Panduan terkini dikemaskini pada

Siaran Langsung Sukan Olimpik 2020 Tokyo & Keputusan Atlet Malaysia

Misi mencari pingat emas Sukan Olimpik buat Malaysia kini bermula. Sukan Olimpik Tokyo yang merupakan kejohanan sukan terbesar di dunia yang diadakan empat tahun sekali akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini tanpa kehadiran penonton akibat Covid19. Saksikan siaran langsung Sukan Olimpik 2020 di saluran RTM, Astro & Unifi TV di mana pautan live streaming dikongsikan di bawah ini.

Kontinjen negara diwakili 30 atlet dalam pelbagai sukan dengan badminton menjadi penyumbang terbesar dengan lapan atlet bertanding termasuk Lee Zii Jia. Pasukan terjun disertai lima wakil manakala sukan pelayaran (empat atlet) memanah (dua atlet), olahraga (dua atlet), basikal (dua atlet), golf (dua atlet), gimnastik (dua atlet), menembak (seorang atlet) dan berenang (dua atlet).

live streaming sukan olympic 2020

Sukan Olimpik Tokyo 2020 : Live Streaming & Keputusan Atlet Malaysia

Acara pembukaan dijadualkan pada pukul 8 malam (7 malam waktu Malaysia) Jumaat, 23 Julai 2021. Kontinjen Malaysia seramai 30 atlet diletakkan sasaran untuk meraih tiga pingat dengan satu daripadanya adalah emas.

Sukan badminton, berbasikal trek dan terjun menjadi sandaran utama untuk melaksanakan misi di Tokyo sekali gus membawa pulang pingat emas sulung yang ditunggu-tunggu.

Slogan “Demi Malaysia” dipilih menjadi judul lagu tema rasmi pembakar semangat kontinjen negara dan rakyat menuju temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang masing-masing bermula pada bulan ini dan Ogos.

Lagu berdurasi dua minit ciptaan Zimi dan lirik oleh Jerry itu dinyanyikan tiga artis popular tanah air iaitu legenda rock Datuk Awie, juara sulung Malaysian Idol Jaclyn Victor dan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke34 Naim Daniel, menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Siaran Langsung Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Olympic)

Peminat sukan di Malaysia boleh mengikuti acara-acara yang dipertandingkan di temasya sukan olimpik tokyo khususnya yang melibatkan atlet negara secara langsung di televisyen melalui siaran langsung Olimpik di saluran berikut:

1) RTM Percuma

  • Saluran TV1, TV2, TV Okey dan Sukan RTM (Percuma)
  • Sukan RTM di saluran 111 (HD) TV digital my Freeview

2) Astro Berbayar dan mengikut pakej 

  • Astro Arena (802 HD & 801)
  • Saluran Khas Olimpik (785, 786, 787, 788, 789, 790, 791, 792, 793, 794)

3) Unifi Berbayar

  • Saluran unifi Sports 1 hingga unifi Sports 13

Temasya Olimpik Tokyo boleh ditonton secara Online melalui pautan berikut:

i) RTM

ii) Astro

iii) TM

Jadual Siaran Langsung Sukan Olimpik 2020, Senarai & Keputusan Atlet Malaysia

Berikut adalah senarai 30 atlet Malaysia yang bakal beraksi di Tokyo 2020 serta acara sukan yang disertai beserta dengan tarikh & masa acara diadakan:

i) Memanah

  • Khairul Anuar Mohamad (Individu Ranking Round Lelaki)
  • Syaqiera Mashayikh (Individu Wanita, Tim Campuran)

ii) Olahraga

  • Lee Hup Wei (Lompat Tinggi Lelaki)
  • Azreen Nabilah Alias (100m Wanita)

iii) Badminton

  • Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki)
  • Soniia Cheah (Perseorangan Wanita)
  • Aaron Chia & Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki)
  • Chan Peng Soon & Goh Liu Ying (Beregu Campuran)
  • Chow Mei Kuan & Lee Meng Yean (Beregu Wanita)

