Panduan terkini dikemaskini pada

Harga Emas Hari Ini Malaysia 2025 Terkini

Bak kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan. Selain wang ringgit dan rumah, emas adalah salah satu aset yang sangat bernilai dan bagus untuk dijadikan simpanan masa hadapan. Hal ini kerana harga emas tidak dipengaruhi oleh ekonomi dunia seperti nilai mata wang biasa. Emas sangat berguna untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang kerana ia telahpun memiliki sejarah yang lama dalam pengekalan nilainya

Kelazimannya emas dibeli oleh para wanita untuk dijadikan bahan perhiasan diri seperti cincin, gelang, rantai dan sebagainya. Nenek pula akan mewariskan hartanya termasuklah emas kepada anak atau cucu perempuannya. Bagi kaum lelaki, pastinya akan membelikan barang kemas seperti emas untuk diberikan kepada wanita sebagai hantaran perkahwinan. Sudah tentu emas mempunyai harga atau nilai yang tinggi

Emas berfungsi sebagai simbol kekayaan dan pernah dijadikan sebagai syiling dalam sejarah ketamadunan manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Kini pelaburan emas semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia. Emas bukan sahaja dijual dalam bentuk barang kemas sekarang malah dalam bentuk bar dan jongkong. Harga yang dijual juga berdasarkan berat kilogram emas tersebut

Buat golongan yang berniaga atau membuat pelaburan emas, mereka pasti ingin tahu berapakah harga semasa untuk merancang jual-beli atau pelaburan emas dengan bijak dan menguntungkan. Kebanyakan harga emas dinyatakan dalam US Dollar per auns. Oleh itu, bagi yang berminat untuk mengetahui “Malaysia Gold Price Today Per Gram, berikut dikongsikan carta harga terkini dalam Ringgit Malaysia

Harga Emas Malaysia Hari Ini (Terkini)

Berikut merupakan paparan carta secara langsung (live) bagi harga emas 999 per gram terkini dalam Ringgit Malaysia (MYR/gram) buat rujukan semua. Justeru ini memudahkan orang ramai kerana tidak perlu menukar dari matawang USD ke RM

CARTA HARGA EMAS MALAYSIA TERKINI (24 JAM TERAKHIR)

 Carta ini memaparkan pergerakan naik-turun harga bagi 24 jam terakhir (hari ini)
Carta harga emas hari ini Malaysia 2020

CARTA HARGA EMAS UNTUK SEBULAN

Carta ini menunjukkan perubahan harga untuk jangkamasa 30 hari yang lalu
Carta harga emas 916 terkini Malaysia

CARTA HARGA EMAS UNTUK 6 BULAN

 Carta ini memaparkan harga untuk jangkamasa enam bulan yang lalu
Carta 6 bulan terakhir harga emas poh kong Malaysia

CARTA HARGA UNTUK 1 TAHUN

 Carta ini memaparkan pergerakan naik-turun harga bagi jangka setahun
Carta 1 tahun terakhir harga emas habib Malaysia

CARTA HARGA UNTUK 5 TAHUN

Carta ini menunjukkan perubahan harga untuk jangkamasa lima tahun yang lepas
Carta 5 tahun terakhir harga emas arrahnu Malaysia

 

UNJURAN HARGA EMAS DUNIA

Ogos 2025 : Harga diunjurkan terus naik sebanyak 10 peratus lagi pada September daripada paras semasa didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Datuk Seri Louis Ng yakin bahawa logam berharga itu berpotensi untuk terus meningkat berikutan jangkaan perbezaan kadar faedah yang semakin mengecil antara dolar AS dan Ringgit Malaysia akan merangsang permintaan.

“Ketika ini, harga berada pada sekitar AS$3,370 (RM14,292) seauns meningkat sebanyak 28 peratus daripada AS$2,630 (RM11,153) pada awal tahun sebahagian besarnya disebabkan oleh ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan pasaran.

