Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Dan Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Pin unik UPU. Cara Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di Bank Simpanan Nasional (BSN). Berikut adalah cara membeli Nombor Pin Unik ID UPU untuk permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik, IPGM, Kolej Matrikulasi dan ILKA serta lain-lain UA beserta tarikh buka dan tutup pembelian.

Tarikh pembelian Pin Unik UPU sesi 2020/2021 adalah dari 24 Februari 2020 sehingga 16 April 2020 untuk lepasan SPM/ setaraf dan 16 April 2020 untuk lepasan STPM/ setaraf. Harga adalah RM15.60 tanpa dikenakan SST.

pin upu di bsn

Panduan Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN

Berikut 3 cara atau langkah untuk anda membeli Pin Unik ID/ No.Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) :-

1. Kaunter BSN

Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN dengan membawa IC & duit untuk jumlah bayaran yang akan dikenakan. Cara kedua dan ketiga memerlukan pemohon mempunyai akaun BSN dan kad BSN.

2. ATM ( Automated Teller Machine )

Memerlukan pemohon atau ibu bapa mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN

  1.     Masukkan Kad  dan No Pin
  2.     Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  3.     Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  4.     Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
  5.     Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  6.     ‘YA’untuk meneruskan urusan
  7.     Semak Maklumat
  8.     Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  9.     Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan

3. SMS Banking

Pemohon perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Anda boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM. Juga memerlukan pemohon atau ibu bapa mempunyai akaun GIRO BSN dan kad ATM BSN.

Berikut langkah atau cara Untuk mendaftar di ATM atau CDM :-

  1.     Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  2.     Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  3.     Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  4.     Masukkan No. Telefon Bimbit
  5.     Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6.     SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.

Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.

  • SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

  • *M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Jenis permohonan

  1. Permohonan UPU.
  2. Permohonan Bahagian Pendidikan Guru (BPG)
  3. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi KPM College.
  4. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti KPTM dan Politeknik
  5. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM.
  6. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
  7. Permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke UNISEL.
  8. Permohonan Pinjaman PTPTN.
  9. Majlis Peperiksaan Malaysia (MUET)

Semoga panduan Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN beserta tarikh penting ini berguna kepada pemohon yang ingin membuat permohonan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang disebutkan di atas.