iv) Berbasikal Trek

  • Azizulhasni Awang (Pecut, Keirin)
  • Shah Firdaus Sahrom (Pecut, Keirin)

v) Terjun

  • Pandelela Rinong (Platform 10m Wanita, Platform 10m Seirama Wanita)
  • Leong Mun Yee (Platform 10m Seirama Wanita)
  • Cheong Jun Hoong (Platform 10m Wanita)
  • Ng Yan Yee (Papan Anjal 3m Wanita)
  • Nur Dhabitah Sabri (Papan Anjal 3m Wanita)

vi) Golf

  • Gavin Green (Stroke Play Individu Lelaki)
  • Kelly Tan (Stroke Play Individu Wanita)

vii) Gimnastik Artistik

  • Jeremiah Loo Phay Xing
  • Farah Ann Abdul Hadi

viii) Kapal Layar

  • Khairulnizam Mohd Afendy (Laser Lelaki)
  • Nur Shazrin Mohd Latif (Laser Radial Wanita)
  • Nuraisyah Jamil & Juni Karimah Noor Jamali (International 470 Wanita)

viv) Menembak

  • Nur Suryani Mohd Taibi (50m Raifal 3 Posisi Wanita)

x) Renang

  • Welson Sim (200m Gaya Bebas Lelaki, 400m Gaya Bebas Lelaki)
  • Phee Jinq En (100m Kuak Dada Wanita, Women’s 200m Kuak Dada Wanita)

Jadual Harian Atlet Malaysia

Acara yang melibatkan atlet negara. Tarikh dan masa waktu Malaysia.

23 Julai (Jumaat)

  • 08:00 : Women’s Individual Ranking Round Syaqiera Mashayikh – pecah catatan peribadi terbaik dengan 630 mata pada pusingan kelayakan recurve individu wanita dan menduduki ranking 43 daripada 64 pemanah. Akan beraksi pada 1st round recurve individu bertemu Elena Osipova dari Russia pada hari Selasa, 27 Julai
  • 12:00  : Men’s Individual Ranking Round Khairul Anuar Mohamad – kedudukan ke 20 dengan 661 mata. Layak ke 1st round recurve individu bertemu Antti Vikstrom (Finland)
  • Mixed Team : Gagal ke pusingan pertama selepas menduduki tangga ke 19 daripada 29 pasukan

24 Julai (Sabtu)

  • 08:00 : Women’s Doubles Group Stage Group A Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean. Tewas 14-21 & 17-21 kepada beregu Indonesia, Poli Greysia/Rahayu Apriyani
  • 17:00 : Men’s Doubles Group Stage Group D Aaron Chia / Soh Wooi Yik : Menang 24-22 & 21-15 keatas beregu Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Seungjae
  • 18:20 : Mixed Doubles Group Stage Group D Chan Peng Soon / Goh Liu Ying : Tewas 18-21, 21-10 & 16-21 kepada beregu Hong Kong, Tang Chun Man/Tse Ying Suet
  • 18:44 : Renang 400m Gaya Bebas Lelaki (Heat 2) – Welson Sim – Tangga ke 6 dengan catatan masa 3:58.25 berbanding rekod kebangsaan milik beliau 3:49:29

25 Julai (Ahad)

  • 9:00am Gimnastik Artistik Wanita (Kelayakan) – Farah Ann Abdul Hadi
  • 10:20am Beregu Campuran – Chan Peng Soon / Goh Liu Ying : Tewas kepada pasangan Jerman, Marks Lamfuss-Isabel Herttrich dengan score 12-21 & 15-21
  • 11:05am Pelayaran Laser Wanita (Race 1-2) – Nur Shazrin Mohd Latif
  • 1:35pm Pelayaran Laser Lelaki (Race 1-2) – Khairulnizam Mohd Afendy
  • 5:40pm Perseorangan Lelaki – Lee Zii Jia vs Artem Pochatrov (Ukraine) : Menang 21-5 & 21-11
  • 6:20pm Beregu Wanita – Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean vs Fukushima/ Hirota : Tewas 21-17, 15-21 & 8-21
  • 6:21pm Renang 200m Gaya Bebas Lelaki (Heat 2) – Welson Sim – Tangga ke 7 Heat 2 dengan catatan masa 1:49.24
  • 6:37pm Renang 100m Kuak Dada Wanita (Heat 2) – Phee Jinq En – Tangga ke 2 Heat 2 dengan catatan masa 1:08.40

