Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019

Panduan terkini dikemaskini pada 28 Januari 2019 jam 11:00 PM

Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019
Rate this post

Tarikh Penting Bila Dapat Duit BSH Dan Masuk Akaun. Umum sedia maklum yang bantuan kepada mereka yang berpendapatan rendah dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia – BR1M akan diteruskan pemberiannya oleh Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) dengan nama yang baharu iaitu Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH). Berikut dikongsikan tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat tahun 2018 buat panduan penerima bantuan.

Terdapat 3 kategori yang terlibat dalam pembayaran BSH iaitu kategori bujang berpendapatan RM2,000 kebawah, kategori isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 dan kategori isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

tarikh bayaran bshr

Tarikh Pembayaran BSH 2019

Berikut dikongsikan maklumat tarikh penting pembayaran bila duit BSH akan dapat dan masuk akaun. Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup
mereka.

Bagi membuktikan keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap golongan B40 dan seterusnya memberi impak yang tinggi kepada rakyat, pembayaran BSH 2019 fasa pertama akan dilaksanakan pada 28 Januari 2019 (Isnin) mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.

Pihak Kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat cepat sebelum bulan Februari 2019. Proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima yang tidak layak kerana mereka bukannya daripada golongan B40 memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan

Pembayaran BSH 2019 dijangka akan memanfaatkan sehingga 4.1 Juta isi rumah melalui pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah. Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.2 Bilion. Bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.

Pendaftaran Permohonan Dan Kemaskini BSH 2019

Setelah pangkalan data dikemaskini, baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baru seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Proses kemas kini data perlu dilaksanakan untuk pembayaran BSH 2019 fasa kedua dan ketiga selaras dengan penambahbaikan
Program BSH secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah.

Syarat Kelayakan Permohonan BSH 2019

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 :-

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
  4. Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia dan mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)
  5. Hubungan anak mestilah
    • a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
    • b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan
    • c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
    • d) 18 tahun dan ke bawah atau
    • e) 19 tahun dan ke atas :
      • Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau
      • Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tidak Layak Memohon BSH

Mereka yang TIDAK LAYAK BSH adalah seperti berikut :-

  1. Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
  2. Bekerja/ menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah
  4. Pasangan bukan warganegara/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan
  6. Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
    • Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
    • Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
    • Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat
  7. Pemilikan kenderaan bagi tahun buatan/ daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan keupayaan enjin kenderaan seperti berikut :-
    • Kenderaan keluaran dalam negara melebihi 2000cc
    • Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
    • Motosikal yang melebihi 500cc
  8. Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000

Jadual Pembayaran BSH 2019 Bantuan Sara Hidup Rakyat

Berikut adalah tarikh pembayaran BSH 2019 mengikut kategori dan jumlah amaun bayaran :-

  1. Isi Rumah 1
    • Pendapatan Bawah RM2,000 (Jumlah RM1,000)
    • Fasa 1 : 28 Januari 2019 : RM300
  2. Isi Rumah 2
    • Pendapatan Bulanan di antara RM2,001 hingga RM3,000 sebulan (Jumlah RM750)
    • Fasa 1 : 28 Januari 2019 : RM300
  3. Isi Rumah 3
    • Pendapatan Bawah di antara RM3,001 hingga RM4,000 (Jumlah RM500)
    • Fasa 1 : 28 Januari 2019 : RM300

Tambahan : Anak

  • Bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke bawah sahaja (kecuali OKU; tiada had umur) serta terhad kepada 4 orang sahaja (RM120/ anak)

Pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Maklumat Lanjut Pembayaran BSH 2019

Untuk sebarang pertanyaan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT di:

  1. Hotline MOF :
    03-8882 4565 /
    03-8882 4566
  2. Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat LHDNM :
    1-800-88-2747  (Waktu Operasi :
    9.00 a.m hingga 5.00 p.m)
  3. Faksimili MOF :
    03-8882 3933
  4. Sekretariat MOF:
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Semoga perkongsian tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 ini boleh dijadikan panduan buat para penerima dalam merancang kewangan/ perbelanjaan mereka. Tahniah kepada kerajaan PH baharu yang terus membantu golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan dari kerajaan.