Panduan terkini dikemaskini pada

Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT

Permohonan Rayuan KV Dan SMT Tahun 2022. Bagaimana cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke KV dan SMT? Tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya menerima tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang akan diumumkan pada awal tahun 2022.

Buat mereka yang tidak berjaya, pemohon boleh mengemukakan permohonan rayuan. KV dan SMT dengan menghadirkan diri ke KV/ SMT yang dipohon mengikut tarikh yang ditetapkan. Buat pemohon yang masih belum membuat semakan keputusan KV/ SMT, anda boleh berbuat demikian pada masa yang telah ditetapkan.

rayuan kv

Permohonan Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT Tahun 2022

Berikut dikongsikan panduan membuat surat rayuan kemasukan ke KV dan SMT ambilan tahun 2022. Mereka yang gagal dalam semakan keputusan boleh membuat rayuan dengan datang sendiri (walk-in) ke mana-mana institusi pendidikan yang terlibat atau yang dipohon.

Menurut FAQ (Soalan Lazim) KV/ SMT, pemohon boleh merayu seperti jawapan berikut :-

Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN? Calon boleh menggunakan aplikasi e-rayuan sekiranya tidak berjaya ditawarkan
kemasukan ke KV/SMT. Calon tidak perlu membuat rayuan terus ke KV/SMT

Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional Dan SMT 2022

Maklumat rayuan bagi tahun 2022 akan dikemaskini apabila dimaklumkan.

Berikut adalah maklumat panduan cara membuat rayuan kemasukan ke KV dan SMT untuk pelajar yang gagal dalam permohonan tahun sebelum ini. Dokumen yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke  mana-mana KV / SMT / GIATMARA / WISDEC seperti berikut :

  • Hadir ke pejabat sekolah tempat pelajar ingin merayu
  • Isi borang rayuan yang diberikan oleh pejabat sekolah. Contoh borang :-
  • Bawa sekali dokumen berkaitan iaitu asal dan salinan:-
    • Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
    • Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2021 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
    • Sijil-sijil pencapaian di sekolah
    • Hanya jika perlu

Pada kelazimannya, keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran. Pemohon yang berjaya dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi dimana keputusan penempatan calon adalah bergantung kepada kekosongan.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di :-

Alamat BPTV:

  • Aras 6, Blok E14, Parcel E,
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
  • 62604 PUTRAJAYA.
  • No. Telefon : 03-8000 8000
  • u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094

Tahniah sekali lagi kepada pemohon yang berjaya, Kepada yang gagal, anda masih berpeluang untuk memasuki KV dan SMT tahun 2022 dengan membuat rayuan kemasukan pada tarikh yang ditetapkan.