Semakan Kursus Universiti Diiktiraf JPA/ MQA Online

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 12:44 PM

Cara Semak Kelayakan Kursus Universiti Yang Diiktiraf JPA. Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan senarai kelayakan kursus pengajian universiti yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Keputusan SPM telah diumumkan dan permohonan melanjutkan pelajaran ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU akan dibuka pada setiap awal tahun.

Oleh itu kami mengesyorkan pemohon/ pelajar untuk menyemak dahulu samada kursus pengajian dari universiti yang ingin dipohon tersebut samada dari IPTA/ IPTS, universiti luar negara tersebut mendapat pengiktirafan JPA atau tidak.

Ini penting bagi menjamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian nanti dan menghilangkan gelisah disebabkan Ijazah “tidak laku”.

Semakan Kursus Universiti Diiktiraf JPA MQA
Semakan perlu di buat bagi memastikan kursus pengajian tersebut diiktiraf oleh JPA kerana kerajaan hanya melantik pemohon yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh JPA untuk bekerja atau berkhidmat di sektor awam.

Semakan Kursus Universiti Diiktiraf JPA Online

Pelajar boleh membuat semakan secara online bagi meastikan samada kursus yang dipohon tersebut diiktiraf oleh JPA di applikasi semakan di bawah ini :-

Sila masukkan negara, institusi, kelayakan dan kemudian SEMAK PENGIKTIRAFAN. Semakan keputusan akan memaparkan Senarai Kursus Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

eSisraf atau Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam adalah satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dari peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda dan kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia. Fungsi utamanya adalah sebagai sumber rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi dan yang dijalankan di dalam dan luar negara

Bagaimana untuk mendapatkan surat pengesahan individu daripada MQA berkenaan status pengiktirafan program untuk tujuan lantikan ke perkhidmatan awam?

Pengesahan kelayakan individu bagi program dalam dan luar negara tidak akan dilaksanakan oleh MQA. Maklumat mengenai sesuatu kelayakan boleh diperolehi secara dalam talian dengan hanya menyemak dan mencetak dari laman web Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) atau melalui laman web http://www2.mqa.gov.my/mqr.

Panduan eSisraf

  1. Soalan Lazim
  2. Manual Pengguna

Selain itu dan secara kelazimannya, program pengajian dan kelayakan yang telah diakredit oleh MQA akan diiktiraf oleh JPA. Semua program yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mematuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) mulai 1 Januari 2011. Akreditasi MQA adalah merupakan salah satu pengiktirafan kepada Institusi Pengajian Tinggi di mana sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA.

Carian Kelayakan MQA : Universiti Awam/ IPTS

Semakan boleh di buat di :-

Semoga applikasi Semakan Kursus Universiti Diiktiraf JPA Online ini bermanfaat buat pelajar yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi samada di Malaysia dan lain-lain lagi.