Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2021 Di Malaysia

Bila tarikh sambutan Hari Raya Aidiladha di Malaysia pada tahun 2021? Merujuk kepada Kalendar Islam 1442H/ 1443H yang telah dikeluarkan oleh JAKIM, Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji akan disambut di Malaysia pada tarikh 20 Julai 2021 (Hari Selasa) bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1442 Hijrah.

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di radio dan TV di Malaysia. Untuk makluman, Hari Raya Haji/ Qurban adalah merupakan cuti umum di Malaysia.

selamat hari raya aidil adha

Tarikh Sambutan Hari Raya Aidiladha 2021 Di Malaysia (Hari Raya Haji)

Keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Haji (Qurban) tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Pengisytiharan kedua dua tarikh iaitu 1 Zulhijah dan tarikh 10 Zulhijah iaitu tarikh bagi Hari Raya Haji / Aidiladha 2021 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Pengumuman secara langsung melalui radio dan televisyen akan diumumkan sekitar jam 8 malam pada hari Sabtu, 10 Julai 2021 Masihi bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijrah.

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Hari Raya Aidiladha 2021 Di Malaysia yang merupakan tarikh rasmi seperti diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

  • Tarikh Hari Raya AidilAdha tahun 2021 (10 Zulhijjah 1442H) : 20 Julai 2021 (Hari Selasa)
  • 1 Zulhijjah bersamaan dengan 11 Julai 2021
  • 9 Zulhijjah 1442H (Puasa sunat Hari Arafah) : 19 Julai 2021 (Hari Isnin)

Hari Raya Aidiladha

Bahasa Arab ianya bermaksud ‘Eid Ul-Adha’ atau Hari Raya Haji. Ianya merupakan salah satu perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal di seluruh dunia.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Perayaan Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha merupakan satu perayaan yang istimewa kerana ianya merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Hari Raya Korban adalah hari perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran penting yang berkait rapat dengan kesatuan umat. Walaupun umat Islam di seluruh dunia terdiri daripada pelbagai bangsa, bahasa, warna kulit, budaya dan negara, namun ia adalah umat yang satu dan menyembah Tuhan yang satu yakni Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran, ayat 103 yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu berpegang teguh dengan tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai”.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Nota

Penyembelihan korban dilakukan selepas selesai solat Aidiladha dan masih dapat dilakukan pada hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Ibadah korban dibahagikan kepada dua iaitu korban khusus membabitkan penyembelihan binatang tertentu pada Aidiladha dan tiga hari selepasnya dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT, manakala korban umum ialah pengorbanan yang memberi manfaat serta kebaikan kepada orang lain.

Melakukan sembilan korban adalah tanda kesyukuran kepada Allah terhadap segala nikmat yang dikurniakan selain berperanan mengkifaratkan dosa serta menunjukkan simpati dan belas kasihan kepada golongan fakir miskin sekali gus mengeratkan silaturahim sesama manusia.

Haiwan sembelihan yang diproses hendaklah mematuhi kehendak kebersihan dan piawaian pengendalian. Justeru, penting bagi individu Muslim dan syarikat pengurusan penyembelihan mematuhi kehendak ditetapkan Islam.

Semoga perkongsian Tarikh Hari Raya Haji 2021 Di Malaysia ini bermanfaat buat semua. Ianya boleh dijadikan panduan dalam merancang cuti atau perjalanan balik kampung. Selamat Hari Raya Haji/ Qurban 2021.

Related : tarikh penting dalam islam, public holiday