Panduan terkini dikemaskini pada

Tema hari kebangsaan 2025 Malaysia dan Gambar logo merdeka

Detik rasmi negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dan bebas daripada cengkaman penjajah British adalah pada tanggal 31 Ogos 1957. Setiap tahun, kita akan menyambut kemerdekaan bagi mengenang jasa dan pengorbanan nenek moyang kita terdahulu bagi membebaskan tanah air dari penjajah. Pelbagai program dirancang bagi memastikan semangat cintakan negara dan cintakan perpaduan terus mekar dalam kalangan rakyat. Berikut dikongsikan Tema Hari Kebangsaan 2025 Malaysia (HKHM 2025) beserta gambar logo kemerdekaan. Juga disertakan info berkaitan Hari Malaysia 2025.

Jika ditanya pada generasi warga emas, hari kemerdekaan membawa seribu satu makna kepada mereka kerana kegigihan dan perjuangan menentang dan menghapuskan cengkaman pihak penjajah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bebas dan berdaulat.

Generasi muda mereka kini perlu faham dan kaji bagaimana perjuangan nenek moyang kita dalam usaha memerdekakan tanah air. Namun masih ramai tidak memahami dan menghayati sepenuhnya erti sebenar kemerdekaan. Pada mereka hari kemerdekaan hanya merupakan Cuti Umum di mana mereka berpeluang bersantai dan beriadah.

Hanya segelintir sahaja yang benar-benar memahami maksud hari kemerdekaan ini. Oleh itu, lebih banyak usaha harus diambil untuk menerangkan dan menjadikan mereka lebih peka dan menghargai serta menghayati erti sebenar hari kemerdekaan.

Malaysia Madani : Rakyat Disantuni – Gambar Logo Dan Tema Hari Kebangsaan Malaysia ke 68/ Hari Malaysia ke 62 Tahun 2025

Hari Kemerdekaan merupakan antara sambutan di peringkat kebangsaan yang mempunyai logonya yang tersendiri. Logo dianggap penting dalam membentuk identiti dan imej syarikat, produk, pertubuhan serta negara. Oleh itu, setiap tahun logo hari kemerdekaan akan diperbaharui sebagai alat untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan.

Justeru, kehadiran logo, slogan mahupun tema dalam konteks kempen sambutan perayaan Hari Kemerdekaan cukup penting kerana elemen-elemen inilah yang sebenarnya memiliki daya tarik atau fokus yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu mesej yang relevan kepada masyarakat.

Logo digunakan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat kerana masyarakat lebih mudah untuk memahami dan menerima mesej yang disampaikan melalui imej berbanding dengan perkataan.

Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 manakala logo Hari Kemerdekaan pula hanya mula dicipta pada tahun 1976 sehingga kini.

Logo Hari Kemerdekaan yang pertama (1976) telah diperkenalkan oleh Tun Mohd. Ghazali Shafie selaku Pengerusi Perayaan Hari Kebangsaan tahun tersebut. Mulai tahun tersebut, logo-logo telah direkacipta oleh sekumpulan pensyarah dan penuntut Institut Teknologi MARA Shah Alam (kini UiTM) berdasarkan tema perayaan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Perayaan Hari Kebangsaan.

Seiring dengan Logo, Tema Hari Kebangsaan / Kemerdekaan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia malah ia akan menjadi suatu isu yang akan dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Tema merupakan salah satu unsur yang sangat penting dalam sesuatu kempen agar kewibawaan, konsep dan motif yang direncanakan dapat dihayati dengan cepat dan penuh berprestij oleh rakyat Malaysia.

Penulis di laman PanduanMalaysia berharap pemilihan tema dan logo Hari Kebangsaan / Kemerdekaan Malaysia yang dibuat setiap tahun dapat menzahirkan perubahan persepsi rakyat, apatah lagi membabitkan hubungan masyarakat agar saling berhubung dan secara tidak langsung meningkatkan kesedaran nasionalisme lebih menyeluruh.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

‘Malaysia Madani : Rakyat Disantuni’ telah dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (Malaysia Day) tahun 2025 yang diumumkan oleh YB Fahmi Fadzil pada 11 Jun 2025.

