Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2018 (Tamadun Awal Manusia)

Panduan terkini dikemaskini pada 12 Oktober 2018 jam 09:00 AM

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2018 (Tamadun Awal Manusia)
Rate this post

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (SPMU) Tahun 2018. Apakah tajuk atau tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPMU 2018? Menerusi makluman rasmi LPM, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPMU 2018 (SPM Ulangan) iaitu Tamadun Awal Manusia.

Untuk makluman, Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2017 adalah Tamadun Awal Manusia manakala temu umum SPM 2017 adalah Kemunculan dan perkembangan Nasionalisme sehingga perang dunia kedua.

tema umum spmu sejarah kertas 3

Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPMU 2018 – Tamadun Awal Manusia

Berikut adalah tema umum Sejarah Kertas 3 untuk calon persendirian SPM Ulangan 2018 :-

  • SPMU 2018 : Tamadun Awal Manusia : Kerajaan awal di Asia Tenggara terdiri daripada dua bentuk iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim. Kedua-dua kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain. Masyarakat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara berusaha menguasai alam sekitar untuk membaiki taraf hidup
temaumumtamadunawalmanusia
  • Nota Ringkas Sejarah Kemunculan Tamadun Awal Manusia
  • Tahun 2017 : Tema Umum : Tamaduan Awal Manusia. Tamadun moden hari ini terhutang budi kepada tamadun awal manusia. Ciptaan, teknik dan konsep yang mereka hasilkan menyebabkan kemajuan hidup manusia dan meletakkan asas untuk kehidupan di dunia moden.
  • Tahun 2016 : Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara. Sebelum kedatangan penjajah British, masyarakat peribumi di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah menjalankan kegiatan ekonomi yang tersendiri. Pada abad ke-19, British menguasai ekonomi dan memberi  kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat peribumi.

Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 Tahun 2015

1. SPM 2015 (November)

Untuk makluman, Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2015 (November) adalah bertajuk :-

  • Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua.

Tema Umum  yang diberi adalah sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3.

2. Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM Ulangan (U) 2015

Tema umum Sejarah Kertas 3 SPMU tahun 2015 adalah  

  • Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat.

Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

Tema Umum : Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, Persekutuan Malaysia berjaya dibentuk dan telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Malaysia terus maju walaupun masih banyak rintangan yang terpaksa dilalui.

Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM Tahun 2014. Klik Skema jawapan.

Selamat membuat persediaan yang terbaik dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPMU tahun 2018 nanti. Semoga berjaya.