Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2026 Public Holidays

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina – Chinese New Year (CNY 2026). Mahu bercuti pada Tahun Baru Cina tahun ini? Bilakah tarikh cuti Tahun Baru Cina 2026? Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.

Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan di mana tahun 2026 adalah tahun Kuda manakala tahun 2025 adalah Ular.

Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2026 Di Malaysia

Rakyat Malaysia akan bercuti Tahun Baru Cina 2026 pada hari dan tarikh berikut :-

  • 17 Febuari 2026 (Hari Selasa)
  • 18 Febuari 2026 (Hari Rabu)

Cuti tahun baru Cina kali ini jatuh pada pertengahan minggu. So mereka yang bekerja perlu memohon cuti nampaknya.

cny 2026

Tahun Baru Cina (Chinese New Year)

Ianya melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.

Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Senarai Cuti Hujung Minggu Yang Panjang Di Tahun 2026

Berikut adalah senarai cuti hujung minggu atau weekend yang panjang untuk tahun 2026.

Akan dikemaskini

 

Selamat Tahun Baru Cina 2026 dan selamat bercuti buat seisi keluarga sempena cuti umum di Malaysia.