Berikut dikongsikan biodata Ramadhan Saifullah penyerang muda JDT. Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pernah mempunyai seorang player berbakat yang berpotensi untuk menjadi player hebat dan berkualiti untuk masa depan iaitu Ramadhan Saifullah Usman. Kehebatan beliau menjaringkan gol dengan aksi pantas dan gelecekan penuh helah mula mendapat perhatian pada aksi Liga Super Malaysia musim 2020 dan beliau dilihat boleh menjadi pengganti yang sesuai kepada Safawi Rasid yang ketika itu berhijrah ke Liga Portugal musim 2021.
Namun disebabkan persaingan yang sengit di JDT, player sayap lincah yang lahir pada tahun 2000 ini telah menyertai Kuching City FC atau The Cats secara pinjaman dalam tetingkap perpindahan kedua musim 2024/25.
Status pinjamannya bertukar kepada perpindahan penuh susulan selepas kontraknya bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tamat. Dan Ramadhan telah memilih untuk terus kekal bersama skuad kendalian jurulatih, Aidil Shahrin tersebut pada musim 2025-2026.
Biodata Ramadhan Saifullah : Sayap Lincah Kuching City
Sejak kecil, Ramadhan selalu bermain bolasepak pada waktu petang dengan rakan-rakannya. Kemudian, ibu bapanya menghantarnya ke akademi bola sepak J-Kids ketika dia berumur sekitar 11–12 tahun untuk mengembangkan lagi potensi bola sepaknya. Sekitar tahun 2015 hingga 2016, bakat Ramadhan mula berkembang semasa belajar di SMK Bandar Uda Utama.
Beliau dinobatkan sebagai Player Paling Berharga dalam program Mencari Ramli 5. Di mana beliau sebelum ini pernah bermain dalam perlawanan persahabatan di Manchester.
Buat peminat bolasepak di Malaysia, berikut adalah biodata ringkas beliau :-
- Nama Penuh : Muhammad Ramadhan Saifullah Bin Usman
- Tarikh Lahir : 9 Disember 2000
- Umur : 24 tahun (2025)
- Asal : Johor Bahru, Johor
- Tinggi : 179cm
- Berat : 70kg
- Player Kegemaran : Kylian Mbappe
- Pasukan Sekarang : Kuching City FC
- Posisi : Sayap Kanan, Tengah
- Pasukan Terdahulu : JDT & JDT II
- Karier Awal : Bakatnya mula meningkat naik semasa bersekolah di SMK Bandar UDA Utama (2015-2016)
- Gol sulung : Bersama JDT II pada perlawanan bertemu UiTM FC 25 Jun 2019
- Aksi Antarabangsa : Mewakili Malaysia B19 di saingan AFC B-19 di Indonesia tahun 2018
- Anugerah : Player paling bernilai (MVP) dalam Program Mencari Ramli 5