Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2020/ 2021 Online SPATKPM

Panduan terkini dikemaskini pada 18 Mac 2019 jam 10:02 PM

Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2020/ 2021 Online SPATKPM
Rate this post

Borang Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2020 Dan 2021 Online. Anda ibu bapa yang ingin mendaftar anak anda ke sekolah rendah kerajaan tahun 2020 dan 2021 nanti? Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu (Darjah 1) di seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan ambilan 2020 dan 2021 akan di buka secara online.

Permohonan online akan dibuka pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2019 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) untuk sekolah di Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Permohonan pendaftaran murid ke tahun 1

Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2020/ 2021 Online (public.moe.gov.my)

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Tahun 1 ambilan 2020/ 2021 untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan secara online menggunakan applikasi SPATKPM.

Siapa Yang Layak Mendaftar Pendaftaran Tahun 1 2020/ 2021

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :

  1. 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Sesi persekolahan tahun 2020)
  2. 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015 (Sesi persekolahan tahun 2021)

Cara Buat Pendaftaran Murid Tahun 1 Online (public.moe.gov.my)

  1. Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan WP Labuan
  2. Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2019 Hingga 30 April 2019
  3. Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
  4. Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
  5. Panduan permohonan online : Klik Panduan dan FAQ

Tindakan/ Langkah Selepas Mendaftar Online

Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-

  1. Mencetak bukti permohonan
  2. Dan membawa dokumen seperti yang dinyatakan di dalam sistem ke sekolah untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari.
  3. Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2019.

Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan/ Sijil Anak Angkat (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / Sijil Daftar Perkhawinan/ surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

Nota 

  • * Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, minta ibu bapa daftar secara manual di PPD selepas 15 Disember 2019 dengan mengisi borang ASBS
  • * Bagi permohonan tahun 1/2020 untuk murid tanpa dokumen,mohon mendaftar di PPD melalui borang MWTD selepas 15 Disember 2019.

Soalan Lazim

Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2020/ 2021 Online :-

  • 1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  • 2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
  • 3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
  • 4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
  • Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar

  • Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
  • 5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
  • Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.

Pendaftaran Murid Tahun 1 2020/ 2021 Sabah, Sarawak & WP Labuan

Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan pendaftaran murid ke Tahun 1 adalah juga melalui pendaftaran secara atas talian di applikasi sama.

Cara Hubungi

Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-

  • E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 untuk Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.

E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Rujukan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing, sila klik JPN

Semakan Keputusan Kemasukan Murid Ke Tahun 1

Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan diumumkan sekitar bulan Ogos 2019 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.

Berikut adalah tarikh penting pendaftaran dan keputusan beserta rayuan :-

  • *Tarikh Pendaftaran dibuka : 01/03/2019
  • *Tarikh tutup pendaftaran : 30/04/2019
  • *Tarikh pendaftaran lewat dibuka : 01/05/2019
  • *Tarikh pendaftaran lewat ditutup : 15/12/2019
  • *Tarikh Rayuan Dibuka : 01/08/2019
  • *Tarikh Rayuan Ditutup : 31/08/2019
  • *Tarikh Mula Pengesahan Penempatan : 01/08/2019
  • *Tarikh Tamat Pengesahan Penempatan : 30/09/2019
  • *Tarikh Surat penempatan/ keputusan pendaftaran : 01/08/2019
    *Tarikh Keputusan Rayuan : 01/10/2019

proses daftar murid ke tahun 1

Selamat memohon buat ibu bapa semua. Moga sistem permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2020/ 2021 Online dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan.