baling, Kedah Merbok, Kedah PDRM, Kulim, Kedah
Pendang, Kedah Jeli, Kelantan Kuala Krai, Kelantan
Pasir Tumboh, Kelantan Terendak, Melaka Serting, Negeri Sembilan
Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang Arau, Perlis Gerik, Perak
Pasir Salak, Perak  Lenggong, Perak  Pengkalan Hulu, Perak
Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak  Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang  Kota Kinabalu, Sabah
Mukah, Sarawak Betong, Sarawak Kuching, Sarawak
Tun Mustapha, Sabah Besut, Terengganu Kuala Berang, Terengganu
Kuala Terengganu, Terengganu Tun Dr Ismail, Johor Bintulu, Sarawak
Beseri, Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang Muadzam Shah, Pahang
Tun Mohammad Fuad Stephens, Sabah Ranau, Sabah

*Tertakluk kepada perubahan

Aliran kedua adalah MRSM Program SPMRSM Ulul Albab

2. MRSM Program Ulul Albab
Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab
Pelajar yang memilih MRSM Program Ulul Albab perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
1. Menawarkan Program Ulul Albab sebagai nilai tambah
2. Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Ulul Albab bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Ulul Albab
SPMRSM Ulul Albab ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
Gemenceh, Negeri Sembilan Kepala Batas, Pulau Pinang Kota Putra, Besut, Terengganu
Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor Semporna, Sabah ATM Bera, Pahang
Bagan Datuk, Perak FELDA Trolak, Perak

Aliran seterusnya adalah MRSM Program SPMRSM Cambridge-IGCSE

3. MRSM Program Cambridge IGCSE
MRSM Program Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) adalah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum
khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level.
Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5
Pelajar yang memilih MRSM Program IGCSE perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
1. Program IGCSE menawarkan dwisijil iaitu IGCSE dan SPM
2. Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Program IGCSE bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program IGCSE
Program SPMRSM Cambridge IGCSE ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
Alor Gajah, Melaka Kubang Pasu & Langkawi, Kedah Kota Kinabalu, Sabah
Johor Bahru, Johor Kuala Klawang, Negeri Sembilan Kuala Kubu Bharu, Selangor
Kubang Pasu, Kedah Parit, Perak Kuching, Sarawak
Tumpat, Kelantan Tun Abdul Razak, Pahang Kuantan, Pahang

Program ke 4 adalah MRSM Program SPMRSM lB-Middle Years Programme (MYP)

4. MRSM Program MYP
Program SPMRSM MYP mengekalkan kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MARA berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kurikulum International Baccaleurate-Middle Year Programme yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
Program IB-MYP dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri ingin tahu (inquires), berfikiran terbuka (open-minded), berpengetahuan (knowledgable), pemikir (thinkers), mempunyai kemahiran berkomunikasi (communicators), mempunyai prinsip (principled), penyayang (caring), berani mengambil risiko (risk taker), seimbang (balance) dan reflektif (reflective)
Pelajar yang memilih MRSM Program IB-MYP perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
1. Program IB-MYP adalah sebagai nilai tambah dalam pembelajaran
2. Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Program IB-MYP bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program IB-MYP
Program SPMRSM MYP ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
Balik Pulau, Pulau Pinang Tun Dr Ismail, Pontian Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan, Sabah

MRSM ada menawarkan Program SPMRSM Teknikal

5. MRSM Program Teknikal
SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Seterusnya semasa di Tingkatan 4 dan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib..
Pelajar yang memilih program Teknikal perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
1. Subjek Biologi tidak ditawarkan semasa pelajar berada di Tingkatan 4 dan 5 dan digantikan dengan subjek Kejuruteraan
2. Pelajar wajib menghabiskan Program Teknikal bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program Teknikal
Program SPMRSM MYP ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
Bentong, Pahang

Dua program baru yang ditawarkan untuk sesi ambilan tahun 2019 adalah MRSM ATM dan MRSM PDRM.