“Jika dilihat pada corak harga, ia bergerak secara mendatar dalam tempoh tiga bulan lepas dan saya menjangkakan akan berlaku satu lonjakan harga selepas Fed mengumumkan pemotongan kadar faedahnya yang dijangka berlaku sekitar September,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Louis yang juga Pengerusi Eksekutif Public Gold Marketing Sdn Bhd ketika ditanya sama ada perang Rusia-Ukraine, konflik antara AS dan Israel terhadap Iran serta perang perdagangan AS-China memberi kesan terhadap permintaan emas sebagai aset pelaburan selamat, beliau berkata momentum daripada konflik tersebut kini “sudah mula mereda.”

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa satu-satunya faktor utama yang dijangka menyumbang kepada lonjakan harga adalah pemotongan kadar faedah oleh Fed.

“Berdasarkan jangkaan itu, harga selepas September boleh meningkat lagi sekitar 10 peratus, iaitu kira-kira AS$300 (RM1,272) hingga AS$400 (RM1.696) seauns daripada harga semasa. Kemungkinan untuk ia meningkat sangat tinggi,” katanya. – Bernama

KELEBIHAN PELABURAN EMAS

Antara kelebihan pelaburan emas menurut beberapa sumber adalah seperti berikut:

i) Ubat Mujarab Penyakit Boros

Emas boleh dijadikan penyelesaian bagi siapa yang ada masalah duit simpanan yang sentiasa bocor. Iaitu kerja bertahun-tahun tapi masih tidak ada simpanan yang cukup, sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan.

ii) Simpanan Selamat Dari Inflasi

Tahun 1980-an dulu, 50 sen sudah cukup anak-anak makan kenyang di sekolah. Tapi hari ini, perlu sekurang-kurangnya RM5.00 sehari. Maksudnya, nilai duit semakin lama semakin kecil.

Berbeza dengan emas. Zaman Nabi s.a.w. dulu, 1 dinar mampu beli seekor kambing. Hari ini pun, 1 dinar masih
mampu beli seekor kambing. Nilai emas terbukti bertahan walaupun setelah 1400 tahun lamanya.

iii) Aset Fizikal Mampu Milik

Emas adalah aset fizikal, sama seperti hartanah. Tapi kita boleh beli dan memilikinya dengan bajet mampu milik, sekecil item 1 gram.

iv) Selamat Dari Risiko Dibekukan

Semua harta boleh dibekukan oleh kerajaan sekiranya ditakdirkan seseorang itu jatuh bankrup atau nama disenarai-hitamkan, kecuali emas.

Emas adalah aset kewangan yang tidak boleh dibekukan. Ia aset terbaik untuk sorokkan kekayaan dan sebagai benteng terakhir kewangan keluarga.

Lain-lain kelebihan melabur dalam emas adalah :-

  1. Sejenis pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
  2. Halal dengan akad jual beli emas seperti yang dituntut islam
  3. Mudah serta senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu
  4. Tidak memerlukan pihak ketiga bagi urusan jual beli iaitu pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  5. Aset boleh diberikan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  6. Boleh dipajak bagi mendapatkan tunai sementara pada bila-bila masa

KEGUNAAN LAIN EMAS

Selain sebagai simpanan dan pelaburan, antara kegunaan lain emas adalah seperti berikut:

  1. Emas memainkan peranan penting dalam penciptaan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain
  2. Emas mempunyai daya tahan terhadap pengoksidaan. Ini membolehkannya digunakan secara meluas dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik bagi memastikan penyambungan yang baik
  3. Seperti perak, emas mampu membentuk amalgam keras bersama raksa, dan kadangkala ini digunakan sebagai bahan pengisi gigi
  4. Dalam rawatan barah dan penyakit-penyakit lain, Isotop emas Au-198, (separuh hayat 2.7 hari) yang sering digunakan
  5. Para pemenang bagi kebanyakan pertandingan dan penganugerahan, seperti Sukan Olimpik dan Hadiah Nobel, akan dianugerahkan pingat emas
  6. Disebabkan sifatnya sebagai pemantul pancaran inframerah serta cahaya tampak yang baik, emas dijadikan lapisan pelindung pada satelit buatan manusia