Panduan terkini dikemaskini pada

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik

Syarat Kemasukan/ Kelayakan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik Terkini. Berikut disertakan syarat kemasukan/ syarat kelayakan untuk permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik terkini.

Syarat permohonan ini adalah untuk Aliran Perdana serta Aliran PAV dan SMT seluruh Malaysia.

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik

SYARAT KEMASUKAN TERKINI TAHUN 2021

A. Murid Lepasan PBS : Aliran  Perdana/ Akademik/ Agama 

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :

B. Murid Lepasan PAV 

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL TAHUN 2021

ALIRAN PAV

  • (Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional)

Calon adalah

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon   merupakan   murid   Program   Pendidikan   Asas   Vokasional   (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2020 ;
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon  bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi,  kencing manis,   sawan (epilepsy),   kecacatan dan lain-lain   penyakit   yang   boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM
  • Calon berminat dengan program dipohon;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon  bidang  elektrik  dan  elektronik, awam,  industri  kayu  dan  pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA

ALIRAN PERDANA

SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA)

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

SYARAT UMUM

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon  mestilah  murid  yang  bersekolah  di  Sekolah Menengah Kerajaan /Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon  telah  menduduki Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS) yang merangkumi Pentaksiran  Pusat  (PT3),  Pentaksiran Sekolah  (PS),  Pentaksiran Aktiviti   Jasmani,   Sukan   dan   Kokurikulum (PAJSK) serta   Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon  bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi,  kencing manis,   sawan (epilepsy),   kecacatan dan lain-lain   penyakit   yang   boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon bidang elektrik dan elektronik, awam, industri kayu dan pembuat pakaian TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
  • Calon menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM
  • Calon berminat dengan program dipohon.

SYARAT KHUSUS

Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu,    Bahasa    Inggeris,    Sains,    Matematik,    dan    Kemahiran    Hidup (Pentaksiran Berasaskan Sekolah-PBS).

SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) – ALIRAN TEKNIKAL

(Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana)

SYARAT UMUM :

  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon   telah   menduduki   Pentaksiran   Berasaskan   Sekolah   (PBS) yang merangkumi  Pentaksiran  Pusat  (PT3), Pentaksiran  Sekolah  (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani , Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
  • Calon sihat tubuh badan ;
  • Calon  bebas  daripada  sakit  kronik  (masalah  jantung,  darah  tinggi, kencing manis,   sawan (epilepsy),   kecacatan dan   lain-lain   penyakit   yang   boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) KPM
  • Calon berminat dengan kursus dipohon; dan
  • Calon bidang  *Kejuruteraan  Mekanikal,  Kejuruteraan  Elektrik  dan  Elektronik serta Kejuruteraan Awam mestilah TIDAK RABUN / BUTA WARNA.

SYARAT KHUSUS KURSUS SMT

syarat khusus smt

Anda boleh merujuk kepada SYARAT KV SMT di bawah ini untuk melihat lebih lanjut syarat umum dan khusus terkini bagi kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.