Acara Utama HKHM2025:

27 Julai 2025 – Pelancaran Bulan Kebangsaan @ Muar (Dataran Tanjung Emas)
31 Ogos 2025 – Hari Kebangsaan @ Putrajaya (Dataran Putrajaya)
16 September 2025 – Hari Malaysia @ Pulau Pinang

Hari Kemerdekaan / Kebangsaan Kali Ke-68 Tahun 2025

TEMA

Malaysia Madani: Rakyat Disantuni

LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-68 TAHUN 2025

rakyat disantuni

Maksud Tema Hari Kemerdekaan / Kebangsaan 2025

Cogan Kata Logo Maksud
Malaysia Madani: Rakyat Disantuni “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ianya adalah lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan & kesejahteraan sosial

Malaysia MADANI menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi & rohani, tadbir urus berintegriti dan perpaduan masyarakat

Tema “Rakyat Disantuni” pula menegaskan bahawa kebajikan rakyat sentiasa jadi keutamaan

merdeka 2025

LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-67 TAHUN 2024

jiwa merdeka

Maksud Tema Hari Kemerdekaan / Kebangsaan 2024

Cogan Kata Logo Maksud
Malaysia Madani: Jiwa Merdeka “Jiwa Merdeka” penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterprestasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran intergrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif.

“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.

Hari Kemerdekaan / Kebangsaan Kali Ke-66 Tahun 2023

TEMA

Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan

LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-66 TAHUN 2023

tekad perpaduan

Maksud Tema Hari Kemerdekaan / Kebangsaan 2023

Cogan Kata Logo Maksud
Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan “Malaysia Madani” merujuk kepada satu panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.

“Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” pula mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.

Logo Maksud
Jalur Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia
Bulatan Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
Bulan Sabit Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama persekutuan
Bintang Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Warna biru
Warna Biru  Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
Warna Merah Keberanian, jatidiri dan keazaman
Warna Kuning  Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
Warna Putih  Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni

Lirik Dan Video Lagu

Klik LinkVideo Lagu Tema Hari Kebangsaan 2023

Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan

Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani

Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani

Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan

Malaysia! Madani!

Bersatu
Untuk
Negara
Kita

Hari Kemerdekaan / Kebangsaan Kali Ke-65 Tahun 2022

TEMA

Keluarga Malaysia Teguh Bersama

LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-65 TAHUN 2022

keluarga malaysia

Maksud Tema Hari Kemerdekaan / Kebangsaan 2022

Cogan Kata Logo Maksud
Keluarga Malaysia Teguh Bersama “Keluarga Malaysia” merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai di negara ini dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan atau bergandingan

“Teguh Bersama” pula mendukung kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif dan mampan

Logo Maksud
Berkonsepkan Jalur Liputan Internet Melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Hari Kemerdekaan / Kebangsaan Kali Ke-63 & Ke-64 Tahun 2020 & 2021

TEMA

Malaysia Prihatin

LOGO HARI KEMERDEKAAN / KEBANGSAAN KALI KE-63 & KE-64 TAHUN 2020 & 2021

malaysia prihatin2

Maksud Tema Hari Kemerdekaan / Kebangsaan 2021

Cogan Kata Logo Maksud
Malaysia Prihatin Perkataan ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu perseorangan

Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat pula ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia

Logo Hari Kemerdekaan / Kebangsaan Kali Ke-62 Tahun 2019

malaysia bersih

Maksud Tema Kemerdekaan / Kebangsaan 2019

Cogan Kata Logo Penjelasan Logo
Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih Simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan yang menyatukan mereka. Ianya melambangkan warganegara Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam harmoni, seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara

Ianya menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama di samping dapat memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi

Lirik Dan Video Lagu “Malaysia Bersih”

Klik LinkVideo Lagu Tema Hari Kebangsaan 2019

Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Bagai Negara
Yang Kekal Merdeka

