Panduan terkini dikemaskini pada

Jumlah Dividen Dan Bonus Tabung Haji 2019-2020

Berapa kadar dividen dan bonus Tabung Haji (Hibah tahunan dan hibah haji) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019? Pasti ramai pendeposit Tabung Haji ingin mengetahui tarikh pengumuman dan kadar Dividen dan Dividen Tabung Haji bila menjelang suku pertama setiap tahun. Tarikh pengumuman pengagihan dijangka dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada kelazimannya pada suku pertama (Januari – Mac ) tahun semasa iaitu tahun 2020. TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.

Untuk rekod, kadar dividen dan bonus Tabung Haji 2018 telag diumumkan pada 5 April 2019, agihan 2017 telah diumumkan pada 7 Februari 2018. Tahun 2016 pula adalah pada tarikh 3 Februari 2017 (Hari Jumaat).

hibah tabung haji 1

Kadar Hibah Pendeposit Tabung Haji 2019

Pendeposit boleh merujuk kepada Laman Web Tabung Haji untuk mendapatkan panduan lengkap dan informasi terkini berkenaan kadar bonus, cara pengiraan bonus TH, soal jawab pendeposit dan perkara penting lain.

  • 2019 : Akan dikemaskini
  • 2018 : TH pada hari Jumaat, 5 April 2019 telah mengumumkan hibah tahunan TH sebanyak 1.25%
  • 2017 : Jumlah dividen dan bonus TH tahun 2017 adalah 6.25% iaitu 4.50% Bonus tahunan dan 1.75% bonus haji
  • 2016 : Jumlah dividen dan bonus TH tahun 2016 : 4.25% Bonus tahunan dan 1.5% bonus haji
  • Bonus haji adalah merupakan bonus khas yang diberikan kepada para pendeposit Tabung Haji yang belum pernah menunaikan ibadah haji dan terhad kepada bayaran haji semasa

kadar hibah tahunan dan hibah haji 2017

Sebagai perbandingan, Jumlah dividen dan bonus Tabung Haji untuk tahun 2015 yang telah diumumkan pada hari Khamis, 4 Februari 2016 adalah seperti berikut:

  • 2015 : 5 % bonus tahunan dan tambahan bonus haji 3 % = 8%
  • Tambahan bonus haji adalah untuk pendeposit yang belum menunaikan ibadah Haji

Maksud Bonus Tahunan Dan Bonus Khas Haji

Apakah Bonus Tahunan Tabung Haji?

Bonus tahunan adalah merupakan bonus yang diisytiharkan oleh Tabung Haji mengikut prestasi kewangan tahun semasa, Ianya diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.

Bonus Haji?

Merupakan Bonus Khas yang diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi meningkatkan tabungan mereka. Majoriti 8 juta pendeposit akan mendapat Bonus Haji ini.

Berikut pula adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus TH dari tahun 2010 hingga 2015 :-

TAHUN DIVIDEN/ BONUS TAHUNAN BONUS HAJI JUMLAH DIVIDEN + BONUS
2015 5 % 3% 8%
2014 6.25% 2% 8.25%
2013 6.00% 2% 8%
2012 6.50% 1.50% 8%
2011 6.00% Tiada bonus 6.00%
2010 5.50% Tiada bonus 5.50%

Cara Pengiraan Bonus Tabung Haji

cara pengiraan hibah tabung haji 2017

Maklumat lanjut cara pengiraan, sila rujuk kepada Cara Kira Hibah Tahunan dan Hibah Haji TH.

Semoga kadar dividen dan bonus TH yang akan diumumkan nanti mampu mengembirakan pendeposit Tabung Haji selepas kadar dividen & bonus ASB juga telah diumumkan pada awal tahun yang lalu.