6. MRSM ATM
     
MRSM ATM menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah kepimpinan melalui aktiviti badan beruniform PKBM. Penerapan disiplin dan etos kepimpinan, pemantapan keyakinan diri dan konsep kendiri serta penerapan nilai asas ketenteraan.
Pelajar adalah wajib untuk mengikuti badan beruniform Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).
Pelajar yang memilih MRSM ATM perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
1. Ianya menawarkan Program Premier sahaja
2. Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM ATM bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM ATM
Program MRSM ATM ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
  MRSM ATM Terendak, Melaka  

MRSM PDRM adalah program terbaharu untuk sesi ambilan tahun 2019.

7. MRSM PDRM
     
Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah kepimpinan melalui aktiviti badan beruniform Kor Kadet Polis. Penerapan disiplin dan etos kepimpinan, pemantapan keyakinan diri dan konsep kendiri serta penerapan nilai asas kepolisan.
Pelajar wajib mengikuti badan beruniform Kor Kadet Polis.
Pelajar yang memilih MRSM PDRM perlu memahami beberapa perkara iaitu :-
1. Ianya menawarkan Program Premier sahaja
2. Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM PDRM bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM PDRM
Program MRSM PDRM ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
  MRSM PDRM Kulim, Kedah

Aliran MRSM Tingkatan 4

Dua Tiga program yang dilaksanakan di MRSM pengambilan Tingkatan 4 adalah seperti berikut :-

1. Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)
Melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah
SPMRSM Premier Tingkatan 4 ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
Batu Pahat , Johor Mersing, Johor Muar, Johor
Baling, Kedah Merbok, Kedah PDRM, Kulim, Kedah
Pendang, Kedah Jeli, Kelantan Kuala Krai, Kelantan
Pasir Tumboh, Kelantan Terendak, Melaka Serting, Negeri Sembilan
Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang Arau, Perlis Gerik, Perak
Pasir Salak, Perak  Lenggong, Perak  Pengkalan Hulu, Perak
Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak  Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang  Kota Kinabalu, Sabah
Mukah, Sarawak Betong, Sarawak Kuching, Sarawak
Tun Mustapha, Sabah Besut, Terengganu Kuala Berang, Terengganu
Kuala Terengganu, Terengganu Tun Dr Ismail, Johor Bintulu, Sarawak
Beseri, Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang Muadzam Shah, Pahang
Tun Mohammad Fuad Stephens, Sabah Ranau, Sabah Felda Trolak, Perak

MRSM Program Sains Keusahawanan dibuka untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja.

2. MRSM Program SPMRSM Sains Keusahawanan
     
Menawarkan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) disamping nilai tambah untuk memupuk dan membentuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar, meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagui memulakan dan melaksanakan perniagaan pelbagai bidang dengan lebih berkesan.
Menghasilkan kumpulan pelajar/ individu sebagai penganjur program-program keusahawanan yang berprestij dalam atau luar negara dan menimbulkan peluang pembelajaran keushawanan melalui teknik terkini dan pengalaman sebenar dalam perniagaan.
Pelajar yang mengikuti pengajian di MRSM Program Sains Keusahawanan wajib mengambil subjek SPM Kertas Elektif wajib iaitu Subjek ekonomi dan subjek khas Sains Keusahawanan.
Pelajar yang memilih program ini perlu memahami beberapa perkara iaitu
1. Subjek Biologi tidak ditawarkan semasa pelajar berada di Tingkatan 4 dan 5
2. Pelajar wajib menghabiskan Program Sains Keusahawanan bermula daripada Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program Sains Keusahawanan
Program SPMRSM Sains Keusahawanan ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
  Imtiaz YT Ketengah, Terengganu

Program Khas Pendidikan ada ditawarkan di MRSM kemasukan Tingkatan 4.

3. MRSM BITARA
MRSM BITARA memberi ruang serta peluang untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian akademik tinggi bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri mereka hingga mampu menunjukkan ciri-ciri perlakuan bestari (gifted).
Ciri-ciri bestari ini menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented). melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior)
Melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior)
Program MRSM PKP ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :-
NAMA MRSM
Tun Ghafar Baba, Melaka Pengkalan Chepa, Kelantan Taiping, Perak

Selamat membuat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 secara online. Pilihlah aliran yang anda berkelayakan dan minati. Moga anda berjaya dalam pelajaran anda di Maktab Rendah Sains MARA.