Tarikh Pameran LIMA 2019 Langkawi

Panduan terkini dikemaskini pada 14 Oktober 2018 jam 08:29 PM

Tarikh Pameran LIMA 2019 Langkawi
Rate this post

Anda merancang untuk datang ke LIMA 2019 – Asia Pacific Premier Maritime And Aerospace Showcase? Bilakah tarikh pameran? Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) akan kembali menemui anda semua. Pameran yang popular di rantau Asia Pasifik dan ditunggu-tunggu ini akan berlangsung dari 26 hingga 30 Mac 2019 (Selasa hingga Sabtu).

Pelbagai aktiviti bakal disajikan kepada pengunjung selama 5 hari termasuk pameran pesawat dan kapal perang. Pameran merangkumi dua aktviti utama iaitu aktiviti segmen maritim di Resorts World serta Jeti Star Cruise dan aktiviti Aeroangkasa dia dakan di Mahsuri International Exhibition Center (MIEC).

lima 2019

Tarikh Pameran LIMA Tahun 2019 Di Langkawi

Pameran LIMA di Langkawi iaitu pameran 2 tahun sekali telah pertama kali diadakan pada tahun 1991. Untuk tahun 2019 iaitu edidi ke 15, pameran dijangka menyaksikan penambahan penyertaan untuk pempamer. Pada tahun 2017, sebanyak 555 syarikat dari 36 buah negara telah menyertai Pameran LIMA. Ianya telah berlangsung dari 21 hingga 25 Mac 2017.

Berikut dikongikan maklumat penting pameran LIMA 2019 meliputi tarikh dan hari beserta jadual aturcara.

  • Tarikh Pameran/ Hari : 26 hingga 30 Mac 2019 (Selasa hingga Sabtu)
  • Jadual Program Pameran LIMA : Klik Aturcara LIMA 2019 (Akan dikemaskini)

Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pameran LIMA 2019 sambil bercuti. Moga pameran tahun ini lebih meriah dan menghiburkan.