Amanah Bangsa
Kita Pikul Bersama
Jadikan Malaysia Bahagia

Asal Budaya Kita
Budi Pekerti Indah
Amanah Jujur
Amalan Kita

Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta

Kita Bina Negara
Perangi Rasuah
Kita Satukan Hati
Demi Ibu Pertiwi

Keutuhan Jiwa
Membina Nurani
Moga Kita Terus Disanjungi

Harapan Semua
Moga Kita Berjaya
Sebagai Negara Yang Kekal Merdeka

Kini Masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta

Malaysia Bersih
Harapan Kita
Malaysia Bersih
Harapan Kita

Lagu : Muhammad Yuri Mohamed Edris
Lirik : Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
Penyanyi : Gemersik Chorus

Lagu tema hari kebangsaan untuk tahun 2019 adalah ‘Malaysia Bersih’. Tambahan pula, lagu sambutan kemerdekaan bagi tahun lepas iaitu ‘Kita Punya Malaysia’ akan turut serta dinyanyikan sebagai menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan menyemai budaya integriti.

Untuk tahun ini, Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos 2019. Sambutan Hari Malaysia 2019 pula akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 September 2019.

Logo, Lirik Dan Maksud Lagu Tema Kemerdekaan / Kebangsaan Kali Ke-61 Tahun 2018

sayangi malaysiaku 2018

Berikut adalah lagu tema sambutan hari kemerdekaan 2018 sebagai rujukan semua:

Lagu tema Hari Kebangsaan nukilan vokalis kumpulan muzik rock, Bunkface bertajuk Kita Punya Malaysia yang mempunyai elemen menarik dan berlainan sebagai ekspresi kepada kerajaan baharu yang berbeza dan lebih bertenaga.

Maksud tersirat dalam lagu ini memupuk kepelbagaian kaum dan kepentingan perpaduan sebagai sebuah bangsa dalam membangunkan negara.

Klik LinkVideo Lagu Tema Hari Kebangsaan

31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara
Selamanyaaa
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!) 
Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
Percayalah hari ini
Kita punya
impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi Negara
Selamanyaaa 
Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!) 
Merdeka (3 Kali) Kita Merdeka
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!) 
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)
Ini Kita Punya

Senarai Tema Kemerdekaan / Kebangsaan Malaysia

Tahun Tema
2025 Malaysia Madani: Rakyat Disantuni
2024 Malaysia Madani: Jiwa Merdeka 
2023 Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
2022 Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
2021 Malaysia Prihatin
2020 Malaysia Prihatin
2019 Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
2018 Sayangi Malaysiaku
2017 Negaraku Sehati Sejiwa
2015-2016 Sehati Sejiwa
2014 Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
2013 Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
2012 1Malaysia. Janji Ditepat
2011 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
2010 1Malaysia Menjana Transformasi
2009 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2007 Malaysiaku Gemilang
2000-2006 Keranamu Malaysia
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
1998 Negara Kita Tanggungjawab Kita
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1995 Jatidiri Penggerak Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1992 Wawasan Asas Kejayaan
1991 Wawasan 2020
1990 Berjaya
1988-1989 Bersatu
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1983 Bersama ke Arah Kemajuan
1982 Berdisiplin Giat Maju
1981 Berdisiplin Berharmoni
1980 Berdisiplin Berbakti
1979 Bersatu Berdisiplin
1978 Kebudayaan Seni Perpaduan
1977 20 Tahun Bersatu Maju
1976 Ketahanan Rakyat
1975 Masyarakat Berdikari
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1973 Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1972 Masyarakat Adil
1971 Masyarakat Progresif
1970 Muhibah dan Perpaduan

Gambar Koleksi Logo Merdeka – Kemerdekaan / Kebangsaan Malaysia Tahun 1976-2019koleksi logo merdeka madani

Ref : menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara selaras dengan aspirasi malaysia madani yang menjunjung nilai perpaduan dan kesejahteraan, tangan yang kukuh harmoni dan progresif, yb fahmi fadzil pada 27 julai 2025 di dataran tanjung emas muar johor, mengandungi warna warna asas jalur gemilang, aspek pemikiran integrasi sosial dan ekonomi, tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara malaysia melalui dukungan 6 nilai teras utama, 2023 malaysia madani tekad perpaduan penuhi harapan, majlis pelancaran bulan kebangsaan dan kibar jalur gemilang, penzahiran kepada kemakmuran dan kemajuan negara malaysia melalui dukungan 6 nilai teras utama, inisiatif satu kesatuan rakyat yang kukuh harmoni dan progresif,