26 Julai (Isnin)

  • 11:05am Pelayaran Laser Lelaki (Race 3-4) – Khairulnizam Mohd Afendy
  • 1:35pm Pelayaran Laser Wanita (Race 3-4) – Nur Shazrin Mohd Latif
  • 5:40pm Beregu Campuran – Chan Peng Soon / Goh Liu Ying vs Y.L. Wang/ D.P. Huang. Tewas 13-21 & 19-21
  • 6:20pm Beregu Lelaki – Aaron Chia / Soh Wooi Yik vs Mohammad Akhsan/ Hendra Setiawan : Tewas 16-21 & 19-21

27 Julai (Selasa)

  • 940am : Beregu Wanita – Chow Mei Kuan / Lee Meng Yean vs Chloe Birch / Lauren Smith : Menang 21-19 & 21-16
  • 12.57pm Memanah Recurve Individu Wanita (1/32) – Syaqiera Mashayikh. Tewas 4-6 kepada Elena Osipova dari Russia.
  • 11:05am Pelayaran Laser Wanita (Race 5-6) – Nur Shazrin Mohd Latif
  • 11:15am Pelayaran Laser Lelaki (Race 5-6) – Khairulnizam Mohd Afendy
  • 2:00pm Perseorangan Wanita – Soniia Cheah (walkover). Kemenangan buat Soniia selepas Laura menarik diri kerana cedera
  • 2:00pm Terjun 10m Platform Seirama Wanita – Pandelela Rinong Pamg, Leong Mun Yee. Tempat terakhir (ke 8) dalam aksi final
  • 7:00pm Beregu Lelaki – Aaron Chia / Soh Wooi Yik vs Hason Ho Shue / Nyl Yakura : Menang 21-15 & 21-13

28 Julai (Rabu)

  • 8.43am Memanah Recurve Individu Lelaki (1/32) – Khairul Anuar Mohamad vs A. Vikstrom Finland, menang 6-5. (1/16) : Menang 6-5 ke atas DP Wang (China)
  • 10.40am Perseorangan wanita Soniia Cheah vs Ratchanok Ithanon. Tewas 21-19, 18-21 & 10-21
  • 1:50pm Pelayaran International 470 Wanita – Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali
  • 6:34pm Renang 200m Kuak Dada (Heat 1) – Phee Jinq En. Menduduki tangga ke 8 (terakhir) dalam Heat 1 dengan catatan masa 2:32.57
  • 7.40pm Perseorangan lelaki Lee Zii Jia vs Brice Velerdez. Menang 21-17 & 21-5

29 Julai (Khamis)

  • 6:30am Golf Individu Lelaki (Round 1) : Gavin Green (+3) 74
  • 9:35am Beregu Lelaki Suku Akhir : Aaron Chia / Soh Wooi Yik vs Marcus Gideon/ Kevin Sanjaya Sukamuljo (INA). Menang 21-14 & 21-17
  • 11:05am Pelayaran International 470 Wanita (Race 3-4) – Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali
  • 11:05am Pelayaran Laser Wanita (Race 7-8) – Nur Shazrin Mohd Latif
  • 11:15am Pelayaran Laser Lelaki (Race 7-8) – Khairulnizam Mohd Afendy
  • 6:15pm Single Lelaki Round of 16 : Lee Zii Jia Vs Chen Long (CHN) : Tewas 21-8, 19-21 & 5-21

