Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Bila Lailatul Qadar Di 10 Malam Terakhir Ramadhan 1441H Tahun 2020

Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadan, yang dalam Al Qur’an digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.

malam lailatul qadar

10 Malam Terakhir Ramadhan 1441H Tahun 2020

Lailatul Qadar merupakan malam yang memiliki keutamaan, iaitu; orang yang mendapatkan pahala Lailatul Qadar merupakan orang yang beruntung kerana pahala ibadahnya lebih besar dari seribu bulan dan mengalahkan pahala 4 orang Bani Israil yang memiliki pahala amalan selama 80 tahun.

Diriwayatkan dalam Hadis Ibni Abi Khatim, Ali bin Urwah berkata, Rasulullah saw bercerita ada 4 orang dari golongan ‎Bani Israil yang sepanjang siangnya berjuang di jalan Allah dan malamnya sujud kepadaNya selama 80 Tahun serta tidak ‎pernah ingkar terhadap suruhan Allah walaupun hanya sekelip mata. ‎Rasulullah saw menyebutkan mereka itu adalah Ayub, Zakariya, Khizkil bin Ajuz dan Yusak bin Nun.

Semua sahabat merasa kagum ‎dengan 4 orang itu serta bagaikan tidak sanggup melakukannya kerana banyak urusan keluarga dan pekerjaan yang perlu dilakukan.. datanglah Malaikat Jibril dan ‎berkata, “wahai Muhammad apakah umatmu merasa hairan ‎dengan apa yang dikerjakan 4 hamba yang tidak pernah ‎melanggar perintahNya selama 80 tahun dalam beribadah pada Allah?”

Ketahuilah bahwa Allah menurunkan sesuatu yang lebih baik dan istimewa kepada ummat Muhammad (menggantikan amalan yang dilakukan oleh 4 orang Bani Israil selama 80 tahun itu dengan satu malam sahaja – Lailatul Qadar).. Jibril berkata kepada Muhammad, “Sesungguhnya Allah menurunkan Al-Qur’an pada malam ‎Lailatul Qadar, adakah kalian tahu apa itu malam Lailatul Qadar? iaitu; ‎malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Ini lebih utama dari‎pada apa yang telah umatmu hairankan”

Jom kita sama-sama mendapatkan malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan ini.

Berikut adalah 10 Malam Terakhir Ramadhan 1440H Tahun 2020

  • Akan dikemaskini

Tahun 2019 adalah seperti berikut :-

lalilatul qadar