Perhatian buat pelajar PT3 atau Tingkatan Tiga tahun 2023 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran. Menerusi makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan 2023 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2022 akan di buka mulai 30 September 2022.
Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 30 November 2022. Maklumat lanjut rujuk kenyataan media KPM berkaitan Pentaksiran Baharu Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2023.
- Calon yang tidak dapat mengakses sistem, anda dikehendaki memohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas di SMK
- Semakan keputusan Tawaran KV dan SMT : Klik SEMAKAN KV/ SMT
- Rayuan permohonan kemasukan KV dan SMT klik RAYUAN KV
Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Teknik (SMT) 2023 Online
Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2023 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan 2023 seperti berikut :-
- Program Kolej Vokasional : KV
- Aliran Teknikal : SMT
- Program Kemahiran / Apprenticeship di Kolej Vokasional
Tarikh Penting Permohonan KV Ambilan Tahun 2023
- Buka Permohonan : 30 September 2022
- Tarikh Tutup : 30 November 2022
A. Murid Lepasan Tingkatan 3 yang menduduki PBS / PAV
1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
- Program ini merangkumi dua (2) tahun di peringkat sijil
- Murid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
- Murid yang dianugerahkan SVM dan memenuhi syarat kemasukan, layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional
- Murid yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia
- Matlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir bagi memenuhi keperluan industri dan entrepreneur.
2. Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
Aliran Teknikal yang di tawarkan di sembilan (9) buah Sekolah Menengah Teknik memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut. Bidang-bidang tersebut adalah:
- Pengajian Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
- Pengajian Kejuruteraan Awam
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- Perdagangan
- Sains Pertanian
Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
- a. Tingkatan 4
- b. Tingkatan 5
dan seterusnya murid akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
3. Program Kemahiran di KV
Program Kemahiran / Apprenticeship melibatkan pengajian selama dua (2) tahun di peringkat sijil
- Pengajian akan dijalankan secara SLDN/SKM Penuh
- Setelah murid lulus dengan jayanya, murid akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Institusi
Cara Buat Permohonan KV dan SMT Online
Pemohon perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT Online : Klik https://spskt4.moe.gov.my/
Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2022 seperti berikut:-
-
A. KV : Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/ Akademik
Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :
Pentaksiran Pusat (PT3)- Pentaksiran Sekolah (PS)
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
-
Syarat Umum
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2022;
- Calon mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK);
- Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA; dan
- Calon berminat dengan program dipohon
-
Syarat Khusus
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
-
Syarat Tambahan
- Program IBM P-TECH@Kolej Vokasional – calon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 bagi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
-
B. SMT : Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/ Akademik)
-
-
Syarat Umum
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2022;
- Calon mendaftar Modul Pengurusan Murid
- Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK);
- Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA; dan
- Calon berminat dengan program dipohon
-
Syarat Khusus
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer
- Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:
-
C. PROGRAM APPRENTICESHIP/ KEMAHIRAN (Bagi Murid Tingkatan 3 Yang Mengikuti Aliran Perdana/Akademik)
-
Syarat Umum Dan Khusus
- Calon adalah Warganegara Malaysia;
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2022;
- Calon mendaftar dalam Modul Pengurusan Murid
- Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK);
- Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi);
- Calon sihat tubuh badan;
- Calon mestilah tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA;
- Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
- Calon berminat dengan program dipohon.
Info Lanjut
Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :-
- Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan (akan dikemaskini)
- Panduan Permohonan
- FAQ (akan dikemaskini)
- Garis Panduan PKSK (akan dikemaskini)
Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di
Alamat BPTV:
Aras 6, Blok E14, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
No. Telefon :u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian
03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094
Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini.
Untuk calon yang tidak berjaya, Calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Selamat membuat Permohonan Kolej Vokasional 2023 Dan Sekolah Teknik Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda nanti.
Related : rayuan walk in pendidikan teknik dan vokasional untuk memohon penting permohonan aliran perdana akademik agama mengikuti aliran pelajar tingkatan 3 menduduki pentaksiran berasaskan sekolah membuat permohonan kemasukan berminat dan berkelayakan pbs aliran perdana akademik pelajar yang berminat borang permohonan online, program pendidikan asas vokasional https sptv.moe.gov.my pendidikan asas vokasional pav sekolah bantuan kerajaan, kv dan smt 2021, untuk makluman, kolej vokasional dan sekolah, secara dalam talian