30 Julai (Jumaat)

  • 6:30am Golf Individu Lelaki (Round 2) : Gavin Green
  • 8:15am Olahraga Lompat Tinggi Lelaki (Kelayakan) : Lee Hup Wei : NM (Tiada catatan)
  • 8:07am Olahraga 100m Pecut Wanita (Kelayakan 1 Heat 2) : Azreen Nabila Alias : 11.77s (PB). No 2. Layak ke round 1
  • 11:05am Pelayaran Laser Wanita (Race 9-10) – Nur Shazrin Mohd Latif (Kedudukan ke 26 keseluruhan)
  • 11:15am Pelayaran International 470 Wanita (Race 5-6) – Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali
  • 11:55am Olahraga 100m Pecut Wanita (Round 1 Heat 6) : Azreen Nabila Alias. 11.91s. No 7 Heat 6. Gagal ke semi final
  • 1:35pm Pelayaran Laser Lelaki (Race 9-10) – Khairulnizam Mohd Afendy (Kedudukan ke 28 keseluruhan)
  • 2:00pm Terjun 3m Papan Anjal Wanita Individu Kelayakan : Nur Dhabitah Sabri (no 10) & Ng Yan Yee (no 20)
  • 6:00pm Beregu lelaki Separuh Akhir – Aaron Chia / Soh Wooi Yik vs Li Jun Hui/ Liu Yu Chen (CHN) : Tewas 22-24 & 13-21

31 Julai (Sabtu)

  • 6:30am Golf Individu Lelaki (Round 3) : Gavin Green
  • 8.56am Memanah Recurve Individu Lelaki (1/8) – Khairul Anuar Mohamad (Tewas 0-6 kepada wakil Korea Selatan)
  • 11:00am Menembak 50m Rifle 3 Position Wanita : Nur Suryani (Kedudukan ke 34)
  • 2:00pm Terjun 3m Papan Anjal Wanita Individu Semi Final : Nur Dhabitah Sabri (Kedudukan ke 6)
  • 6:40pm Beregu Lelaki Gangsa – Aaron Chia / Soh Wooi Yik vs Mohammad Akhsan/ Hendra Setiawan (INA): Menang 17-21, 21-17 & 21-14

1 Ogos (Ahad)

  • 6:30am Golf Individu Lelaki (Round 4) : Gavin Green (Kedudukan ke 57 daripada 60 peserta dengan catatan penuh +4 over atas par)
  • 11:05am Pelayaran International 470 Wanita (Race 7-8) : Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali
  • 2:00pm Terjun 3m Papan Anjal Wanita Individu Final : Nur Dhabitah Sabri (No. 4)

2 Ogos (Isnin)

  • 11:05am Pelayaran International 470 Wanita (Race 9-10) : Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali

4 Ogos (Rabu)

  • 6:30am Golf Individu Wanita (Round 1) : Kelly Tan
  • 2:00pm Terjun 10m Platform Individu Wanita (Kelayakan) : Pandelela Rinong, Cheong Jun Hoong
  • 2:30pm Berbasikal Trek Sprint Lelaki (Kelayakan) : Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom
  • 3:35pm Berbasikal Trek Sprint Lelaki (1/32) : Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom

5 Ogos (Khamis)

  • 6:30am Golf Individu Wanita (Round 2) : Kelly Tan
  • 9:00am Terjun 10m Platform Individu Wanita (Semi Final) : Pandelela Rinong
  • 2:48pm Berbasikal Trek Sprint Lelaki (1/8) : Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom

6 Ogos (Jumaat)

  • 6:30am Golf Individu Wanita (Round 3) : Kelly Tan

7 Ogos (Sabtu)

  • 6:30am Golf Individu Wanita (Round 4) – Kelly Tan
  • 2:48pm Berbasikal Trek Keirin Lelaki (Round 1) – Azizulhasni Awang & Shah Firdaus Sahrom

*Akan dikemaskini

Related : tokyo jepun, live streaming sukan olimpik, 8 ogos 2021, edisi ke-32, jadual siaran langsung, 1 ogos